Januari 2012 adalah bulan permulaan Nu’aim menghadiri kelas menghafal Al-Quran. Sebelum masuk kelas ini Nu’aim sudah menghafal ayat-ayat lazim dari Al-Fatihah hingga al-Ghasyiah. Jadi, dia mula menghafal surah al-A’la pula. Sebagai ibu saya mendoakan usahanya menghafal al-Quran dipermudahkan Allah dan hidupnya sentiasa mencintai al-Quran dan sunnah Rasulullah. Kelebihan Nu’aim yang dikurniakan Tuhan adalah cepat belajar dan cepat mengingati apa juga maklumat yang diperoleh serta mudah mendengar nasihat. Jadi, sebagai ibu bapa kami cuba memanfaatkan kelebihan ini demi kebaikan Nu’aim dunia dan akhirat.
Harapan ibu , semoga Nu’aim akan dipilih oleh Tuhan menjadi hafiz Quran suatu hari nanti dan hidup sentiasa berpegang kepada Quran dan Sunah Nabi. Ibu juga sentiasa mendoakan adik-adik turut sama dapat mengikut jejak abang mereka yang sulung ini berjinak-jinak dengan al-Quran seterusnya dipermudahkan Allah menjadi hafiz.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my
