Kerja mengajar anak-anak menghafal ayat-ayat lazim ini mudah, cuma yang jadi payah apabila kita tiada masa mendengar dan mengajar mereka menghafal secara istiqamah. Namun Allah berikan rezeki kepada anak-anak belajar menghafal di sekolah dan di sana guru-guru ada modul dan silibus serta jadual mengajar yang lebih konsisten.
Namun guru juga ada hadnya, mereka tidak dapat memberikan tumpun seratus peratus kepada setiap pelajar, maka tugas memperelokkan bacaan terletak atas bahu ibu bapa. Saya pun sedang melakukan perkara ini kerana tidak lama lagi Isyraf akan menghadapi temu duga sekolah Al-Amin. Lagi pun sekiranya ‘rebung’ ini tidak dilenturkan dari sekarang, risau juga takut lidah jadi keras pula bila besar nanti mahu diperbetulkan bacaannya. Semoga dipermudahkan Tuhan atas usaha ini.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my