Aku benci kerja dengan manusia yang tak ada disiplin dan tak tahu mengatur kerja sendiri. Kalau kerja aku tak tertangguh dan bermasalah kerna sikapnya itu aku tak kisah. Lantak. Tapi masalahnya ia memberi kesan mendalam pada kerja aku juga. Habis deadline terbabas. Adess geramnya. Ni yang aku malas nak kerja ni. Sesekali rasanya kerja dengan kambing lagi bagus, jaga anak-anak aku sendiri pun tak de la memberi tekanan mental sangat pada aku. Kalau dapat, nak aje aku mengelak bekerja dengan manusia jenis macam ni. Argghh gerammm…. Sebagai pengajaran, saling bantu membantu dan urus kerja sendiri serta pasukan dengan baik adalah kunci kejayaan setiap pasukan. Tanya pada diri, “Pandai ke aku kerja berpasukan dengan orang lain atau aku selalu menyusahkan mereka semua?”
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my
Biasalah kak Nurul…. Hidup barulah ceria kalau ada masalah. Cara kita hadapinya, bacalah ‘Mengendalikan Masalah Dalam Hubungan Peribadi’. Raja /sultan pun ada masalah juga. Tapi kadang2 ia buat kita stres. Jadi bacalah ‘Mengurus Stres’. Semua ini pasti berlaku di mana2 tempat kerja. Cara nak hadapinya dan mengatasinya, bacalah ‘Aku Mahu Naik Pangkat’. hehe (jgn marah).
Saya minta maaf sekiranya sepanjang saya bertugas di PTS membuatkan kak Nurul byk kurang senang dengan cara kerja saya. Saya akui MALAS tu ttp ada dlm diri saya. huhu. Terima kasih kerana byk beri tunjuk ajar kpd saya.
Hihi… ni hanya coretan melepaskan tension dan serabut kerja je… kejap je macam tu, pas tu dah hilang… Terlalu banyak buku PTS yang bagus-bagus, tapi tak sempat nak hadam pun ilmunya, edit ayat je pas tu hantar pergi printer… Sesekali fikir macam nak kerja jaga tol je, mengadap orang ramai tapi kejep-kejap je pastu ambil duit. Tapi takut nanti menangis bosan sebab tak mencabar langsung. Apa pun bersyukurlah sebab kita ada kerja, tak menganggur. Tahniah! sbb tak lama lagi Nuar akan melangkah setapak maju ke depan dalam kerjaya ini. Selamat menempuh kerja baru di organisasi yang baru dengan rakan sekerja dan bos-bos baru. Di mana berada, selalulah memudahkan kerja orang lain, InsyaAllah akan dimudahkan pula kerja kita.