PROLOG

Budak gemuk, selalunya dipandang sinis dan hina. Selalu digelar pelbagai. Gemuk, boroi, giant, gergasi, topui (panggilan orang Kedah), bulat dan pelbagai gelaran yang tidak sedap didengar. Ada pula pandangan-pandangan hujung mata yang suka menghina orang gemuk. Mereka mereka mengatakan orang gemuk ini bodohlah, lambat pick uplah, slowlah, senang bergoleklah dan pelbagai hinaan serta kejian.

Di sini kita ingin berkongsi satu kisah yang menjadi sebahagian daripada hidup anda, dia, saya, kita, kami, masyarakat dan ummah sedunia. KISAH BUDAK GEMUK. Kita hayati perasaan, kekesalan, kekecewaan, kegembiran, kejayaan si budak gemuk.

Cerita ini mungkin wujud mungkin tidak wujud ataupun jika benar wujud, anggaplah semuanya bukan nama sebenar walaupun ada yang benar. Si budak gemuk ini sudah dewasa sekarang. Namun begitu dia ingin berkongsi ceritanya dengan generasi budak gemuk yang lain bagaimana dia menongkah arus masyarakat dalam keadaan dia sebagai budak gemuk.

Si budak gemuk ini juga ingin agar segala persepsi mengenai budak gemuk diubah dan dikaji semula oleh sesiapa yang membacanya. InsyaAllah si budak gemuk akan memulakan tinta dalam masa terdekat dan diharap sesiapa yang ingin mengikuti kisah si budak gemuk dapat bertenang dan bersabar. Ia pasti datang dan kita sama-sama doakan agar si budak gemuk ini diberikan kekuatan dan kesihatan bagi meneruskan pelayaran nukilannya ini. BERSAMBUNG….

Hasil Nukilan :
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com

Speak Your Mind

*