Minggu ni sepatutnya aku peroleh seorang staff yang mengambil tempat editor perolehan. Jawatan kosong ditinggalkan oleh seorang staff wanita PTS M dahulu. Editor perolehan ini kuharapkan dapat mengendalikan produk-produk wanita, namun begitu entahlah apa masalahnya staff tersebut tak muncul-muncul.
Ketika aku berada dalam perbincangan dengan pihak PUSPAKOM untuk projek terbaru kami 1 Oktober lalu, aku dapat SMS mengatakan beliau tidak dapat hadir untuk mendaftar diri kerana sebab tak dapat dielakkan serta perlu diselesaikan. Dia juga sanggup melepaskan jawatan tersebut kerana tidak mahu menyusahkan aku dan syarikat.
Bedebuk! Rasa macam beban yang patutnya berkurang terus menimpa balik ke kepala ni. Hmmm! Itulah adat orang berjuang, ada sahaja ujian yang melanda. Stress memang stress, tapi stress yang mencabar dan menaikkan semangat. Aku rasa kalau orang yang takdak cabaran, dia tak perlu hidup. Cabaran jugalah yang menaikkan potensi seseorang hingga ke peringkat maksimum. InsyaAllah aku akan cuba hadapinya.
Alhamdulillah! Aku ada anak, dua orang permata hati yang mempunyai pelbagai karenah. Mereka yang menjadi pengubat kala letih dan stress. Inilah anugerah tuhan yang tak terhingga. Berita gembira buat yang kahwin dan berita sedih buat yang bujang.

Hasil Nukilan :Ya Allah berikanlah rahmat dan kekuatan dan perjuangan ku. Rahmatilah aku, anak isteriku, jadikanlah mereka tabah bersama aku menghadapi cabaran hidup, ibu bapaku, ahli keluargaku, lembaga pengarah Kumpulan PTS, ahli keluarga Kumpulan PTS, ahli keluarga PTS Millennia yang banyak memberi inspirasi dan membantuku, para pengarang, sahabat-sahabat seterusnya muslimin muslimat. Berikanlah rezeki dan redha mu Ya Allah atas perjuangan kami. Amiinn!!
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com