Pelanduk Berupa-rupa

HAMPIR BERSAWANG LAMAN SESAWANG INI

Lama betul aku tak membuang sawang di laman sesawang Raudhatun Na’im ini. Banyak perkara yang berlaku dan banyak juga ingin dicerita di sini. Cuma aku ada terbaca satu laman yang mengembalikan nostalgia aku bertanding di kerusi pilihanraya kampus dahulu. Aku ingin berkongsi di sini

Dipetik daripada laman web KEPENA (Kelab Penyokong Nadi) 

  SESI 1997/98

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi berikutnya juga menampilkan imej baru. Bermula dengan nama Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar ditukar kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa bersempena dengan pengkopratan Universiti Perdana ini. Dalam Pemilihan MPM pada sesi tersebut seramai 26 orang calon telah bertanding merebut 13 kerusi kawasan kampus sementara 47 calon bertanding merebut kerusi fakulti.Pemilihan yang berlaku pada sesi ini mula menyaksikan pertambahan jumlah mahasiswa yang keluar membuang undi. Peningkatan sebanyak 4.9 % iaitu daripada 65.7% kepada 70.5%. Ini menunjukkan perubahan mahasiswa yang semakin berminat untuk mengikuti arus perdana politik kampus.

Calon-calon yang berteraskan moto ‘Teguh Mendokong Aspirasi Mahasiswa’ sekali lagi mengulangi kejayaan manisnya sesi lalu dengan memenangi kesemua kerusi kampus. Berikut calon-calon yang memenangi Pemilihan MPMUM sesi 1997/98:

KAWASAN KAMPUS

1. Abdul Rahman Abidin

2. Mohd Izani Mohd Zain

3. Ghazali Mohd Daud

4. A’aiyah Ismail

5. Ahmad Zabidi Abdul Razak

6. Ahmad Zulkifli Ismail

7. Bakri mat

8. Mohd Zaidi Mustafa

9. Fauzul Naim Ishak

10. Wan Syukri Wan Mustapha

11. Najah Nadiah Amran

12. Wan Mohd Zamri Wan Hassan

13. Saharuddin Mohd Kia

KAWASAN AKADEMI / FAKULTI / PUSAT

Akademi pengajian Islam

1. Mohd Siroj Abdul Latiff

2. Wan Jemizan Wan Deraman

Akademi Pengajian Melayu

1. Amir Affendy Mohd

2. Azhari Md Ghafar @ Abdul Ghaffar

Fakulti Ekonomi & Pentadbiran

1. Abdul Jabbar Abdullah

2. Hamzah Hussin

Fakulti Kejuruteraan

1. Alan Tan Wee Chiat

2. Tan San Yew

 Fakulti Pendidikan

1. Hazlin Hani Mohd Halili

2. Intan Syafinaz Kamanuddin @ Kamaruddin

Fakulti Pergigian

1. Khairul Hafles Abu Hassan

2. Syazlli Nazreen Mohd Yunus

Fakulti Perubatan

1. Faizal Mohd Yusof

2. Wan Daud Wan Kadir

Fakulti Perniagaan & Perakaunan

1. Mohd Hafiz Kasim

2. Siti Aisyah Ghani


Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat

1. Alhadi Bujang

2. Cho Leng Koung

Fakulti Sains

1. Ho Chian Hong

2. Vighnes a/l Kanaraj

Fakulti Sains Sukan

1. Safri Jeffri

2. Thiagaraj a/l Sivanandam

Fakulti Sastera & Sains Sosial

1. Makhtar Mamat

2. Mohd Zulfa Awang

Fakulti Undang-undang

1. Akhzailina Md Akhir

2. Seow Choon Teik

Komen Seorang Makcik Mengenai Undang-undang Berpakaian oleh MPKB

Shahrizat: Dress code is disrespectful
05-12-2006 11:21:47 PM

KUALA LUMPUR: The latest dress code ruling in Kelantan is disrespectful and undermines women’s capabilities.

Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said she is appalled at the no sexy clothes ruling in Kelantan.

The state government, she said, should instead focus on how it can help the development of women instead of concentrating on flimsy issues such as dress codes.

“Why are they focusing on dressing issues when they should be thinking about how they can help women in Kelantan excel and develop further, both in education and entrepreneurship?” she told The Star at the Parliament lobby today in commenting on its front-page report.

The Kota Baru Municipal Council had warned that both Muslim and non-Muslim women working in retail outlets and restaurants in Kelantan should take note of their dressing or risk being fined.

The council said it would be conducting spot checks and women who flouted its guidelines could be fined up to RM500, several women’s organisations reacted with outrage.

Shahrizat said creating such a ruling will in the end backfire on the Kelantan government.

“In the end, Kelantanese women will object to it,” she warned.

“It is so disrespectful to the women there. The ruling makes it seem like women cannot decide for themselves what they should or should not wear and need the government to help them decide.

“It just goes to show what kind of government they are.”

Inilah masalahnya makcik yang tak sukakan hukuman Allah dikuatkuasakan.  Pelik tapi benar. Bolehlah pula salahkan undang-undang yang dikatakan tak hormat perempuan. Nak hormat Allah dahulu ke ataupun nak hormat wanita dahulu. Pelik, pelik……

Bertudung & Berpakaian Seksi

Baru-baru ini Kerajaan Negeri Kelantan mengarahkan MPKB menguatkuasakan undang-undang pakaian di negeri Kelantan. Ini menimbulkan pelbagai polemik di kalangan artis dan para ahli politik. Menariknya beberapa ‘makcik’ di kalangan ahli politik ini adalah orang beragama Islam tidak menyokong saranan ini. Katanya ia suatu penafian kepada kebebasan wanita. Pelik tapi benar. Mereka lebih tahu daripada Tuhan dalam hal ini! Allah sudah tetapkan elok peraturan dan undang-undang. Ada pula di kalangan manusia yang dicipta oleh Tuhan mengatakan bahawa apa yang Tuhan arahkan itu salah. Betapa angkuhnya manusia-manusia ini.

Aku ingin memetik satu berita di akhbar yang perlu diteliti oleh makcik-makcik ini. Suatu kejayaan kepada Islam iaitu seorang wanita bertudung dapat memenangi pingat emas acara pecut 200M.

dipetik daripada Utusan Malaysia

Bertudung tidak halang Ruqaya raih emas 200m

DOHA – Pelari pecut wanita Bahrain, Ruqaya Al Ghasara mengejut dan mengagumkan peminat olahraga di Sukan Asia di sini apabila meraih pingat emas dalam acara 200 meter walaupun berpakaian menutup aurat dan bertudung.

Malah katanya, dengan mengenakan pakaian lengkap wanita Islam itu telah mendorongnya berlari lebih pantas.

“Ia bukan satu halangan untuk saya berlari pantas malah ia banyak mendorong saya membuktikan bahawa wanita Muslim seperti saya juga boleh menang dengan berpakaian seperti ini,” katanya.

Pada perlumbaan akhir itu, Ruqaya mencatat masa 23.19s. Sebelum ini beliau turut menang gangsa dalam acara 100m.

Ketika melakukan pecutan, hanya jelas muka dan tapak tangannya yang kelihatan manakala sebahagian besar anggota tubuhnya ditutupi kemas.

Sebaik melepasi garisan penamat, Ruqaya mengangkat tangan kepuasan tetapi aurat dan tingkah lakunya tetap dipelihara.

Mengulas pakaian yang digunakannya, Ruqaya berkata, ia menggunakan jenis kain yang dipilihnya sendiri walaupun kebiasaannya agak berat untuk dibawa berlari.

Sambil mengakui pelari pecut Amerika Syarikat, Marion Jones sebagai idolanya, Ruqaya berharap pakaian yang digunakannya untuk berlari itu mendorong wanita Muslim lain melibatkan diri dalam sukan agresif seperti ini.

Penampilan hebat Ruqaya itu turut menjadi agenda utama Doha mengadakan ujian pakaian bagi wanita Muslim untuk melobi menjadi tuan rumah Olimpik 2016 nanti.

“Memakai tudung membuktikan ia bukan halangan untuk mencipta kejayaan. Berpakaian seperti ini jugalah yang telah melayakkan saya beraksi di kejohanan dunia di Osaka, Jepun tahun depan,” tegasnya.

Begitu pun Ruqaya yang lembut dan perlahan ketika berbicara berkata, kejayaan hari ini tidak dicapai dengan mudah.

Pelari berusia 24 tahun itu mengakui peraturan berpakaian dalam Islam banyak membuatnya dipandang serong oleh masyarakat di negaranya.

Tetapi semua itu berjaya diatasinya selepas sekolah menengah apabila dipanggil untuk menjalani latihan di bawah jurulatih Bahrain, Tadjine Noureddine.

Tidak lama selepas itu, Ruqaya mencipta kejayaan pertamanya dengan memenangi emas pada Sukan Negara Arab 2002 di Jordan.

“Dia memang memiliki kualiti hebat sebagai pelari pecut. Cuma sekarang ini dia perlu banyak memperbaiki permulaan ketika berlepas.

Kenyataan Islam Hadhari Hajjah Deja Moss 2 : Alah, saya pun hendak berfesyen juga, saya tak boleh tahan diri saya dari berfesyen macam orang lain. Saya ni artis, tau tak?

Hari ini aku baru pulang daripada kampung menghadiri kenduri kahwin bapa saudara sepupu kembar sebelah mama aku. Mereka ini sebaya dengan aku cuma kahwin lewat. Mereka berdua kahwin serentak.

Kemudian aku buka laman RN ni dan melihat ada beberapa komen yang menarik mengenai kritikan aku di ruangan Apa-apa je Lah mengenai Hajjah Deja Moss. Ada yang memberikan komen positif dan ada yang negatif. :D

Walauapapun di sini aku ingin petik wawancara wartawan dengan Hajjah Deja Moss di Pancaindera. Entahlah! Bagi yang memberikan komen bahawa dia sudah insaf cubalah baca wawancara ini dan hayatinya.

Sumber Mingguan Malaysia 3 Disember 2006 dalam PANCAINDERA

Sungguh, saya serba salah untuk bercakap soal ini dengan Deja. Tetapi atas dasar profesional saya beranikan juga diri untuk menghubunginya, bertanya dan mendengar sendiri suara hati seorang “Deja Moss’’ pada saat-saat namanya teruk dihentam di Internet.

Sekeping gambar dengan aksi nyanyian dan pakaian yang menjolok mata membuatkan banyak yang tersinggung. Sekarang gambar “maut’’ itu terpampang di dalam banyak laman web, di Internet. Sebagai wanita Timur dan Melayu, semua ini mencemarkan nama baik Deja.

Banyak yang marah-marah. Banyak yang melahirkan rasa kesal sehinggakan Deja sendiri tidak mahu melayan panggilan daripada rakan media untuk memintakan mengulas isu berkenaan.

SMS saya yang pertama tidak berbalas. Kata Deja, dia tidak mahu tersalah cakap, nanti tersalah pula penerimaan orang. Tetapi bila saya katakan penting untuk saya ketahui bagaimana reaksinya pada masa ini, dia akhirnya sudah Tolong Jawab perkara ini.

Kenapa Deja pakai baju macam itu?

Saya tahu saya buat silap. Tetapi jangan menghina saya dengan cara macam ini. Orang yang buka aib orang lain tak eloklah. Tahulah balasannya nanti. Kalau saya terkhilaf, saya tersalah saya sendiri yang tanggung, kenapa perlu dijaja-jaja macam ini?

Mungkin mereka mahu menyedarkan?

Kalau hendak memberi kesedaran, hendak nasihat datang dan nasihati saya. Saya tak akan marah. Saya ucapkan terima kasih lagi. Jangan buat saya malu macam ini.

Dari isu hangat ini apa yang paling membimbangkan Deja?

Sudah tentu saya kecewa, tetapi saya kena tabah. Yang terjejasnya dalam kalangan peminat, mereka tentu akan kata macam-macam kepada saya. Dan keutamaan saya ialah keluarga sebab itu saya marah bila benda ini sengaja ditimbulkan. Dia (orang yang menyebar) tak fikir ke dia pun ada keluarga juga? Hati siapa yang telah dia luka sekarang ini?

Deja memang suka berpakaian seksi dalam show macam itu?

Itu show korporat. Tak ada pihak luar yang datang. Penonton lebih kurang 300 orang saja banyak bangsa lain pula tu. Sebab itu saya sendiri hairan kenapa gambar itu dieksploitasi sebegitu rupa sekali kepada pihak luar yang tidak ada kena-mengena dengan show pada malam itu. Itu yang buat saya geram sangat. Yalah, saya ni artis. Kadang-kadang kita rasa pakaian kita sudah okey, tetapi orang tak suka. Kadang-kadang orang suka, kita pula tak suka. Itu kekurangan masing-masinglah. Saya pun manusia, saya juga buat silap.

Deja tengok tak gambar yang tersebar tu?

Gambar tu saya tak tengok pun. Saya dapat tahu pun daripada kawan-kawan. Dia orang yang dapat e-mel itu. Dia orang hendak ‘forward’, tetapi saya tidak hendak.

Kenapa tak sanggup hendak tengok gambar sendiri?

Kalau saya tengok gambar tu saya akan lebih teruk lagi. Saya akan ‘habis’ teruk. Saya tak sampai hati hendak tengok sebab saya tak mahu kecewa lagi. Tapi dalam kehidupan harian saya, saya tahu apa yang saya buat, kita masih waras lagi. Dengan syarikat ini pun saya sudah tujuh tahun bekerjasama, soalnya kenapa jadi macam ini sekarang? Sebelum ini saya tak pernah ketinggalan untuk buat show dengan mereka tapi tidak pernah kena pula. Ini show korporat, jadi saya kena buat betul-betul. Kehidupan saya macam ini, saya seorang penyanyi. Saya sedih sebab ada pihak yang ambil kesempatan dari atas kekhilafan diri saya.

Agaknya kenapa gambar itu disebarkan?

Benda itu disebarkan dengan tujuan untuk memalukan saya. Saya pasti. Kerana gelaran hajah saya, macam itu?

Sebab saya selebriti serba-serbi orang hendak tahu? Di sini saya pun hendak kena minta maaf kepada mereka yang dapat e-mel itu. Saya minta maaf sangat-sangat sebab mereka dapat gambar-gambar itu kerana tindakan seorang saja yang tidak bertanggungjawab.

Sebagai selebriti dan wanita Melayu, bukankah Deja sepatutnya lebih berhati-hati?

Benda sudah terlepas tidak boleh buat apa lagi. Tak boleh buat apa-apa. Saya tak minta benda ini terjadi, saya selalu doakan yang baik untuk hidup. Hari-hari saya doakan yang baik saja berlaku. Tapi kalau hendak jadi juga hendak buat macam mana lagi. Jadi saya kena diam sajalah. Saya sebenarnya sangat kecewa dengan benda ini semua. Saya tak tahu kenapa ini semua berlaku kepada saya. Mungkin inilah cabaran dan natijah dari apa yang saya sendiri menjadi puncanya.

Selepas gambar itu tersebar, bagaimana keadaan Deja?

Saya kecewa, hendak jumpa orang pun susah, saya malu. Tetapi sekejap saja. Saya kena bangkit semula. Ini adalah cabaran untuk saya jadi manusia yang lebih kuat dan tabah. Semoga pada masa depan saya tak akan ulangi kesilapan yang sama lagi.

Apa pengajaran dari insiden ini?

Kena lebih berhati-hati dengan apa yang saya buat, apa yang saya cakap dan apa yang saya pakai. Tapi yang saya kesalkan sangat mengenangkan kerja orang yang tak bertanggungjawab macam ini. Ini kerja orang pengecut.

Kalau mahu kenakan saya, belasah saya datang sajalah pada saya. Jangan membabitkan pihak lain. Dengan buat macam ini mereka sudah memalukan semua orang yang ada kaitan dengan kehidupan saya. Mereka malukan keluarga saya, sakitkan hati ibu bapa saya. Sekarang keluarga saya juga tertekan. Dengan e-mel macam ini bermakna mereka mencerobohi kehidupan saya. Pengecut saja buat macam ini. Kalau tak puas hati datang jumpa. Saya pun manusia biasa juga, saya bukan malaikat. Kalau saya buat salah tegur saya, jangan malukan saya macam ini. Ini ke kerja orang yang baik? Tapi saya banyak belajar. Saya belajar jadi lebih berhati-hati. Ke mana dan di mana dan apa yang saya hendak pakai saya akan lebih berhati-hati lagi supaya tidak akan timbul hal-hal tidak baik lagi macam ini.

Mungkin ada yang akan kata ini bukan kes pertama, kenapa terjadi lagi?

Insiden pertama dulu memang di depan khalayak. Selepas itu tak ada dah, tetapi tak sangka pula timbul lagi dengan kes ini. Semua ini di luar kuasa saya. Alah, saya pun hendak berfesyen juga, saya tak boleh tahan diri saya dari berfesyen macam orang lain. Saya ni artis, tau tak? Ini kerja saya, saya cari makan macam ini. Tapi tak apalah. Okey, kalau saya salah, saya minta maaf banyak-banyak. Tetapi macam mana dengan orang yang tak bertanggungjawab itu? Yang sudah sebarkan aib saya itu? Orang itu pun sepatutnya minta maaf kepada saya jugakan?

Bagaimana Deja terima kalau selepas ini nama Deja akan terus dikaitkan sebagai artis yang tak sopan?

Saya akan jadi orang yang kecewa. Tetapi persepsi orang apa kita hendak buat. Memang susah hendak jaga gelaran kita. Lebih susah lagi sebab saya masih muda dan ditambah dengan kerjaya macam ini. Tetapi saya tahu diri saya macam mana. Banyak benda baik berlaku dalam hidup saya sejak saya balik (dari Mekah), tetapi hanya saya saja yang tahu. Ada orang tanya saya pernah ke menyesal pergi masa umur masih muda? Tidak, saya tak pernah menyesal. Hari-hari saya bercakap benda yang baik-baik kepada-Nya, apakah saya perlu ceritakan itu semua kepada orang. Ada kalanya kita buat kerja-kerja kita rasa okey, tapi orang lain nampak tak okey.

Apakah Deja mahu mengambil sebarang tindakan kepada pihak yang mengedarkan gambar berkenaan?

Tak boleh cakap sekarang, saya kena tunggu maklum balas dari beberapa pihak. Saya masih lagi mencari orang yang bertanggungjawab itu. Saya cuma hendak tahu siapa orangnya. Ini tentang reputasi saya. Saya tak suka kalau macam ini. Tak apalah, semoga Tuhan merahmati orang yang menghantar gambar itu. Biarlah dia sedar apa yang dia buat.

Cepat atau lambat dia dapat juga bahagian dia. Membuka aib orang pun bukan orang baik namanya tu.

Komen RN :

Hajjah! Biarpun Hajjah berada di kalangan 300 orang ke, 10 orang ke hatta sekali 1 orang yang memang bukan muhrim HajjahTak kiralah yang hadir orang luar ke, korporat ke, keparat ke, ia tetap tidak boleh dan berlawanan dengan hukum Islam. Yang HARAM itu JELAS dan HALAL itu JELAS. Dalam kes ini tidak boleh mengatakan orang lain ingin mengaibkan sesiapa kerana perbuatan ini bukanlah dikira mengaibkan sebab si pembuat jelas melakukannya di khalayak ramai. Bukannya dia buat dengan suami  ke, adik beradik ke, mak ayah ke, Jika memang tertutup untuk orang yang dikatakan sebagai haram berkahwin dikira OKlah. Namun begitu ia jelas di khalayak ramai. Hajjah…. Hajjah..! Mana hukum Hajjah guna.

Kemudian Hajjah berkata bahawa Hajjah ini artis, memang suka berfesyen. Betul memang perlu berfesyen tetapi fesyen yang bagaimana? Bukannya buka sana sini. Ada artis yang lain pun berfesyen tetapi tidak bersalahan dengan agama. Mengapa tak ikut yang itu?

Satu lagi pernyataan angkuh yang Hajjah tidak menyesal itu perlulah diinsafi. Jangan bersikap angkuh dengan apa yang ditetapkan agama. Rosak akidah Hajjah. Hajjah suruh orang menegur terus dan menasihati Hajjah. Banyak saluran yang boleh dibuat dan melalui laman ini salah satunya. Jika ingin katakan pengecut, aku tidak pula menyembunyikan identiti aku. Aku ini hanya menegur untuk kebaikan Hajjah dan orang yang mengikuti perkembangan Hajjah. Semoga kita sama-sama di dalam lindungan Ilahi.

Kenyataan Islam Hadhari Hajjah Deja Moss : Percayalah, saya sendiri tidak terfikir baju putih itu akan menimbulkan kontroversi !!

Saya sengaja menelusuri ruangan-ruangan koran online sebaik selesai bersantap selepas lelah daripada perjalanan jauh nun dari Temerloh. Apa yang menarik dan tertarik adalah satu sisipan berita di ruangan koran MStar yang bertajuk “Deja jawab ‘isu’ baju seksi” oleh Zieman. Terasa gatal tangan aku nak mengulas setiap bait sisipan ini.

Tak Terfikir

Penyanyi Deja Moss bagai terkedu apabila ditasak bertalu-talu dengan pertanyaan tentang penyebaran gambarnya yang berpakaian seksi ketika membuat persembahan di sebuah private function baru-baru ini.

Mengapa hajjah mahu terkedu? Adakah tak biasa mendengar soalan yang sama kepada orang lain? Ataupun pura-pura terkedu. Pelik juga terkedu atas kesilapan yang memang jelas terbentang. Bukan sorang tapi ramai yang dah tengok.

Deja terkedu ketika menjawab pertanyaan daripada pihak wartawan mengenai gambar seksinya

Mengapalah Hajjah nak terkedu? Lupa nak buat teks jawapan kot. Kalau dah siap buat tentu hilang keduan tu

“Saya macam blank kejap bila wartawan meminta saya memberi komen tentang foto saya berbaju seksi yang sedang hebat diedarkan melalui internet sekarang dan saya sendiri belum melihat gambar yang dikatakan itu,” jelas penyanyi bersuara lantang yang popular dengan lagu ‘Di Matamu Aku, Di Jiwamu Dia.’

Mengapa blank? Adakah kerana pada masa itu Hajjah memang lupa ingatan ataupun hisap dadah? Ataupun memang bukan Hajjah yang berada kat majlis itu. Orang yang menyamar sebagai Hajjah kot

Bagi Deja, dia langsung tidak menyangka gambarnya di majlis tertutup yang memperlihatkan sebahagian besar dadanya itu akan diedarkan kepada orang ramai.

ISH!!! Hajjah… Hajjah… Tidak menyangka? Bukankah Hajjah dah lama jadi artis? Takkanlah tak sangka. Artis sudah tentu ada peminat. Peminat sudah tentu akan ambil gambar. Pelik tapi benar

“Saya tidak sangka gambar itu akan diedarkan dengan meluas sekali di internet dan. Saya tidak mahu melihat gambar yang diedarkan itu, cukuplah  mendengar dari rakan-rakan dan keluarga saya di Kucing,” jelas Deja Moss yang singgah sebentar di Mstar hari ini.

Tak perlu tengok Hajjah! Hajjah yang pakai, tentu tahu macamana rupanya semasa bersiap pakai baju. Lainlah kalau Hajjah hilang ingatan sekejap.

Deja sendiri sudah menghubungi pihak penganjur untuk menanyakan kesahihan berita yang didengarnya itu.

Apa yang tak sahih lagi Hajjah. Dah terang lagi bersuluh

“Menurut mereka, mereka tidak boleh menghalang orang ramai untuk merakam gambar di majlis tersebut,” jelas penyanyi genit yang berasal dari Kucing, Sarawak itu.

Ini satu lagi, takkanlah nak halang peminat ambil gambar. Gilo apo? Macam tak biaso orang ambil gambar.

Deja atau nama sebenarnya Sharifah  Hadijah Wan Moss mengaku dia agak tertekan dan terkilan apabila mendapat perkhabaran dari keluarganya yang menerima gambar tersebut melalui internet dan ada yang mengirim terus ke rumah.

Mengapa tertekan Hajjah? Semasa pakai baju tu taklah tertekan pula? Tak mengapa Hajjah, tertekan di dunia tak seperti mana tertekan di neraka Allah. Baik di dunia daripada di sana. Tapi kalau Hajjah tak sedar lagi, memang nak kenalah Hajjah.

“Apa yang membuat saya begitu sedih apabila emak saya menangis di telefon dan memberitahu saya ada orang telah meletakkan gambar itu di atas kereta ayah saudara saya di Kucing.

Memang patutpun diorang menangis sebab anak yang dilahirkan berbuat begini. Apa yang diorang nak jawab kat akhirat kelak?

“Saya cukup menyesal dan terkilan dengan perbuatan tidak bertanggunjawab orang yang menyebarkan gambar saya itu. Sememangnya saya tidak sedar aksi saya begitu rupa. Saya terlalu menghayati lagu yang saya nyanyikan petang itu sehingga saya tidak sedar aksi saya dirakamkan,” jelas Deja yang ternyata tidak senang dengan perkembangan terbaru tentang dirinya.

Ait? Nak marah orang lak. Hajjah yang buat sendiri, apasal nak marah kat orang?

Bagi Deja, dia begitu ralat apabila kejadian yang tidak diingini itu berlaku ketika dia sedang berusaha untuk membuat ‘comeback’ dalam dunia seni.

Kalau comeback bertudung litup takpa juga Hajjah

“Percayalah, saya sendiri tidak terfikir baju putih itu akan menimbulkan kontroversi. Sebelum persembahan anjuran bank tempatan pada 6 November baru-baru ini, saya bertanyakan Rem samada saya kelihatan ok dan dia kata ok.

Tak terfikir? Ini lagi hairan bin ajaib. Yang Hajjah pergi tanya Rem tu apahal. Tanyalah ustaz ke, tanyalah ustazah ke barulah dapat jawapan yang betul. Ini tanya yang 2 kali 5 juga. Memanglah. Kalau Hajjah tak pakai apapun dia akan kata OK.

“Saya juga pernah mengenakan pakaian yang sama ketika membuat persembahan di World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Hollywood pada bulan Ogos lepas,” jelas penyanyi berusia 33 tahun ini lagi tentang episod baju seksinya yang sedang heboh diperkatakan itu.

Hajjah ni bercakap macam tak ada akal dan fikiran pula. Hajjah pakai kat Hollywood memanglah diorang tak kata apa sebab diorang pakai lebih teruk daripada tu. Mengucap banyak-banyak Hajjah. Tak tahulah apa yang Hajjah buat semasa pergi Haji dulu. Adakah silap baca doa ataupun apa? Kesian…