Seni & Kraf Bersama Anak-Anak di Rumah

0

Pada pagi Ahad yang indah dan tenang selepas perut kenyang mengisi makan pagi, Nu’aim berkata, “Ibu, ada kad ‘malina’ tak?”

“Apa? Kad malina? Apakah itu? Mahu buat apa?”

“Nu’aim mahu buat kad sempena hari ibu,” jelas Nu’aim.

“Oh! Itu kad ‘manila’.” Kelakar betul.

Apa lagi terus ibu melayan kehendak anak-anak ini. Buat dua kad, tetapi bukan untuk ibu, untuk matok. Kami membuat kad berpandukan buku  Kad Ucapan di bawah siri buku Seni & Karaf Bersama Kak Emila.

Inilah bukunya!

Kad Ucapan

Kad Ucapan

Di dalam buku yang comel ini terdapat 20 projek. 19 projek kad dengan pelbagai tema dan 1 projek membuat sampul kad. Anak kecil pasti suka kad yang ada pop-up. Bagaimana membuat pop-up di dalam kad juga ditunjukkan.
Bahan-bahan yang digunakan mudah disediakan dan langkah-langkah yang ditunjukkan mudah diikuti oleh kanak-kanak. Anak-anak antara 3 hingga 10 tahun pasti menggemari kesemua projek ini.

Bukan itu sahaja, dengan melakukan aktiviti seperti ini dapat mengukuhkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak. Sangat sesuai untuk ibu bapa yang sibuk kerana projek yang disediakan ini mudah dan tidak mengambil masa yang lama bagi menyiapkannya.

Dapatkan siri buku ini di e-kedai.net dengan diskaun 10% menjadikannya hanya RM7.11 sahaja.

Kad ucapan ini dibuat berdasarkan projek ke-5, Kad Burung Comel. Paruhnya menjadi pop-up. Menarik!

Siap! Kad ucapan dengan tema Burung Comel dan Bunga.

Dapatkan buku ini di e-kedai.net dengan diskaun istimewa, sekarang!

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com


Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!