Sesi Brainstorming kumpulan PTS….

Hari-hari brainstorming syarikat-syarikat kumpulan PTS di Selesa Hillhomes berjalan lancar daripada 22 hingga 24 Disember 2006. Pelbagai perkara dibincangkan dan dibangkitkan. Setiap simpulan masalah cuba dirungkaikan, sistem kerja dikaji semula, mengkaji perjalanan setiap syarikat dalam tahun 2006, kemudian mengemukan visi, misi, perancangan dan strategi setiap syarikat bagi menempuhi tahun 2007.

Perbincangan berjalan dengan baik, kekadang semua ahli serius, sesekali ada yang buat lawak semua ketawa, sesekali timbul sesuatu isu tu agak menggoncang emosi dan tak kurang juga dalam sesetengah sesi pembentangan tu ada yang tertidur. Apa pun, bila dah lalui hari-hari sebegitu baru kita nampak banyak perkara berbangkit dan perlukan kerjasama semua pihak bagi menjayakan gagasan PTS…

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*