Nu’aim, Hari-hari pertama ke Tadika

Sebenarnya banyak perkara yang berlaku, cuma tiada kesempatan hendak menukilkannya di sini. Raya haji lepas agak berbeza berbanding raya-raya lepas. Aku dapat berjumpa semua adik beradik pada hari raya pertama itu. Kebiasaannya hari raya kedua atau ketiga baru dapat berjumpa adik-beradik. Nampak mama aku juga happy. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Raya puasa lepas pun aku tak dapat jumpa abang dan keluarga. Banyak hal yang menyebabkan aku tak dapat balik kampung lama-lama.

Nuaim buat pertama kalinya memulakan sesi persekolahan di Tadika Tunas Ilmu. Tadika itu dekat dengan pejabat ibu, senang nak pantau. Lagi pun bukannya apa bawa nu’aim bersekolah di kl, hendak memudahkan matok dan wan. Sekarang matok hanya perlu jaga sorang cucu sahaja, Isyraf. Cerita Nu’aim mula masuk sekolah pun boleh tahan. Hari pertama muka bercahaya sebab tak sabar nak masuk tadika, nak jumpa cikgu dan kawan-kawan, kononnya. Petang pukul 5 ayah pergi jemput pulang.

Apabila ditanya sekolah macam mana hari ni, dan jawapannya cukup positif, “Fantastic.” Hari kedua juga ok, bangun pagi pun tiada masalah. Lepas sekolah juga bila ditanya sekolah macam mana hari ini, “Great.” Bagus juga jawapannya. Hari ketiga lepas sekolah ada laporan yang kurang menyeronokkan. Mula-mula.. “Ibu Nu’aim buang roti kat dalam tong sampah tadi kat sekolah..” Kemudian..” Tadi ada kawan buat Nu’aim,” sambil tangannya menumbuk dada sendiri. Apabila malam menjelma, “Esok tak mau pi sekolah. Nu’aim dah pegi dah, cukup la.” Mula dah episod yang agak mencabar.

Keesokkannya iaitu hari ketiga bila kejut bangun tidur muka tidak berseri seperti selalu, tak mahu pergi sekolah tapi macam dapat paksakan dirinya. Cuma selepas balik sekolah dah cakap, “Kawan Nu’aim buat Nu’aim.” Hari keempat cuti dan Nu’aim cakap, “Today is my lucky day,” sambil tersenyum. Hari kelima bangun pagi terus menangis, “Nu’aim tak mau pi sekolah..huhuhuhu.” Masuk bilik matok terus tidur dengan matok dan wan. Ibu pun telefon cikgu tadika beritahu Nu’aim tak dapat hadir. Puas paksa, tidak menjadi. Tapi tidak mengapa, esok dan lusa cuti, sempat aku cari ‘akal’ macam mana nak pujuknya ke sekolah.

2 hari cuti hujung minggu aku ambil peluang tu memujuk dia dengan pelbagai cara dan janji. Aku eritakan pengalaman aku masa mula-mula aku ke tadika dulu, ada juga cerita yang aku buat-buat dan reka-reka sendiri, supaya nampak hampir sama dengan apa yang sedang dia lalui sekarang. Aku juga ada mengajarnya skill mempertahankan diri memandangkan anak aku yang ni agak penakut dengan orang lain. Tapi bukan ajar dia bersilat ke karate ke, tapi ada caranya yang tersendiri. Hari keenam sekolah, bangun pagi seperti yang dijangka menangislah. Tapi aku pujuk dan paksa juga.

Sesampai di sekolah tak nak lepaskan aku, tarik baju aku, senget-senget habis tudung aku. Aku lepaskan dia pada cikgu, terus cabut. Sedih juga sebenarnya nak buat macam tu, tapi terpaksa berkeras hati. Hari ketujuh kurang sikit, tetapi masih menangis dan tarik-tarik aku. Hari kelapan, alhamdulillah sudah ok dan dia cakap di dalama kereta sebelum sampai di tadikanya,  Nu’aim tak mau menangis hari ni.” Bagus anak ibu hari ni. Dan hari-hari seterusnya pun tiada masalah lagi. Apabila pergi jemput Nu’aim pukul 5 petang aku dapat lihat dia bermain dan bergaul dengan kawan-kawanya seronok sekali.

Isyraf pula, pada hari-hari pertama abang Nu’aim ke tadika dia tiada teman bermain, bergurau dan bergaduh. Apabila abang Nu’aim balik berlari-lari ke pintu menyambut abang Nu’aim. Kadangkala abang Nu’aim dalam mood yang baik, kadang kala Isyraf kena cubit dengan abang sebab mood abnag tak baik, letih mengantuk. Kesian Isyraf. Tapi yang best, Isyraf boleh main sesuka hati di rumah dan tiada siapa nak kacau. Bebas.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*