Seronoknya cuti hujung minggu kali ni: Jalan-jalan naik train

0

Hari Ahad abang ada beberapa appointment kat KL. Dari pukul 2.30 ptg sampai 11.00 malam. Oleh kerana appmt habis lewat malam, saya akan teman abang drive balik Bentong. Sian abang kalau kena drive sorang2. Jadi, fikir punya fikir dapat idea nak bawak Nu’aim jalan2 naik train (LRT dan Komuter). Apa lagi, bila idea dan cadangan itu diterima oleh abang dan diizinkan olehnya, terus siap2 Nu’aim. Aku cuma bawak beg kecil nu’aim berisikan diaper (2), air kosong sebotol kecil, sedikit murtabak yg sarapan pg tadi dan sepasang baju. Semuanya keperluan asas je. Tak nak bawak banyak2 sebab nanti nak kena dukung dia lagi.

Nu’aim punya la seronok sebab ini first time nak naik train. Abang hantar kami berdua di stesen LRT Putra. Sambil berjalan2 saya bercerita pada Nu’aim. “Ni, kita dah nak naik train. Mula2 kena beli tiket dulu.” Oleh kerana saya pun dah lama tak naik lrt ni, jadi ada la jugak benda yang saya tak tau. Tapi jangan malu2. Tanya je orang2 kat situ ataupun kaunter tiket tu. Semua orang yang saya tanya tu, tak de lak yang keberatan nak menjawab. Semuanya jawab dengan baik dan mesra. Tambahan bila nampak kita perempuan dengan budak kecil. Ramai je yang nak tolong. Tapi hati2 jugak. Beg tangan pun saya tak bawak, cuma masukkan hp dan purse dlm poket seluar. Lebih mudah nak bergerak. Saya tak bertanya pada lelaki, cuma pilih budak2 pompuan muda je… ala2 budak2 universiti tu.. ha elok la kalau nak bertanya ke nak mintak tolong ka…

Bila lrt datang, Nu’aim terus memeluk ibunya ni. Sbb dia tak penah tengok train bergerak selaju tu secara dekat. “Ha.. ini la train Nu’aim, tengok dia buka pintu, jom.” Nu’aim diam je, pada mulanya agak takut2. Saya tak biar dia berjalan. Saya dukung dia. Takut lambat lak. Di asas lrt dia diam je. Lebih kurang 10 minit gak, baru dia bersuara. Agaknya dia baru dapat beradaptasi dengan bunyi-bunyian dan persekitaran train tu…

Bila sampai di kl sentarl, nu’aim nak ke tandas pulak… Cari punya cari jumpa la tandas, tp kena Q la… Nu’aim mmg tak selesa, tp mujoq tak buat perangai… Lepas tukar diaper, terus pegi ke kauter beli tiket ke UKM… Bukan main xcited nu’aim nak maskkan tiket ke dalam lubang pada gate… alhamdulillah tak lama menunggu 5 minit lepas tu komuter sampai…. “Cepat Nu’aim, mai ibu dukong sbb org ramai, mungkin kita kena berdiri.”
Bila masuk ke dlm perut komuter, mmg tempat duduk dah tak de, “Kat mana nak pegang ni, Sat gi kita jatuh nu’aim.” Rupa2nya ada gak org prihatin, agaknya berjaya kot kempen budi bahasa tu.. ada sorg kakak tu mintak, sorng budak pompuan muda ni bangun dan kasi tempat dia pada saya dan nu’aim… Alhamdulillah… Moga Allah ampun segala dosa mereka berdua dan membalasnya dengan kebaikan. Masa kat dalam komuter tu, nu’aim sibuk la dok tengok pemandangn luar, kejap2 baca iklan pd dinding, tanya itu ini… org kat keliling tu pandang je… tak pe asalkan nu’aim tak nangis…

Kemudian, 45 lepas tu sampai la ke stesen UKM, kredit hp lak habis, “kejap nu’aim kita cari public phone. Hp ibu dah habis kredit, nak call mak Jang Dihah mintak mai ambik kita.”
Aku keluarkan topi dan Nu’aim pun terkedek2 la berjalan cari telepon. Dalam hati, “Emm… lama sungguh aku tak pakai telipon awam ni ye… time2 mcm ni la berguna sgt.” Dihah pun sampai la dengan kelisa barunya. Then kitorang ke rumah sewa dihah, solat asar terus ke rumah Mashitoh. Dia ni kawan aku masa kat Maktab Mahmud dulu. Saje je nak lawat dia dan baby sulong dia kat kajang.

Di rumah masyitoh, mcm2 kami bualkan. Topik utama berkaitan anak la… apa lg. Sudah jd kaum ibu ni… sembahyang, solat maghrib, mandi kemudian bertolak balik ke rumah sewa dihah pada pukul 8.30.

Tunggu punya tunggu 11.15 mlm baru abg call bg tau appmnt baru tamat. Terus dihah dan tikah hantaq kitorang ke PJ. Janji ngan abang nak jumpa di sana. Fuh! letih gak… Kesian Nu’aim, tp tak pe dia seronok. Masuk je kete Nu’aim terus tidor. Smapai bentong around pukul 1.15 pg. Masuk bilik terus “Kedebumm” naik atas katil tidor… Nu’aim keletihan yang teramat…Tp seronok mengalami pengalaman baru har ini, banyak nu’aim belajar.

Esoknya, semua benda dicerita pada maktok dan wan…

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com


Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!