Alhamdulillah hari ini adalah hari pertama dalam tahun 2007 aku mengaktifkan balik penggunaan pejabat mini aku di rumah. Sudah lama aku tidak menggunakan pejabat ini disebabkan perkara yang aku sendiri susah nak terangkan. Mungkin sebab takdak mood kot. Cuma semalam aku bertekad untuk bersihkan pejabat aku yang bersepah dengan kertas-kertas dokumen lama, buku-buku bertimbun yang tidak sempat disusun di rak dan majalah-majalah fortune dan forbes yang tak sempat dibaca.
Semalam aku berada di sini membersihkan dan membuang apa yang difikir tidak perlu dan menyusun kesemua buku di rak perpustakaan mini pejabat ini. Aku ingin memanfaatkan kembali ruangan yang memang dibina khusus buat aku menjalankan gerak kerja di rumah. Ruangan peribadi yang dibina dengan wang titik peluh aku.
Sekarang aku sudah boleh memulakan enjin perancangan bagi projek-projek seterusnya. Banyak projek tahun ini, projek penerbitanlah, projek rahsialah, projek web lah. Semua tu perlu disusun sebaik mungkin agar semuanya menjadi. InsyaAllah dengan sokongan isteri, keluarga semuanya berjalan lancar.
Hasil Nukilan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com
Projek rahsia, unyi macam gerakan subversif sahaja. Heheheh
Selamat tahun baru, HAHAHAHAH!! Ini bukan projek jatuhkan kerajaan, tetapi menyahut seruan kerajaan. Nanti bila betul-betul jadi baru boleh umum. Buat masa sekarang BIARLAH RAHSIA (Cuba bayangkan anda mendengar suara Siti Nurhaliza menyanyikannya)