Percutian tahunan keluarga ke PD: apa komen aku..
Perjalanan kami bermula jam 11.30 pagi jumaat. Kiranya penuh muatan la Avanza tu. Berhenti di R&R Seremban cari makan. Macam-macam hal la bila ramai budak-budak nih. Dengan Nu’iamnya, Isyraf dan Darwisy. Sumenya ada cerita masing-masing. Sesampai je di gerai-gerai R&R tu, mulalah bunyi, “Ibu nak tu, nak tu… ” Mulalah menarik-narik seluarku. Dah le tengah dokong Isyraf, sesekali rasa nak rebah je ditarik Nu’iam. Kemudian tangah makan, si Darwisy tumpahkan segelas air sirap. Habis meja dan lanta berair. Panggil makcik cuci meja tu, mintak kain lap. Sedang asyik mengangkat pinggan masing-masing dan mata tertumpu pada kerja mengelap tu, alih-alih seekor ikan keli dah dicapai oleh Isyraf dan kedua-dua tangan kecil yang erat memegang ikan keli tu menyuap ke mulutnya. Huh! apa lagi menjerit la ibunya ni. “Mamaaa tolong tengok tuuu.” kata aku separuh menjerit, terkejut. Mentua aku tergelak memandang si kecil comel tu, dengan ikan keli di mulut. Cepat-cepat meletak kembali pinggan dan mengendongnya ke tempat cuci tangan, takut dia sentuh mata. Karang ada yang nangis pulak pedih mata disebabkan ikan keli masak lemak cili padi tu. Tercuit hati tengok gelagat budak-budak nih. Itu baru cerita kat R&R je. Cerita muntah dalam Avanaza, menangis melalak nak beli barang mainan di Melaka, terberak atas wan dan macam-macam lagi.
Tapi yang best dan puas hati tengok anak-anak dapat main air sepuas-puasnya. Beli pelampong untuk Isyraf, yg baby punya tuh. Bukan main seronok dia. Lepas mandi kat kolam renang, pergi makan, pas tu tidut keletihan. Bangun tidur mandi kolam lagi. Pastu pergi pantai. Main air laut dan pasir pulak. Sekali dengan Isyraf aku lepas merangkak atas pasir. Biarkan. Biar dia rasa hidup ini memang seronok. Biar dia rasa dan belajar tekstur pasir dan sebagainya. Balik penat, tidur. Begitulah antara aktiviti di sana. Aktiviti macam ni memang dapat merapatkan perhubungan antara keluarga. Kalau tak buat aktiviti kekeluargaan macam ni, masing-masing asyik sibuk dengan urusan hidup masing-masing. Begitulaaahhh…
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati
- Menikmati Kehidupan Sementara - July 20th, 2010
- Bercuti Di Gambang, Hadiah untuk Nu'aim - July 15th, 2010
- Balik Kampung Jun 2010 - June 18th, 2010
- Kek Batik - June 9th, 2010
- Sambal Petai Hiris dan Udang - June 9th, 2010









