Salam Aidilfirti . . . Alhamdulillah murah rezeki
Alhamdulillah, itulah ucapan yang patut keluar tatkala diberikan rezeki olehNya dengan mengandung lagi. Dengan izinNya kali ini aku mengandung normal sebab aku tak mangalami sakit perut seperti yang lepas.
Seperti ’sekala’ pada trimester pertama ni aku mabuk. Memang tidak tahan hendak melalui hari-hari ini. Lambatnya masa berlalu. Letih, hilang selera makan, makan nasi sambil menitis air mata, pedih perut, nak termuntah, semuanya bau busuk . . . Tuhan saja yang tahu. Sesungguhnya benar kata-kata Allah yang Maha Agong.
Surah Luqman
31:14 “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.”
Surah Al-Ahqaf,
46:15 “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: “”Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”".”
Nak minta maaf buat suami dan mentua kerana keadaan aku ni banyak menyusahkan semua orang. Mananya tidak, asyik terdampar atas katil. Mujur ada suami yang dapat membantu melakukan kerja-kerja rumah. Cuma dia tak dapat bantu buat kerja pejabat je. Kali ni aku rasa macam kena mabuk komputer pulak. Mengadap skrin sekejap sudah rasa meloya nak termuntah. Kalau macam ni harulah aku. Macam mana nak kejar production ni? huhuhu…. sabo ye… tabah sikit.
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati
- Komik-M, Komik yang Mendidik dan Menghiburkan - February 19th, 2010
- Cakcibo... Pasukanku Menang Kejohanan Boling PTS 2010 - February 12th, 2010
- Hari Pertama Masuk Darjah 1 - January 13th, 2010
- Ibu Cuti, Best! - December 7th, 2009
- Kasih Sayang Allah Itu Luas - December 4th, 2009










en_me minta maaf dari kejauhan pada semua yang mengenali me selama ini .. maaf la segala kekurangan2 en_me yg ini k
Assalamualaikum Umm and Abu Nuaim
Selamat Idul Fitri 1429 H. Maafkan saya lahir batin. Taqabbalallahu minnaa waminkum, shiyamanaa wa shiyamakum…
assalamualaikum
nurul, tak sangka jumpa kat internet masa dok blog hopping. wah! ramai hero ekk.. nurul tinggal di mana???
x-malikian
l2ebEQ blpkzyyyjvfe, [url=http://ofkbfabonebj.com/]ofkbfabonebj[/url], [link=http://glzodhqtyhdi.com/]glzodhqtyhdi[/link], http://nyqwfleafgmg.com/
Salam Nurul…
TAHNIAH!!! moga kali ini Allah tunaikan apa yg Nurul ‘idamkan’ ya…
Bila due?
Tahniah… bertambah lagi anak2 sedare k wan…. bertambah lg rezeki nurul…
Terima kasih Kak Wan. .. Anak-anak sedara Mak cik Wan ni teringin nak jumpa Mak cik Wan hihihi… Bila Makcik Wan datang KL beritahu la kite ye.