‘Hijab Sang Pencinta’ – Ramlee Awang Murshid

Bersyukur kerana diberi peluang Allah Ta’ala menghabiskan bacaan buku Hijab Sang Pencinta, pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Sehari juga mahu menyudahkannya. Sambil-sambil mengurus kerja rumah dan melayani anak pada hujung minggu, aku mencuri-curi ruang membaca novel ini.

Sepanjang menelusuri novel itu, aku tidak henti-henti mengagumi bakat yang dianugerahkan Allah kepada penulis novel yang seorang ini. Gaya bahasa dan garapan ceritanya cukup mempesona membuatkan 500 halaman novel itu aku rasakan belum cukup puas.Sesiapa yang mengikuti dan membaca trilogi ini, pasti tertawan dengan hero ceritanya, Laksmana Sunan. Di dalam hati kecil tertanya juga, ada ke manusia seperti ini sekarang? Baik ya’amat. Jawapannya hanya Dia yang tahu.

Namun apa yang lebih penting pengajaran dan iktibar yang diperoleh seusai membacanya. Watak hero itu dapat memberikan insprirasi kepada pembaca supaya berusaha menjadi hambanya yang patuh dan taat kepada Sang Pencipta. Dalam kehidupan harian kita banyak-banyak ingatkan Allah. Apabila bertemu dengan ujian dan dugaan, sentiasa tabah dan bertawakal kepadanya. Tiada kuasa lain yang lebih kuat berbandingNya. Dia yang mencipta segalanya termasuk syaitan dan thaghut laknatullah. Kemenangan akhirnya akan berpihak kepada yang benar.

Apa lagi, cepat dapatkan Hijab Sang Pencinta di www.e-kedai.net.