Semalam aku menonton saat kapsul Soyuz yang membawa pulang Dr. Sheikh Muszaphar bersama 2 orang lagi angkasawan tiba ke bumi. Menarik juga. Cuma aku terfikir sesuatu yang aku tak tahu sama ada Sheikh Muszaphar berkongsi perkara sama.
Kalau aku jadi dia, tentu aku pulang dan tak tidur malam. Mengapa? Sebab terfikir betapa banyaknya wang Malaysia digunakan bagi menghantar dia ke angkasa lepas. Jika betullah wang sebanyak RM95 juta digunakan bagi membiaya beliau ke sana, maka beliau sepatutnya membayar sebanyak itu juga hasilnya kepada rakyat Malaysia.
Beliau perlu memulangkan kembali segala wang itu dalam bentuk usaha bagi menaikkan anak bangsa, mendidik mereka menjadi setaraf dengan angkasawan dunia lain, memberikan inspirasi dan motivasi percuma kepada semua orang. Aku tak tahulah bagaimana selepas ini. Namun begitu jika ada orang menjemput beliau berceramah dan dia caj tinggi bayaran ceramah tersebut memang tidak patut. Sebab wang rakyat RM95 juta sudah digunakan untuk bawa dia ke angkasa lepas. Itu wang rakyat yang tidak pernah ditanya kepada rakyat sama ada setuju ataupun tidak bagi menggunakannya.
Memanglah ada orang kata gila kah nak minta kebenaran dulu daripada setiap orang daripada 25 juta rakyat Malaysia. Apa gila pula, nabi pun tak akan makan walaupun sebutir tamar daripada harta rakyat tanpa memikirkan bahawa itu hak rakyat pada zamannya. Inilah masalahnya apabila buat sesuatu tidak fikir sirah nabi.
Kalau aku jadi Sheikh Muszaphar memang aku tak tidur malam.
Hasil Nukilan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com
Askum,
Bagus jugak ader pengkritik macam ko nih..balance sket negare..tapi aku harap kritikan ko tu berfakta la yer..selamat hari raye..
askum…
InsyaAllah akan diusahakan sebaik mungkin. Terima kasih