Di sini saya just nak kongsi masalah yg biasa dihadapi oleh mereka yang berumah tangga. Soalan dan jawapan ini dikutip drpd forum. Jawapannya pun ok jugak saya rasa, praktikal. Saje je nak kongsi sebagai panduan mereka yang mengalami masalah dalam hal ehwal begini. Ini kerana, selalu sangat sy berjumpa dengan soalan2 begini terutama apabila berbual2 dengan mereka yg bergelar ‘isteri’.
Assalammualaikum.............
Saya ingin meminta pendapat rakan-rakan mengenai perkara saya dan
rakan sepejabat hangat debatkan sebentar tadi...........apa perasaan
kita sebagai seorang isteri sekiranya................
1) Bagi isteri yang bekerja, wajarkah membenarkan suami mengawal
segala kewangan isteri sehinggakan kad atm isteri dipegang oleh suami,
gaji bulanan diambil terus oleh suami untuk segala urusan rumahtangga
sedangkan si isteri tidak berpeluang memegang hasil penat lelahnya
bekerja dan hanya sedikit diberi duit poket untuk belanja setiap
bulan. Tetapi segala perbelanjaan dan hutang dilangsaikan oleh suami.
Jwpn: Communication
Perkahwinan is about berbincang dan berkomunikasi. Kalaulah isteri
memang nak membantu mengurangkan beban rumahtangga, bincang dgn suami
berapa portion from wife salary she can contribute unless memang she's
the bread winner itu pun kena berbincang. That is why early stage
marriage discussion are very important. Or maybe can make it as an
aggreement. But kad ATM hold by husband I rasa should not be unless you
memang dah ambil the gaji then leave it the balance for all the expenses
for husband to pay. Keep a separate bank account kalau nak guna gaji for
spending.
2) mendapat seorang suami yang terlalu mementingkan hobi seperti
bermain bola sepak sehingga mengabaikan perasaan seorang isteri yang
inginkan suami sentiasa di sisi lebih-lebih lagi ketika hamil dan
mempunyai anak kecil. Sebagai contoh, masanya dihabiskan bermain bola
selepas waktu kerja dan hujung minggu yang sepatutnya diluangkan
besama keluarga dan pada malamnya sekiranya terdapat siaran bola
sepak akan meninggalkan anda seorang diri di rumah semata-mata untuk
menonton bola sepak tersebut.
Jwpn: Again communicate
Perkara ni harus di bincangkan di awal perkahwinan and every human ada
hobby tersendiri. So give and take is very important. Sang lelaki bila
dah berumahtangga tak bolehlah nak berlagak macam masih bujang. Minat
tetap minat tapi haruslah belajar membataskan minat. Serupa juga Isteri
bila dah berumahtangga tak juga boleh asyik mengharapkan suami berada di
sisi sentiasa. Everybody are human so ada kelebihan dan kekurangan, ada
minat dan tabiat masing2. So kalau suami minat bolasepak, ajaklah suami
berbincang and utarakan pendapat serta minta pendapat suami juga macam
mana nak selesaikan masalah supaya dua2 puas hati. I rasa kalau syok
sangat main bola 2 kali seminggu should be enuff. And as a wife pun just
mintak at least once a month masa untuk diri sendiri. Masa untuk pergi
shopping alone ke, pergi facial ke, library ke atau keluar dgn kawan2.
Then this I rasa akan menambahkan erat hubungan rumahtangga.
Tanggungjawab di pikul bersama.
3) suami kita tidak memikirkan penatnya kita semasa bekerja di
pejabat dan pulang ke rumah melayan anak, mengemas, membasuh dan
macam2 lagi sedangkan si suami pulang awal dari isteri dan hanya tahu
menyuruh itu dan ini tanpa membantu si isteri yang penat ini.
Jwpn: Ingat isteri bukan orang gaji atau hamba abdi
Isteri adalah teman kita, ibu kepada anak2 kita dan kekasih kita. So
sanggupkah kita sekiranya kekasih itu di bentak dan di arah-arah atau di
perintah2 sesuka hati. Letakkan rasa belas pada isteri kita. Bayangkan
kalau di siang hari isteri kita penat bekerja, balik rumah di bebankan
dengan kerja yang banyak juga tanpa suami membantu macam mana pula si
isteri nak melayan kita di tempat tidur. Pastinya si isteri akan
keletihan, so itulah pula tiket untuk suami mencari alasan menyalahkan
isteri kononnya si isteri tak memberi layanan yang sepatutnya dan
mulalah nak cari lain. Andainya suami tak mampu menyediakan orang gaji
untuk isteri, maka bekerjasamalah dengan isteri untuk membuat kerja2
rumah, takkanlah air segelas pun mesti nak suruh isteri ambilkan nasi
sepinggan pun tak boleh nak uruskan. Tapi lebi baik kalau dapat makan
berhidang, sama2 menghidang contohnya isteri senduk nasi suami ambil
pinggan, isteri ambil lauk suami senduk sayur hidangkan diatas meja dan
sama2 duduk makan. Selesai makan isteri cuci pinggan suami lap pinggan
dan susun. Kan ke harmoni macam tu. Serupa juga dengan basuh pakaian,
sidai baju, lipat baju, sapu sampah, cuci bilik air, sapu laman, buat
susu anak atau berjaga malam bila anak minta susu(untuk yang tak menyusu
badan). Semuanya boleh di kongsi bersama. Sebab perkahwinan adalah
perkongsian.
4) Suami hanya balik ke rumah mak dia sahaja tanpa memikirkan si
isteri juga mempunyai keluarga dan hanya si isteri sahaja yang pulang
ke rumah ibubapanya pada hujung minggu tanpa ditemani oleh suami.
Jwpn: Bab ini juga perlunya perbincangan. Make a turn minggu ni rumah
mertua dan minggu depan rumah family kita pula. Be firm and discuss
betul2 sebab hati orang tua ni sensitive walau mereka kata tak kisah
kalau anak tak datang but dalam hati mereka mana kita nak tahu. Begitu
juga kita esok bila dah meningkat usia dan anak2 dah berumahtangga.
Myself both parents tinggal berdekatan so kami buat perjanjian kalau nak
pergi rumah mak atau mertua mesti bersama, kalau tak jangan pergi. So
still back to a discussion between husband and wife. Early stage
marriage communication amat penting.
Ingat kita tak boleh baca hati orang and orang juga tak boleh baca hati
kita. Don't assume people understand our action and what are we
thinking. Spill it out if you tak satisfied and ask if there is anything
yang make the husband not satisfied. And more important don't yell or
argue infront anak2.
Just my 2 cents.
Jazakallahukhairan
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my
masalah saya adalah dalam nombor 3 dan 4…masalahnya kami mmg ada discussion masa awal perkahwinan..saya dah berumah tangga selama 9 tahun. mula-mula ok..tapi kebelakangan ini suami saya langsung tidak akan ikut saya balik ke rumah orang tua saya..terutamanya semasa ada kenduri atau sebagainya..semenjak saya kahwin dengan suami saya istila perkahwinan adalah perkongsian hanya wujud 30% sahaja. saya hanya mampu bersabar dan bertolak ansur..masalahnya sekarang saya tidak sanggup lagi untuk hidup bersamanya…apa harus saya lakukan?
masalah saya juga adalah dalam nombor 1 dan 3, baru-baru ini saya ada terbaca draft masej di hp suami supaya menyuruh sipenerima memadamnya dengan segera mesej yang telah dihantar olehnya dimana suami tidak sempat memadamnya. Saya rasa amat curiga kerana masej yang sedemikian tidak wajar di hantarkan kepada murid perempuannya. Apabila ditanya suami menjawab dengan selamba bahawa masej itu menyatakan bahawa dia rindukanya dan motifnya sengaja sahaja untuk menggatal apabila saya minta penjelasanya. Timbul pertengakan ekoran dari jawapanya di mana saya mempertikaikan etika beliau sebagai seorang guru boleh menghantar masej rindu pada murid perempuan pada waktu malam. Saya rasa amat sedih apabila dia mulai beralih topik asal pertengkaran. Suami mula meletakkan kesalahan pada saya dengan menggungkit bahawa saya tidak melaksanakan tanggungjawab saya sebagai isterinya dengan sempurna. Segala beban kerja rumah, menjaga dan mengasuh anak diletakkan atas bahu saya 100% dan apabila saya tidak sempat melunaskanya dengan sempurna saya disalahkan. Saya kebinggungan dengan sikap suami yang meletakkan segala tanggungjawab atas bahu saya. Kegagalan saya untuk memastikan anak-anak dan kerja-kerja rumah selesai akan dimarahinya dan mula meletakkan saya ini bukan isteri yang solehah.Saya kepenatan setelah habis kerja dipejabat dimana saya berkejar-kejar seorang diri melakukan kerja-kerja di rumah. Perbelanjaan rumahtangga saya juga banyak membantu suami contohnya pinjaman perumahan yang kami tinggal dibayar sepenuhnya oleh saya. Suami saya juga tidak pernah memberikan sedikit wangnya sendiri untuk saya membeli keperluan peribadi saya, pendek kata kainbaju, bil hospital dan alat mekap saya membayarnya sendiri. malah kebanyakkan pakaian anak-anak saya juga yang mengeluarkan belanja. alaupun demikian saya telah lakukan suami masih lagi mempertikaian bahawa saya tidak membantunya. Segala yang saya buat semuanya salah. Apatahlagi jika saya mengajukan soalan padanya apabila hati tidak senang dengan sikapnya.
Suami juga mengajak saya berjumpa dengan kadi jika saya tidak puas hati dengan perbuatannya yang menjadi persoalan pada saya.
Saya amat-amat tidak faham apa sebenarnya yang suami saya mahu dari saya. Sesungguhnya saya amat letih untuh meneruskan kehidupan saya bersamanya lagi. Saya amat berkecil hati dengan sikap suami saya yang sedemikian dimana saya tidak berhak mempersoalkan apa yang dia lakukan tetapi saya seharusnya patuhi dan turuti segala perintahnya. Malah saya pernah cuba bunuh diri saya apabila hati saya rasa amat kecewa dengan sikapnya yang tidak pernah menghargai saya selama saya menjadi isterinya. Selama ini saya bersabar kerana kasih dan kasihan terhadap anak-anak.