Pilihan ibu untuk anak kesayangannya
Kali ni e-kedai.net highlight pakej Al-Barqy ni. Ini adalah salah satu kaedah mengajar al-quran untuk anak-anak yang ada di pasaran sekarang selain Iqra’ dan Qiraati. Pakej Al-Barqy ni aku sudah beli untuk anak aku yang sulung sejak umurnya 3 tahun lagi sebab aku teringan sangat nak tengok anak aku pandai baca Quran. Walaupun umur 3 tahun terlalu awal, tapi aku cuba hendak biasakan dirinya dengan huruf-huruf hijaiyyah, nanti lebih mudah nak ajar.
Komen aku sebagai ibu yang menggunakan pakej ni adalah, “Kira baguslah.” Aku dapat buat perbandingan antara al-Barqy, Iqra’ dan Qiraati sebab sebelum ni aku pernah guna Iqra’ dan Qiraati untuk mengajar budak-budak kampung mengaji Quran. Itu masa aku muda-muda dulu la. Kelebihan al-Barqy ni sebab dia guna kata kunci, ada CD untuk pengajar, ada CD untuk anak menyanyi sambil mengenal huruf dan bunyi, ada flash kad. Kemudian kalau hendak guna di sekolah, carta bersaiz besar pun ada. Isi kandungannya sama dengan yang ada di dalam buku teks.
Setakat ni, anak aku yang sulung belum masuk 5 tahun dah kenal semua huruf hijaiyyah, kenal sukun, kenal syadddah, kenal alif zaidah dan sebagainya. Sudah dapat baca perkataan dan ayat-ayat ringkas. Yang komplek belum lagi.
Nanti bila dah pandai baca lagi ibu akan beli pakej tajwid pulak.
Pakej tajwid ni pakej advance sikit. Juga dapat dilihat di e-kedai.net. Harapan ibu, bila Nu’aim pandai membaca quran nanti, tolong ibu ajarkan adik baca ye. Ringan sikit tugas ibu. Jadi aku nak ajak para ibu tinjau-tinjau pakej ni di e-kedai. Harganya pun ok.
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati
- Menikmati Kehidupan Sementara - July 20th, 2010
- Bercuti Di Gambang, Hadiah untuk Nu'aim - July 15th, 2010
- Balik Kampung Jun 2010 - June 18th, 2010
- Kek Batik - June 9th, 2010
- Sambal Petai Hiris dan Udang - June 9th, 2010










ana salah seorang yang concern tentang material pendidikan anak anak. teruskan berkongsi all ‘the good things’ for our young generation.
selamat berkenalan