Musim Haji Tiba Lagi
“Ibu.. yuyu (susu)..,” rengek Isyraf. Itu tandanya dia mengantuk. Tangan aku terus menutup pili air seterusnya menyudahkan kerja-kerja dapur. Wajah comel, pipi tembam, mata kuyu mengantuk itu aku tatap dengan penuh kasih sayang. Ku depa kedua tangan dan terus dia memeluk aku dan kemudiannya sudah berada atas dukunganku.. ‘Alahai beratnya anak teruna aku ni,’ desis hatiku sambil tangan aku yang sebelah kiri mendukung Isyraf, dan yang sebelah kanan ligat membancuh susu botol.
Masuk bilik bayo (buai) terus letakkan Isyraf di dalam bayo. Penat zikir itu zikir ini nyanyi itu nyanyi ini tapi dia tak tidur lagi. ‘Aha! ada buku Travelog Haji.. Aku tak baca lagi’. Aku terus mencapai dan membelek-belek dengan sebelah tangan, sambil yang sebelah tangan lagi menghayun buaian. Aku terus baca bahagian tengah buku itu. ‘Uish! best juga buku ni, pandai juga profesor akaun ni mengarang rupanya, menyentuh perasaan la.’ Sedar tak sedar air mata bergenang dalam kelopak mata apabila aku melewati cerita prof yang begitu menyentuh perasaan dan hati nurani aku. Tapi tangan aku masih menghayun buaian.
Pada pandangan aku, sesiapa yang nak pergi haji terutamanya perlu baca buku ini bagi menambahkan motivasi diri. Terdapat banyak panduan dan kisah menarik daripada pengalaman yang prof. alami sendiri diceritakan di dalamnya. Aku pun tetiba berasa macam nak pergi haji sangat, rindu nak lihat kaabah di depan mata sendiri. Itu la penangan buku Travelog Haji. Jualan buku ini pun boleh tahan. Aku dengar sudah 3 kali ulang cetak. Permintaan pelanggan e-kedai untuk buku ini juga tidak kurang hebatnya. Maklumlah dah memang musim orang pergi haji. Dapatkan buku Travelog Haji terbitan PTS Islamika di e-kedai.net.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati
- Menikmati Kehidupan Sementara - July 20th, 2010
- Bercuti Di Gambang, Hadiah untuk Nu'aim - July 15th, 2010
- Balik Kampung Jun 2010 - June 18th, 2010
- Kek Batik - June 9th, 2010
- Sambal Petai Hiris dan Udang - June 9th, 2010











[...] 01 Diskusi buku melalui Taman Permata. 02 Travelog Haji – Muhd Kamil Ibrahim di Jiwarasa. 03 Mengetuk Hati yang Tidur melalui Dunia Hatiku. 04 Tavelog Haji – Prof Kamil di Albazrah. 05 Minda Jumaat: Allah terlalu hampir di S.I.I. 06 Professor Dr Muhd Kamil Ibrahim di My Story. 07 Travelog Haji di Pengembaraan Menuju Abadi. 08 Travelog Haji melalui Dari kerana mata. 09 Travelog Haji di Zlaa’s Blog. 10 Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman di Blowing Bubbles. 11 Travelog Haji, Mengubah sempadan iman di Nizam Artwerk. 12 Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman di Dewangga Sakti. 13 Travelog Haji ala Road to Mecca di Utusan Malaysia. 14 Travelog Haji di Jauh Berjalan Luas Pandangan. 15 Alangkah baiknya kalau di PTS 16 Cetakan kedua, 1000 naskah dipesan di PTS 17 Pujian buat Travelog Haji di PTS 18 Ceramah buku di sana sini di Motivasi Minda 19 Program dari PTS oleh Amar 20 Travelog Haji di MBA – Suara Hati. 21 Buku Musim Haji di Geopractice. 22 Book Talk di Galeri Studio Inspirasi. 23 Nota buat Prof Dr Muhd Kamil di PTS. 24 Sesi Rakaman di Taman Permata 25 Buku yang sedang dibaca di Anuar Manshor 26 Saya pulang ke Johor Bharu di Anuar Manshor 27 Travelog Haji di Travelog Hati 28 Travelog Haji Best melalui Travelog Hati 29 Travelog Haji dalam Basah dalam setitik nila 30 Buah tangan terbaru di Mundarmandir 31 Selebriti baru dunia buku di Mundarmandir 32 Aku bagaikan bermimpi di Nolstagia Hidupku 33 Travelog Haji ubah sempadan iman di Berita Harian 34 Merawat luka hati yang parah di blog Maslina 35 Iqra’ di Ordinary Life 36 Travelog Haji di Wanita dan Keluarga 37 Musim Haji Tiba lagi di Keluarga Wawaddah [...]