SMACHIAN & INTERNET

Alhamdulillah! Akhirnya aku boleh melayari semula internet dengan tenang. Dua hari lepas ada masalah teknikal yang mana modem di rumah aku tak boleh nak buat sambungan ke internet. Bermacam cara dicuba dan dibuat. Hubungi TmNet lah, sambung teruslah dan banyak lagi. Kesimpulan akhir yang boleh dibuat adalah modem rosak.

Semalam aku ke kedai komputer terus sambar modem D-Link yang ada built-in Wifi dan ethernet Routher berharga RM290. Alhamdulillah sekarang aku boleh melayari internet dengan selesa tambah pula dengan keupayaan Wifi lagilah mudah boleh layari internet di mana sahaja dalam kawasan rumah.

ReUnion SMACHIAN

Hari Sabtu lalu aku, isteri, anak-anak, mama dan ayah ke Majlis Berbuka Puasa Batch 94 Sains Machang Kelantan (SMACH 94′) di Bangi Golf Resort. Sebelum tu kami pergi membeli belah persiapan hari raya di Alpha Angle Wangsa Maju. Memborong sakan, maklumlah dapat separuh bulan bonus :D .

Kebanyakannya baju anak-anak. Setiap seorang dua pasang. Letihlah juga, lagipun ramai betul orang. Memang bersesak dan bising. Ditambah dengan anak-anak buat perangai lagilah letih. Lepas asar kami terus bertolak ke Bangi.

Geng-geng aku ni setiap tahun tak pernah tidak, pasti buat majlis berbuka puasa bersama. Seingat aku sejak di tahun pertama Universiti hinggalah sekarang. Cuma adalah perbezaan dan perkembangan lokasinya. Daripada dulu hanya di Burger King KLCC, sekarang sudah di hotel. Dahulunya seorang, sekarang sudah berdua ++++. Dahulunya takdak duit, sekarang masing-masing sudah mempunyai kewangan sendiri. Ada yang dah ada syarikat sendiri lagi. Kiranya hubungan antara kami masih tidak putuslah.

Walaubagaimanapun hanya 25 orang (termasuk pengiring) sahaja yang datang. Yang lain ada pelbagai program lain. Selalunya kalau buat, pasti lebih 50 orang datang. Yang datang Aku, Mat Yus, Pojie, Peja, Rozita, Kimin, Najib (Tu mai lewat), Zaki, Hafiz, Tojek, Sharifah dan iringan masing-masing. Yang lain tak nampak batang hidung.

Makanan kat sana memang puas hati, ada BBQ ayam, BBQ kambing, makanan tradisional, mee kantonis, Yong tau fu, ABC, dan banyak lagi. Kira memang bestlah. Tambah pula aku dan keluarga boleh solat Jamak, lagilah!!! Makan sampai Isyak tu…..

Walaubagaimanapun aku tak ambil satu pun gambar :( . View Cam tertinggal kat dalam kereta. Kalau tak boleh share kat sini. Seronok bila jumpa kawan-kawan lama, bersembang balik keadaan kerjaya terkini, sekolah, kenangan silam dan sebagainya.

Aku dan Zaman Sekolah 

Aku dulu bukanlah hebat sangat masa kat sekolah. Nak kata pengawas tak, pemimpin pelajar pun tak. Aku cuma rakyat biasa je. Masa tu terasa betul kekecewaan. Sistem sekolah memang tak memungkinkan orang macam aku naik jadi pemimpin pelajar. Semuanya bergantung kepada rupa, hensem, ada banyak kakak angkat dan abang angkat di kalangan pengawas, kesayangan cikgu. Itu je yang boleh menyebabkan terpilih jadi pengawas ataupun jawatan penting sekolah.

Orang macam aku jangan haraplah…Dahlah gemuk, tak hensem, takdak peminat, cikgu pun tak berapa rapat sangat. Itu yang aku pernah tulis dalam blog mengenai sistem persekolahan (Tengok posting Inferiority Complex…. Aku Pun Dulu Macam tu).

Cemburu, dengki dan kecil hati semuanya menjadi resipi yang bergaul dalam jiwa ketika itu. Cemburu sebab aku tak jadi sehebat dan sehensem kawan-kawan aku, hasad dengan jawatan yang ada pada kawan-kawan aku dan kecil hati kepada guru-guru kerana berbuat begitu.

Walauapapun aku bertekad untuk berubah dan Alhamdulillah aku adalah aku sekarang. Seorang manusia yang memasuki zaman universiti dengan baik, menjadi pemimpin mahasiswa, pernah menang pilihanraya kampus, pernah dan masih bergaul dengan orang-orang besar, menjadi pengasas beberapa projek besar di UM, mewakili UM dan Malaysia ke peringkat nasional dan antarabangsa serta pelbagai lagi. Sekarang antara teraju syarikat penerbitan yang dikenali dan dicemburui ramai penerbit. Kita punya asa, Allah punya kuasa.

Kita pengarang skrip hidup kita sendiri, berubah dan tulis skrip hidup kita. InsyaAllah kita akan mengawal jalan hidup kita.

Hasil Nukilan :
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com

Comments

  1. Norashady says:

    Salam..Ermm,saya tak nampakpun saudara seorang yang “Inferiority Complex” time sekolah dulu, malah saya mengkagumi bakat saudara dalam basketball,brass band,usrah.. Saya masih ingat lagi citer Yakjuk & Makjuk yang saudara cerita kan pada saya..cukup detail..Saya masa ingat lagi,masa tu tahun 1995, di Masjid Sains Machang… La ni saya plak yg rasa diri “Inferiority Complex”..huh..Can you help me ??

  2. Assalamualaikum,

    Terima kasih kerana sudi berikan komen. Inferiority Complex sebenarnya ada kebaikan dan keburukan. Kebaikan jika orang itu ingin berubah dan membuktikan bahawa sebenarnya ia tidak jadi seperti yang dia rasa. Yang buruknya apabila kita terlampau terikut-ikut dan terus makin lemah dan down terus.

    Alhamdulillah saya berjaya! Dan ia bergantung kepada self esteem seseorang. Self esteem adalah satu konsep di mana seseorang individu suka akan dirinya. Inferiority Complex makin tinggi apabila kita merasa benci dan tidak suka dengan diri kita. Self esteem juga rendah.

    Oleh itu kita harus melihat apakah kelebihan dan kehebatan pada diri kita. Ia mungkin tidak dilihat dan nampak pada orang lain. Kita nampak. Luaskan pergaulan dan matangkan fikiran. InsyaAllah self esteem akan naik dan inferiority complex akan menurun.

    Saya semasa di SMACH memang nampak OK sebab saya ingin jadi OK. Sebab tu saya cuba membuktikan saya boleh buat semua benda. Alhamdulillah Allah memberikan kejayaan kepada diri saya melawan inferiority complex. Yakinlah bahawa ramai lagi orang yang mahu jadi diri kita cuma kita tak tahu perkara tu.

    Apabila kita tanam benda tu dalam diri, InsyaAllah Inferiority complex jauh daripada diri kita. :D

  3. azlis says:

    A’kum..

    Aku pun tak hensem gak! hehehe… cuma dulu badan tak naik lagi.

    Hi.. nice to meet u here… sudi-sudikanlah lawat http://www.desilza.blogspot.com

Speak Your Mind

*