Selamat datang 2007, Selamat jalan 2006

Huh! berhabuk bersawang RN ni… lama benaq tak update. Selamat jalan 2006, bawalah pergi memori duka, tinggalkan di sini memori bahagia buat menemaniku.

Tentang anak-anak

Nu’aim sudah 3 tahun 11 bulan, semakin pandai bercakap. Tak berhenti-henti mulut berkicau. Skil bersosial juga berkembang dengan baik. Suka sangat berkawan. Pantang ada kawan sebaya, tak kira pompuan lelaki sume nak kawan. Kalau berjumpa jenis yang suka berkawan, mudah je diorang mesra dan bermain. Tapi kesian pulak kekadang tu bila tengok dia cuba nak berkawan, tetapi si kawan tu pulak jenis malu segan, lari-lari. Tak pe… ramai lagi manusia yang boleh dibuat kawan, kawan biar seribu ye nak…

Sebagai abang, dia jugak perihatin pada adiknya. Kekadang tu bergaduh jugak. Berebut buku lah, mainan lah. Balik kerja mintak ibu tengok tv la, baca buku la, menyanyi la. Sekarang ni asyik kelek lirik lagu dalam cd I Look I See  tu… sapa lg yg ganti Yusof Islam menyanyi klu bukan ibu nih. Katanya kalau ayah nyanyi tak sedap. Ibu nyanyi sedap… hihihi.. anak ibu la kata kan, mesti sokong ibu. Walaupun baik ngan ibu, bergaduh jugak sesekali tu.
Isyraf, dah laju merangkak dan pantang tengok benda yang boleh dipanjat. Sume nak panjat. Kalau dapat berdiri, mula lepas tangan sebelah lambai-lampai pada ibu sambil mulut tersengih lebar. Agaknya terasa bangga dapat berdiri seperti orang lain. Tapi tak pandai-pandai lg panggil ibu.. bila ye agaknya? Tak pe belajar sikit-sikit.

Yang paling ibu suka pasal ISyraf ni, mudah betul jaga anak ibu sorang ni. Berbeza benaq dengan abangnya. Tak banyak ragam. Kalau nak tidur pun nangis sikit-sikit je. Selebihnya main, main dan main. Satu lagi yang paling ketara tentang Isyraf sekarang ni, kuat betul minum susu. Tak macam abangnya. Susu klu 1.2 kg tak sampai 2 minggu dah kena refill… Si Nu’aim kalau nak makan macam-macam bunyinya. Kenyanglah, sikit je lah, tak nak yang ini nak yang lain lah… hasilnya sekarang Isyraf dah 10 kg lebih dan dia tak sampai setahun. Nu’aim 15kg dah nak masuk 4 tahun bulan depan. Itulah ragam anak-anak.

Semoga Allah beri petunjuk ke arah yang baik dlm membesarkan anak-anak ibu. Juga kurniakan pada ibu ini kesabaran yang lebih sikit dalam menghadapi kerenah anak-anak ni.
Tentang Pasanganku

Tak banyak komen. Cuma daku berjanji akan sentiasa bersama mu dalam mengemudi bahtera kita. Terlalu banyak cita-cita dan impianmu yang juga impian ku. Semoga 2007 ni menjadi permulaan bagi mencapai impian kita yang ‘satu’ tu, kan.
Tentang Kerjaya 

Semakin hari semakin ‘best’ bekerja. Awal 2007 sudah dihidangkan dengan projek-projek yang best jugak. Berset-set tu. Aku berjanji akan cuba tepati deadline yang bos aku bagi tu. Selama bekerja ni, aku tak pernah bekerja sambil lewa. Semakin mencabar kerja sekarang ni. Aku jugk manusia biasa, wanita yang kekadang tak nak mengaku lemah, walaupun pada masa tu mmg terasa lemah dengan pelbagai tekanan kerja. Aku tahu ada seorang insan yang Allah kurniakan pada aku untuk mendengar keluh kesah ku tentang kerja aku, dialah suamiku, yang begitu sabar dengan aku… Thanx a lot..Walaupun mulut ini berkicau, tp kerja tetap jalan. Jangan risau bos.

Huh! banyak jugak aku merepek… alamak dah habis waktu lunch.. jom keje balik…

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*