Syoknyaaa….. Berpuasa

Syoknya BerpuasaPuasa sudah masuk hari ketiga. Pelbagai keadaan dan suasana menarik berlaku d pejabat. Staff yang biasa berasap di luar terpaksa berpuasa, Monyok je muka. Yang perempuan sudah mula bercalap mengenai kuih, baju raya dan sebagainya. Yang mahu balik kampung sudah mula bertanya cuti berapa hari company bagi dan banyak lagi.

Bagi aku, puasa tahun ini merupakan langkah baru dalam azam aku. Aku ingin jadikan puasa tahun ini sebagai langkah awal menuju kejayaan aku menuju impian. Bulan ini juga aku ingin kembali sebagai aku yang dahulu, dekat kepada Tuhan dengan amalan-amalan yang jadi budaya aku dulu. Amalan yang dulunya dibuat dalam bentuk jemaah berusrah.

Aku juga ingin jadikan puasa kali ini sebagai pembakar semangat dalam mengorak langkah dalam bisnes. Bisnes di PTS Millennia Sdn Bhd dah kira OK. Staff-staffnya berdedikasi, minggu depan sorang lag masuk menguatkan lagi team PTS M.

Sekarang aku hendak mula memberikan semangat kepada adik aku pula bagi memulakan langkahnya dalam dunia bisnes. InsyaAllah dengan keazaman dan barakah Ramadhan impian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sama-samalah kita doakan.

Hasil Nukilan :
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com

Speak Your Mind

*