Ramadhan Menjelma Membuat Rahmat

0

Alhamdulillah! Syukur kepada tuhan kerana masih dipanjangkan umur menemui ramadhan tahun ini. Aku akui sejak dua menjak ini aku amat sibuk dengan perancangan dan kegiatan bisnes aku. Aku agak terleka hingga segala amalan yang aku biasa lakukan dahulu tertinggal.

Keluargaku

Harapnya dengan ramadhan tahun ini mengembalikan diri aku seperti dahulu malahan lebih baik. Keadaan penuh cabaran yang menyebabkan seseorang terlupa, sebab itulah ramai pejuang yang satu masa dahulu mendepani arus dakwah dan haraki hilang entah ke mana.

Ya Allah berikanlah kekuatan dan keberkatan kepadaku, isteriku, anak-anakku, keluargaku menghadapi cabaran hari-hari mendatang. Tetapkanlah hati kami di atas landasanmu. Berkatilah usaha kami dan limpahilah kami dengan rahmatmu. Hanya kepada mu Ya Allah kami berserah diri. Amiinn!!!!

Hasil Nukilan :
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!