Minggu Yang Menarik dan Penuh Azam
Alhamdulillah 2, 3 hari lepas banyak perkara menarik yang berlaku kepadaku dan keluargaku. Pada pandanganku ia sesuatu yang baik dan memberikan kesan mendalam kepada keluarga kami.
KERETA OH KERETA!
Minggu lepas aku bersama isteri pergi ke GIANT Batu Caves. Pada mulanya bagi mencari susu Nu’aim. Dia ni minum susu Mamil Gold Coklat 4. Dekat Bentong sudah kehabisan stok. Aku dan isteri pergilah ke Giant bagi tujuan mencari stok di sana.
Dalam Giant tu aku dan isteri tersinggahlah dekat satu salesman yang menjual kereta Kangoo Renault. Singgah untuk sekejap jadi lama, try Kangoo dan terus terpikat. Rasa macam nak beli je. Tanya harga boleh tahan dekat-dekat RM80K. Berbincang harga tolak kereta Wira aku terus kata nak balik bincang.
Kemudian balik terus sembang dengan keluarga dan ayah mamaku kata diorang nak pergi tengok sendiri rupa Kangoo tu macamana. Ayah aku tak berapa setuju sebab dia minat kereta Toyota Avanza. Jadi diorang pergilah tengok hari seterusnya tu.
Balik daripada ayah aku mengeluarkan kata-kata yang menyebabkan terus hilang minat nak ambil Kangoo “Kereta macam nak bawa cina mampus!”. Kemudian aku pun katalah kat ayah suruh pi nego dengan agen Avanza pula. Nego punya nego, diorang nak ambil kereta aku tu pada harga RM25K. Kemudian ayah aku tawar lagi ke RM26K, kalau setuju terus ambil Avanza (itu tanpa persetujuan aku lagi). Cina tu terus setuju. Ayah aku pun terus call aku, masa tu aku dan isteri pun ada kat kedai Avanza nak survey Avanza. Terus aku setuju dan minta cina tu sediakan dokumen.
Petang tu juga aku ke kedai Toyota Bentong pergi sign nak ambil Avanza. Korang tahu jam berapa aku ke sana. JAM 7 Malam!. Kemudian mama call ke pakcik aku yang kerja kat bahagian loan Bank Islam untuk uruskan loan kereta.
Pakcik Khalil aku ni senang kerja dengan dia. Esok tu aku terus bawa segala dokumen yang diperlukan dan serah kat dia. Dia kata hari Isnin boleh siap semua. 2 hari je tu!!! (Kalau korang nak loan kereta cakap kat aku, aku tolong uruskan dengan pakcik aku).
Tak tahulah camna sebab hari ni baru dapat tahu keputusan loan. Harap-harap Oklah.
BISNES BARU
Hari Sabtu tempoh hari, aku dan rakan-rakan seperjuangan mengadaka satu mesyuarat penting bagi memulakan suatu bisnes yang baru. Alhamdulillah persetujuan sudah dibuat dan kami akan menubuhkan team bisnes baru. Bisnes apa? TUNGGU……!!!
Hasil Nukilan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Catatan Seorang Fauzul
- Selamat Hari Jadi Anakku Isyraf Idraki - January 28th, 2009
- Perkembangan Yang Menarik - September 16th, 2008
- Isteri Saya Nurulhilyati Menjalani Pembedahan Laproskopi Untuk Kes Kehamilan Luar Rahim Semalam - June 12th, 2008
- Alhamdulillah! Adik Iparku Selamat Bertunang - May 4th, 2008
- Sukaneka Tadika Tunas Ilmu (Tempat Nuaim Belajar) - February 16th, 2008









