Puasa kali ini lebih kurang la macam lepas-lepas, cuma kali ini aku ada 2 orang anak. Setiap hari, mak mentua aku shift memasak untuk berbuka jadinya aku tak perlu la nak memasak bila balik kerja. “Terima kasih mama.” Balik ofis je, aku uruskan hal ehwal anak-anak je, mandikan, pastikan anak-anak makan dan kalau baby ngantuk kasi tidur. Pastu hidangkan apa yang mama dah siap masak tu.
Bila malam menjelma, pukul 10 je aku punya shift memasak pulak tiba. Biasanya aku akan memasak sebelum tidur untuk sahur esok pagi. Ini giliran aku bagi memastikan semua orang ada benda nak makan sahur nanti.
Minggu lepas aku gembira sebab dapat bertemu kembali sahabat lama, Nazwan atau nama glemer Juwe. Dia ni kawan sekelas aku masa di MRSM PC dulu. Dia akan membaca doa bila nak mula kelas dan kami semua aminkan. Dia ni budak sekolah agama sebelum masuk MRSMPC, jadinya dialah ustaz kat kelas tu. Kuat mengusik orang betul kawan aku sorang ni. Hari khamis lepas tengah sibuk aku dok kerja tetiba muncul YM dengan nama yang cukup aku kenali tu. Ada lagi sorang yang aku teringin sangat nak jumpa setelah lama terpisah iaitu kawan karib Juwe ni, si M’sul. Diorang berdua ni ibarat ‘stokin dengan kasut’ masa kat sekolah dulu. Banyak betul kenangan manis dengan diorang bedua ni. Sekarang Juwe dah berumah tangga dan sudah dikurniakan seorang putera yang comel. Cuma tadi dengar cerita si comel tu masuk spital. Siannye… Banyak2 bersabar buat Juwe dan isteri. Kami doakan moga Wafiq cepat sembuh. Aminnn
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my