Sedutan Tazkirah pagi oleh Ustaz Wanzu merangkap graphic designer PTS M

Seperti biasa hari Jumaat akan ada sesi tazkirah ala-ala usrah setengah jam di PTS. Hari ni penyampainya adalah ustaz wanzu aka graphic designer PTS. Walaupun artis PTS tapi ilmu agamnya penuh di dada sebab dia ni lulusan U Al-Azhar Mesir… Syariah…

Buat anak-anak ibu khususnya Nu’aim, Isyraf dan anak-anak ibu akan datang (kalau ada rezeki)… renungkanlah…
Bersyukurlah kita padanya kerana hingga detik ini kita masih diberikan nikmat iman dan Islam… Masih Muslim dan Mukmin… Kerna zaman ini, zaman anak-anak ibu masih kecil, cabaran ke atas iman dan Islam kita sungguh kuat… Ramai orang Islam kini mudah goyah iman dan Islamnya lantaran terlalu kuat pengaruh-pengaruh yang cuba memesongkan aqidah orang-orang Muslim…

Wahai anak-anak ibu, ibu tak dapat bayangkan bagaimana keadaannya zaman anak-anak ibu dikala diri kamu semua sudah membesar dewasa. Bagaimana pula rupa bentuk cabaran ke atas iman dan Islam kalian. Ibu berdoa semoga anak-anak ibu diberi nikmat iman dan Islam hingga Tuhan menjemput bertemunya. Andainya ibu dan ayah tiada bagi membimbing mu, ingat Al-Quran dan Sunnah adalah panduan utama bagi kehidupan. Berpeganglah padanya pasti anak-anak ibu selamat dunia dan akhirat…

Nanti ibu tuliskan doa yang pakcik Wanzu cakap tadi. Amalkan doa ini semoga kalian sentiasa diberi petunjuk dan dapat menerima kebenaran sebagai kebenaran. Begitu juga sebaliknya…

Ini hanya sebahagian tazkirah pagi tadi…

Kemudian pakcik Wanzu menyambung tazkirah dengan tafsir surah ‘Abasa yang bermaksud ‘bermuka masam’. Bahagian ayat yang ditekankan adalah bagaimana keadaan kita apabila ‘suara itu memanggil’. Masing-masing dengan hal masing-masing. Tidak lagi peduli akan hal ibu mahupun ayahnya, anak-anak mahupun saudara maranya, apatah lagi sahabat handai dan orang lain.  Tetapi bagi yang beriman dan bertakwa, wajahnya berseri-seri dan gembira. Pilihlah golongan ini. Peganglah pada Quran dan Sunnah.

“… But when the Shout cometh (33) On the day when a man fleeth from his brother (34) And his mother and his father (35) And his wife and his children, (36) Every man that day will have concern enough to make him heedless (of others). (37) On that day faces will be bright as dawn, (38) Laughing, rejoicing at good news; (39) And other faces, on that day, with dust upon them, (40) Veiled in darkness, (41) Those are the disbelievers, the wicked. (42)”

Terjumpa traslation dlm english terus copy paste je…

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*