PTS di Pesta Buku Antarabangsa KL 2009

17 hingga 26 April, belangsungnya Pesta Buku Antarabangsa KL 2009. Seperti biasa cik abang sibuk sepanjang hari, keluar subuh sampai rumah dah masuk isya’. Oleh kerana dah sarat mengandung, aku diberi kelonggaran untuk rileks sikit dan tidak perlu menjaga gerai PTS. Bunyi macam seronok dapat kelonggaran, tetapi sebenarnya hati ini ingin turut sama berada di sana melihat kesibukan gerai PTS melayan peminat-peminatnya. Terkenang sekitar tahun 2002 atau 2003 begitulah, PTS hanya ada 1 gerai, Qalif yang menjaga gerai itu ketika aku dan abg sampai. Tercongok dia seorang diri di situ. Pada tika itu tiada pengunjung pun di gerai PTS. Begitulah scenario 7 tahun lepas. Tetapi sekarang alhamdulillah, murah rezeki. Ramai pengunjung, jualan pun meningkat.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*