Takut Mati Sebagai Psikologi Berjaya

Kubur

3 hari lepas aku bersama keluarga mendapat SMS dari kampung yang menyatakan bahawa Tok Saudara aku, Tok Teh di bukit Apeng meninggal dunia jam 3.45 petang. SMS itu sampai ke HP mama aku pun dah lewat dan 5 minit sebelum kami berbuka puasa baru dia baca SMS tu. Itupun selepas aku mendapat SMS daripada Nisak, staff aku yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan aku. Sepupu mama aku berkahwin dengan bapa saudara Nisak. Aku pun tak tahu nak nyatakan hubungan antara kami. :D

Walauapapun, kami terus buat keputusan untuk pulang juga malam tu. Bertolak daripada Bentong jam 8.45 malam. Kami transit sekejap di Ipoh, kat rumah maklang aku yang bekerja dan bermastautin di sana. Paklang aku bekerja sebagai Pengetua STAR, baru mendaftar kerja di STAR hari Isnin lalu. Sebelum ni menjadi pengetua di SERATAS, Taiping.

Kami bermalam di sana. Kena pula aku terpaksa menyelesaikan cadangan produksi PNM yang mana pihak PTS baru dapat (Boleh baca posting lalu). Perlu dihantar ke tangan Arief (ED PTS) keesokan hari tu. Kami sampai ke Ipoh jam 11.30 malam. Terus aku buka laptop dan menyelesaikan tugasan tu sampai lebih kurang jam 1.30 pagi. Alhamdulillah selesai. Aku hantar SMS kepada Haji Rashid, Arief dan Nazrul menyatakan aku dan isteri ambil cuti kecemasan dan terus melelapkan mata.

Esok tu, selepas sahur dan solat Subuh, terus aku ke Cyber Cafe untuk menghantarkan proposal tu melalui email. Alhamdulillah CC dekat sahaja dari rumah maklang aku. Rumah Maklang aku tu line telefon kena potong sebab dah lama tak guna dan bayar. Bukan tak mampu tapi sebab takdak keperluan. Mereka tu sebelum ni tinggal di Taiping dan baru berpindah balik ke rumah asal diorang. Jadi urusan menyambung semula line tak dapat dibuat lagi.

Bukit Apeng, Serdang

Kami bertolak ke Bukit Apeng seawal jam 8.30 pagi, selepas aku selesai dengan tugasan aku. Maklang dan Paklang pun ikut sekali. Ramai jugalah adik beradik yang pulang. Yang paling menyentuh hati aku apabila mama aku pergi berjumpa dengan Tok Teh lelaki (Suami Tok Teh perempuan yang meninggal), dia ni pun sakit juga, lebih awal sakit daripada Tok Teh yang meninggal dunia. Dia bertanyakan aku ada balik tak? Sayu aku mendengarnya dan terus aku dipanggil bertemu Tok Teh aku tu.

Kami sekeluarga ni memang selalu pulang ke kampung, tak pernah tidak kalau hari raya je pasti pulang ke Bukit Apeng. Sejak aku kecil sampai besar, ia menjadi tradisi keluarga. Jadi semua tok saudara aku memang baik dan sayang dengan keluarga aku ni. Kalau balik mesti aku yang datang jumpa dan berborak dengan diorang. Sebab tu nama aku memang selalu disebut oleh tok-tok saudara aku. Bagus menjadi orang muda yang menjaga hati orang tua, di samping mendapat pengalaman dan tunjuk ajar kita juga mendapat berkat serta redha Allah apabila mereka senang hati.

Salah satu faktor kemahiran interpersonal aku makin baik adalah kerana aku selalu bergaul dengan orang yang lebih tua daripada aku. Melayan orang tua tidak seperti melayan orang muda. Mereka lebih mudah tersentuh jika kita silap cakap. Jadi apabila kita berinteraksi dengan mereka, kita sedikit sebanyak tahu bagaimana untuk ‘mengurut ego’ (istilah Puan Ainon).

Psikologi Kematian

kubur lagi

Aku ikut daripada solat jenazah, sampai ke tanah perkuburan dan hingga selesai pengkebumian jenazah. Apabila kita di tanah perkuburan, mendengar talkin dan menghayatinya. Aku terfikir, kita ini manusia yang diberikan ruangan besar di dunia. Mendapat udara, rezeki, tempat tinggal dan sebagainya. Diberikan berita mengenai apa yang akan berlaku kepada kita di alam kubur dan alam akhirat.

Namun begitu kita masih mudah terleka, terlupa diri, hilang akal, nafsu besar untuk buat jahat. Seharusnya apabila kita mendapat perkabaran seperti ini, ia diterjemahkan dengan persediaan menghadapi kematian. Persediaan menjadi insan yang cemerlang di dunia di akhirat.

Kita bekerja dengan baik, cemerlang, berinteraksi dengan baik sesama insan, tidak melakukan kejahatan, tidak mencuri dan sebagainya. Aku yakin dan percaya berapa ramai orang di dalam dunia ini yang berkali-kali menghantarkan jenazah ke tanah perkuburan, mendengar talkin, menangis kehibaan melihat orang tersayang dilitupi tanah oleh sang penggali kubur dan meninggalkan kubur dengan memandang kembali ke tanah perkuburan yang ditinggalkan di belakang.

Namun begitu mereka masih lagi melakukan kejahatan, kemungkaran, maksiat dan sebagainya. Ingatlah bahawa kita tidak akan kekal lama di dunia. Jahat di balas dengan bala, kebaikan dengan syurga. Sakit tidak kekal lama, kaya tidak kekal lama, miskin tidak kekal lama, senyum tidak kekal lama, semuanya akan kembali kepada yang Maha Kuasa.

Kubur Anuar

Nasyid Rabbani

Duhai teman dan tuan-puan – O dear friends, sirs and ladies
Mari kita berpesan-pesanan – Come let us take advice together
Baik lelaki juga perempuan – Come boys and girls
Duduk di kampung atau di pekan – Whether in the village or the market

Zaman in zaman kemajuan — This time is a time of prosperity
Kebendaan menjadi ukuran – Material wealth has become the measure [for which]
Hidup saling bersaingan – Life has become a competition between us
Jika lalai tinggal sendirian – And the one who is uninterested is left behind alone

Nabi junjungan pernah berpesan – The Holy Prophet once advised us
Agar hidup ada pegangan – So that this life may be grasped
Semak selalu jangan lupakan – Always pay heed, don’t forget
Agar tak susah di hari kemudian — So that there is no difficulty on the Day to come

Kena diingat lima perkara – We must be mindful of five things
Sebelum tiba lima perkara – Before five things occur
Aaa… aaa… – Aaa… aaa…
Semoga hidup aman bahagia – For life to filled with peace and joy

Waktu lapang buatlah amalan – In time of leisure, do good works
Sebelum sibuk pelbagai urusan – Before you become busy with your various affairs
Isilah dengan amal kebajikan – Fill it with good deeds
Menuntut ilmu dan baca Al-Quran – Seek knowledge and read the Quran

Waktu senang beringatlah – In time of ease, act prudently
Sebelum tiba waktunya susah – Before difficulties arise
Jika datang ancaman musibah – If great disaster arrives
Mampu bersedia selesai masalah – You will be capable to solve the problem

Bila sihat jagalah badan – In time of health, look after your body
Sebelum derita sakit tak keruan — Before heavy suffering and pain
Kawallah makan untuk kesihatan – Guard your food for health
Ringan ibadah nak dikerjakan – It will lighten the effort of worship

Jika kaya bermurah hati – If you are rich, be generous
Dapat pahala menolong orang – You will get the reward of helping others
Aaa… aaa… – Aaa… aaa…
Jikalau miskin apa pun tak ada – And if you are poor, and have nothing at all

Waktu kita hidup di dunia – Our time in this worldly life
Sediakan bekalan sebelum mati – Is to prepare our provisions before we die
Walaupun susah banyak halangan — Even though it may be fraught with much difficulty
Tabah dan sabar Allah kan sayang – Be steady and persevere, Allah will love you

Ingat-ingat kita semua – Take care, O we all
Jangan mudah sombong diri – Don’t fill your self with pride so easily
Insafilah pesanan ini – Realize that this advice
Untuk kita suluh diri – Is for us to illuminate our selves

Semoga lembut hati kita – In order that we may soften our hearts
Untuk taat dan berbakti – For obedience and devotion
Dari Allah kita datang – From Allah we have come
Kepada Allah kita kembali – And unto Allah we shall return

Hasil Nukilan :
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com

Speak Your Mind

*