Nu’aim bersukaneka

Jumaat lepas, Tadika Tunas Ilmu ada sukaneka. Sejak hari Isnin lagi Nu’aim sudah menghitung hari kerana tidak sabar hendak bersukaneka. Lagi pun ini adalah kali pertama dia bersukaneka, maklumlah tahun pertama ber’sekolah’. Ibu juga cuba meluangkan masa menyaksikan sukaneka itu. Memang seronok, terhibur hati ibu menyaksikan keletah anak-anak kecil. Sukaneka itu bukan sahaja melibatkan kanak-kanak tadika, juga melibatkan anak-anak kecil dari taska. Yang turut mengambil bahagian itu ada yang berusia tidak sampai 2 tahun. Kelakar. Dia tak faham arahan, cikgulah yang berpeluh-peluh membantunya.

Nu’aim peserta rumah Merah. Rumah-rumah lain terdiri daripada rumah Kuning dan Biru. Nu’aim mengambil bahagian dalam acara ‘Membawa Pundi Kacang’ dan ‘Memancing Ikan Kertas.’ Inilah peluang ibu memerhati serta menilai kemahiran bergaul anak ibu apabila bersama kawan-kawan dan guru. Alhamdulillah dia tiada masalah. Nampak riak wajahnya yang sentiasa ceria dan gembira membuatkan hati ibu senang.

Sukaneka itu berlangsung dengan meriah, diselangi dengan tangisan anak-anak kecil, jeritan cikgu bagi mencari peserta kecil yang tidak reti duduk setempat, serta hilai tawa ibu bapa yang menjadi penonton setia. Oleh kerana malam semalam tidak caj bateri kamera, ibu tidak dapat merakam video lama-lama, yang sempat tu ciput sahaja. Yang lain-lain tu gambar foto sahaja.

Hadiah disampaikan kepada pemenang oleh para guru dan ibu bapa. Rumah Merah no 1. Tahniah kepada guru-guru Tadika Tunas Ilmu yang sentiasa ceria, bersemangat dan berusaha dalam menjayakan sukaneka itu.

Nu’aim dan Kajik

Nu’aim bawa pundi kacang.. Eh, mana buleh pegang pundi kacang tu..

Nu’aim sedang pulun memancing ikan kertas…..

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Comments

  1. cahayakebaikan says:

    alahai,comelnya nu’aim! terkejut bila baca nama anak nu’aim,sbb suami sy juga nama nya nu’aym (sebutan sama tp ejaan lain,maksudnya rsnya juga sama :D ) melihat keletah nu’aim mmbuatkan saya terigt gamba2 nu’aym sms kecil..hehe memang sgt aktif dan sgt khusyuk(bersungguh2) dlm mmbuat sesuatu kerja..smoga menjadi anak yg soleh,penyejuk hati ayah ibu :)

  2. ummunuaim says:

    Terima kasih cahayakebaikan kerana sudi ke rumah kami ni. Aamiiiinn semoga doa itu dimakbulkanNya. Itulah harapan ibu ayah.

  3. juhana says:

    salam puan

    saya tengah survey tadika for my son..

    nak tau pendapat puan ok tak tadika tunas ilmu

    terima kasih

Speak Your Mind

*