Sepupu-sepupu Nu’aim…


Ni semua sepupu Nu’aim. Anak-anak abang Mie iaitu abang sulong sebelah saya. Dia la satu-satunya abang kandung yang saya ada kat dunia ni. Semua anaknya 4 orang dan bulan 10 ni akan bertambah lagi seorang. Murah rezeki, alhamdulillah. Dari kiri Mohd Zulfakar (8), Nu’aim, Mohd Naufal Hamdani (6, yg ni saya bagi nama), Nur Ain Sabrina (10) dan Mohd. Baihaqqi (3).
Masa ni, di Penang kat Berjaya Georgtown Hotel… Seronok dapat berkumpul ramai-ramai. Nu’aim pun bukan main ceria sebab tak selalu dapat kumpul macam ni. Cuma gambar anak-anak kakak je tak de yang terkini, si Firas dan Faris. Kakak pun bakal menimang cahaya matanya yang ketiga tahun depan. Beza usia kandungan kami hanya sebulan setengah. Saya dulu yang akan berjuang melahirkan anak yang kedua. Jadinya, mama akan dapat 3 cucu baru lagi. Jumlah semua tahun depan 10 orang, semoga semuanya selamat, insyaallah.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*