Nuaim Dicakar Putih
Semalam, sebelum kami bertolak ke Pelancaran Buku di MPH Alpha Angle Wangsa Maju. Satu tragedi yang menyedihkan berlaku. NUAIM DICAKAR PUTIH! Kucing tu tidur elok-elok, Nuaim pergi kacau. Apa lagi dicakarlah muka. Nasib baik tak kena mata (orang Melayu memang camtu, kalau kena muka “Nasib baik tak kena mata”, kalau kena mata “Nasib baik tak buta”, kalau buta “Nasib baik kena sebelah mata”, kalau kena kedua-dua belah mata “Nasib baik tak mati”, kalau mati “Nasib baik tak hidup, kalau tak menyusahkan orang”, itulah nasib baik orang Melayu).
Terus kami sekeluarga ke Hospital Bentong. Pembantu Kesihatan kata lukanya dalam cuma dia tak berani nak jahit sebab masih budak. Jadi dia basuh dan balut. Kami dinasihatkan cari satu ubat macam pelekat bagi mencantumkan balik luka. Kat mana nak cari hari Ahad ni? Terus hubungi Paklang Man (Seorang Doktor). Selepas Pelancaran Buku terus ke Ampang dan Alhamdulillah ubat yang diberitahu tadi ada. Harap-harap tak tinggal parutlah kat muka anak aku ni. Kalau ada parut pun OK, nampak macho sikit.
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati
- Komik-M, Komik yang Mendidik dan Menghiburkan - February 19th, 2010
- Cakcibo... Pasukanku Menang Kejohanan Boling PTS 2010 - February 12th, 2010
- Hari Pertama Masuk Darjah 1 - January 13th, 2010
- Ibu Cuti, Best! - December 7th, 2009
- Kasih Sayang Allah Itu Luas - December 4th, 2009










