Sehari Sebagai Sura Rumah
Aku bercuti dua hari daripada urusan di pejabat. Sahaja ambil cuti sebab nak tenangkan fikiran di samping hendak tumpu kepada pembuatan plan bagi bisnes baru. Plan yang mana akan dilaksanakan selewatnya 15 Oktober 2006. Itu sasaran aku.
Apabila duduk di rumah ni, berlainan pula jadinya. Aku dah jadi sura rumah pula. (
Sure Mat Yus gelak guling-guling bila baca posting ni). Macam-macam yang anak-anak aku minta dan perlu dilayan. Anak nangis, anak berak, anak nak tidur, anak nak itu dan ini. Tambahan pula mama dan ayah keluar petang untuk ke hospital bagi medical checkup.
Fuhh! Memang mencabar. Walauapapun satu pengalaman yang menarik dan best. Ia menjadikan seorang lelaki dan suami menghargai seorang isteri. Melihat perspektif lain mengenai menjaga keluarga dan rumah.
Selama ini suami hanya melihat tetapi bila dah buat sendiri, baru tahu apa sebenarnya tugas. Itupun aku tak sampai memasak dan buat benda-benda lain.
Ini yang nak suruh maid datang cepat lagi ni. Maid aku akan sampai ke sini seminggu lepas Hari Raya. Dalam masa tu kesian juga kat mama dan ayah aku terpaksa mengambil alih banyak perkara di rumah ini.
Oklah! Aku dah nak start buat planning sebab hari ni aku dah tempah tempat kat Restoran Tu Dia Pak Tam bagi berbuka puasa petang ni. Jadi mama tak perlu memasak petang ni. Jadi adalah orang yang boleh melihatkan anak aku.
Hasil Nukilan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Catatan Seorang Fauzul
- Selamat Hari Jadi Anakku Isyraf Idraki - January 28th, 2009
- Perkembangan Yang Menarik - September 16th, 2008
- Isteri Saya Nurulhilyati Menjalani Pembedahan Laproskopi Untuk Kes Kehamilan Luar Rahim Semalam - June 12th, 2008
- Alhamdulillah! Adik Iparku Selamat Bertunang - May 4th, 2008
- Sukaneka Tadika Tunas Ilmu (Tempat Nuaim Belajar) - February 16th, 2008









