Sering juga terlihat orang menguap ketika solat, saya juga turut mengalaminya. Sebelum ini pun pernah dengar, pasal syaitan yang mengganggu orang bersolat. Jadi apabila bertemu dengan hadis Nabi berkenaan hal ini, rasanya diri ini lebih kuat dalam menahan kuap semasa solat.
Abu Said Al-Khudri melaporkan, Nabi Muhammad s.a.w berkata, “Apabila menguap semasa solat dia perlu menahan sekuat-kuatnya kerana sesungguhnya syaitan memasukinya.” Dalam riwayat lain, “Dia perlu menahan mulutnya dengan tangannya kerana syaitan memasukinya.” Hadis ini adalah hadis ke-226 dalam jilid ke-8 Kitab Sahih Muslim.
Dalam hadis lain Nabi berkata syaitan yang menggangu orang solat bernama khinzab. Baru ku kenal.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my