PART 2 : Sedih Dengan Tanggapan Orang

0

Apabila menjadi budak gemuk ni, memang sesuatu yang agak menyesakkan. Terutamanya dengan pelbagai tanggapan dan gelaran buruk yang diberikan.

Aku dahulu semasa bersekolah di sekolah rendah di negeri Kedah. Sekolah Kebangsaan Telok Kechai, Kuala Kedah, Alor Setar Kedah Darulaman. Amboi panjang gak namanya. Gelaran-gelaran ni jangan cakaplah, macam-macam aku dapat.

Topui, bulat, Andre The Giant (nama penggusti terkenal semasa tu) hinggakan ayah aku pun turut mendapat gelaran juga. Pada pandangan aku memang tak patut. Macamlah kita ni minta jadi cam ni. Namun begitu bila difikirkan balik, aku yakin sebenarnya ada hikmah di sebalik semua ini.

Dalam semua kes yang paling aku ingat dan sentiasa tersemat di dalam ingatan aku adalah semasa aku balik ke kampung sebelah ayah aku di Simpang Empat Kangkong, Alor Setar, Kedah. Masa tu ada kenduri kahwin adik ayah aku yang bongsu Cik Mah.

Aku taklah rapat sangat dengan sepupu-sepupu aku sebelah ayah aku, namun begitu aku tetap diterima sebagai salah seorang ahli dalam kumpulan budak-budak semasa tu. Jadi aku pun pergilah bermain-main dengan diorang. Macam-macam yang dimainkan, ada main guli, main congkak atas tanah, aci sembunyi, main sole dan pelbagai permainan tradisional yang lain. Best jugak bila balik kampung ni.

Ish! Melalut lak, tentu korang nak tahu apa kes yang aku ingat sangat tu kan? Kat sana ramai orang berkumpul terutamanya golongan wanita yang turut membantu untuk membuat persiapan untuk memasak. Masa tu budaya ambik kontrak untuk makanan ni tak menjadi amalan biasa. Orang kampung masih lagi mengamalkan gotong royong untuk memasak kenduri.

Masa tu aku masuklah ke dalam rumah tok wan aku (Aku panggil Wan Sheikh) nak cari minuman sebab dahaga. Ada sesetengah wanita yang berada dalam rumah ketika tu sedang memotong bawang dan pelbagai rencah lain untuk masakan. Kemudian aku terus ke dapur untuk mengambil minuman.

Telinga aku dapat menangkap satu perbualan yang aku yakin memang menuju ke arah aku.

“Woit! Hang tengok budak tu, tulah anak Aq yang sulong (Aq tu panggilan orang kepada ayah aku).”

“Ha! Aku pun tau, anak dia ada 5 orang dua ja yang hidup, yang lain semuanya simpan masa kecik”

“Ish besaq sungguh, dia tu! Mesti banyak makan beras siam”

“Hemm! Memang pun! Ayah dia tu pegawai pertanian”

“Ish! Besaq-besaq lagu tu mesti bodoh tu! Dah lah jalan pun slow tentu otak pun lagu tu”

Terhiris betul hati aku masa tu, amboi orang besar dan gemuk ni semuanya bodoh ke? Maksudnya pandangan orang memang begitu kepada orang besar. Memang sedih hati aku masa tu. Yelah, budak usia 9 tahun, apabila mendengar tentu hiba.

Bersambung…..

Hasil Nukilan :
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com


Artikel lain dalam kategori Cerita Si Budak Gemuk

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!