Raudhatunnaim » Artikel Pernah Terbit

Bagaimana Bagi Mengekalkan Keintiman dengan Pasangan Walaupun Tanpa Melakukan Hubungan Seksual
<meta http-equiv="Content-Type" content="text/html; charset=iso-8859-1" />

Artikel ini pernah diterbitkan di Majalah Pa & Ma Keluaran  Januari 2006. Ini edisi yang belum disunting oleh editor majalah  tersebut

oleh:

Fauzul Na’im Ishak

fauzuln@streamyx.com

Dalam hubungan suami isteri, persoalan seks adalah amat penting.  Kepuasan dalam kehidupan seks menentukan rasa puas hati terutamanya  kepada lelaki. Namun begitu harus difahami bahawa rasa puas hati dan  kepuasan seks ini tidak berhubung kait dengan kekerapan membuat  hubungan seks. Perkara paling penting dalam memuaskan kedua belah pihak  adalah apa yang dikatakan sebagai ‘keintiman’. Dalam kata lain faktor  seks hanyalah salah satu faktor kepada kepuasan rumah tangga, dan  faktor yang paling penting adalah mewujudkan suasana keintiman.  Pasangan yang intim adalah mereka yang berasa hubungan di antara mereka  adalah erat dan rapat.

Satu persoalan timbul, tidak adakah hubungan kait di antara intim dan  seks? Ya memang ada kaitan cuma mengikut kajian pakar psikologi seks  bukanlah faktor wajib dalam keintiman. Maksudnya, sepasang suami isteri  yang kurang melakukan seks boleh menjadi lebih intim daripada mereka  yang kerap melakukan seks.Namun begitu dalam situasi lain, aktiviti  seks yang berkualiti dapat meninggikan lagi keintiman yang sedia ada.  Ertinya, pasangan yang sedia intim apabila menikmati hubungan seks yang  baik, mereka menjadi lebih intim lagi.

Seks yang berkualiti adalah seks yang dilakukan dengan rasa rela,  bersungguh-sungguh dan saling memuaskan. Ia tidak semestinya dilakukan  dengan mengambil waktu yang panjang serta diiringi orgasma yang tinggi  ataupun berkali-kali.

Berbalik kepada persoalan intim tadi, bagaimana sebenarnya mewujudkan  keintiman tanpa melakukan hubungan seksual. Ini disebabkan pandangan  terdahulu sudah dinafikan dengan pernyataan bahawa faktor intim dan  faktor seks adalah berbeza cuma mereka lengkap melengkapi sahaja.  Sebelum kita pergi kepada bagaimana mewujudkan keintiman kita melihat  bagaimana kita hendak mengukur darjah keintiman.

Kayu Ukur Keintiman

Perhubungan suami isteri yang memuaskan adalah perkara yang penting  dalam sesebuah rumah tangga. Bagaimanakah kita mahu mengukur darjah  kepuasan ataupun keintiman itu? Keintiman boleh diukur dengan beberapa  cara. Salah satu caranya dengan melihat beberapa aspek dalam  perhubungan rumah tangga.

Aspek pertama ialah apakah perhubungan suami isteri sekarang ini  memenuhi apa yang kita harapkan? Ini sebenarnya persoalan pokok dalam  berumah tangga. Sebelum kita berumahtangga pelbagai perkara indah sudah  kita gagaskan dalam kehidupan tersebut. Kesemuanya indah-indah belaka.  Si bakal isteri mengharapkan pasangannya nanti dapat menjadi suami yang  paling romantik di dunia. Manakala si bakal suami mempunyai harapan  agar si isteri dapat menjadi sahabatnya dalam apa jua keadaan.

Namun begitu pernahkah pengharapan-pengharapan ini dibincangkan bersama  ataupun masing-masing hanya tinggal mengharap sahaja? Si isteri  berharap si suami tahu apa yang dia harapkan dan begitu juga  sebaliknya. Mengikut kajian, pengharapan ini boleh dibahagikan kepada  dua jenis, pertama pengharapan kepada pasangan dan pengharapan kepada  perhubungan.

Kita mungkin mengharapkan pasangan yang kita kahwini menjadi seorang  yang setia, melayani kita dengan lemah lembut dan kita mahukan pasangan  yang bertanggungjawab dalam melayari bahtera rumah tangga. Apabila  segala harapan ini dipenuhi, kita berasa puas hati dan bahagia.

Reaksi kecewa dalam perhubungan suami isteri berlaku apabila  pasangannya tidak memenuhi harapan yang yang ingin dipenuhi. Situasi  ini selalu berlaku dalam suasana masyarakat kita sekarang. Namun begitu  tidak ramai di kalangan kita yang bertanya kepada pasangannya mengenai  harapannya terhadap kita, begitu juga kita pula tidak pula memberitahu  harapan kita kepadanya. Masih belum terlambat bagi memulakan sesuatu  yang baik. Pergilah kepada pasangan kita dan mulakan bicara mengenai  pengharapan bersama. Pintu bahagia sentiasa bersedia bagi dibuka oleh  semua.

Pengharapan jenis kedua meletakkan kita berharap agar pasangan kita ini  sentiasa mesra, saling kasih mengasihi, hormat menghormati dan  masing-masing ingin sentiasa bersama dalam apa sahaja keadaan. Kita  juga mengharapkan agar pasangan kita sentiasa memberitahu apa yang  difikirkan dan dirancangnya sebelum melakukan sebarang keputusan.  Walaupun keintiman, kepuasan dan kebahagiaan sangat dipengaruhi oleh  sejauh mana kedua-dua pasangan suami isteri menikmati apa yang mereka  harapkan, namun kebanyakan orang tidak pernah bertanya kepada pasangan  mereka perkara-perkara yang mereka harapkan.

Ingatlah semakin banyak kita mendapat apa yang diharapkan, semakin  tinggi kepuasan yang kita nikmati. Semakin kurang mendapat apa yang  diharapkan, semakin mendalam rasa tidak puas hati yang kita alami.

Aspek kedua dalam keintiman perhubungan ialah sama ada kedua-dua belah  pihak memahami hati sanubari masing-masing. Sepasang suami isteri  berasa intim apabila mereka berasa pasangannya tahu dan faham hati  sanubarinya. Pasangan yang intim banyak berkongsi fikiran, perasaan,  keyakinan, fantasi, angan-angan, minat, tujuan dan latar belakang. Cuba  kita fikirkan sama ada kita ini adalah pasangan yang memahami fikiran  pasangan kita ataupun tidak?

Salah satu tanda sepasang suami isteri memahami hati sanubari  masing-masing ialah apabila kita bercakap dengan pasangan kita seperti  bercakap dengan dengan dua orang yang mempunyai satu kepala. Kita  bersetuju dan saling sokong menyokong pandangan masing-masing. Salah  satu faktor yang menyukarkan kita memahami pemikiran dan sanubari orang  lain ialah perbezaan juang pengetahuan dan pendidikan. Sebagai contoh,  adalah sukar bagi seorang yang berkelulusan sekolah menengah memahami  pemikiran seseorang yang mempunyai ijazah doktor falsafah terutamanya  mengenai angan-angan, impian dan fantasinya.

Aspek keintiman yang ketiga ialah sama ada kita dengan pasangan kitya  saling mengambil berat di antara satu sama lain. Pasangan yang intim  sentiasa mengambil berat berkenaan diri dan perasaan satu sama lain.  Ramai pasangan suami isteri menyangka pasangan mereka boleh membaca apa  yang ada dalam kepala mereka, jadi mereka tidak perlu memberitahunya.  Sangkaan ini adalah seratus peratus salah disebabkan pasangan kita  tidak mungkin tahu aoa yang ada dalam kepala kita.

Ini menyebabkan pasangan kita mengagak-agak sahaja apa yang dia patut  buat, ataupun tidak bagi memuaskan kita. Akibatnya apabila agakannya  salah, kita berasa pasangan tidak mengambil berat mengenai diri kita  dan ini membuat kita berasa tidak puas hati dan tidak bahagia.

Aspek keempat keintiman ialah saling percaya mempercayai. Di sini  kedua-dua pihak saling mempercayai akan cinta dan kesetiaan  masing-masing. Kita dan pasangan kita juga saling harap-mengharapkan  dan kita mempunyai tekad dan komitmen bersama bagi terus saling  cinta-mencintai hingga akhir hayat.

Berdasarkan ciri-ciri di atas, jelaslah bahawa bukan semua perkahwinan  menikmati keintiman, kepuasan dan kebahagiaan. Malah tidak semua  pasangan suami isteri kekal tidak bercerai merupakan pasangan intim,  puas dan bahagia. Pengharapan suami isteri tidak pernah betul-betul  serupa, tetapi tidak dinafikan ada jenis-jenis harapan biasanya serupa  antara suami isteri.

Kedua-dua pengharapan iaitu pengharapan kepada pasangan dan perhubungan  sangat penting. Maka setiap pasangan kekasih ataupun suami isteri harus  belajar bagaimana teknik-teknik mencipta keintiman agar sama-sama  menikmati rasa kepuasan di dalam perhubungan cinta mahupun perkahwinan.

Mewujudkan Keintiman

Perhubungan yang intim adalah apabila kita merasakan diri kita difahami  dan diterima oleh pasangan kita. Begitu juga kita percaya bahawa  pasangan kita juga boleh menerima dan terbuka bagi menghadapi  kekurangan dan kelebihan kita. Keintiman boleh jadi melibatkan  intelektual, emosi dan fizikal.

Keintiman adalah apabila kita mendengar dengan baik apa sahaja yang  dikatakan oleh pasangan kita, bertukar-tukar pandangan serta idea,  berkongsi perasaan antara satu sama lain tanpa sebarang ketakutan dan  juga cuba memahami mengapa kita serta pasangan kita melakukan apa yang  dilakukan. Perkara yang paling penting dalam mewujudkan keintiman  adalah cara berkomunikasi dengan pasangan kita.

Kita boleh berkomunikasi dengan perkataan, perbuatan, riak muka dan  sentuhan. Kajian menunjukkan bahawa kualiti perhubungan amat berkadaran  langsng dengan teknik kita berkomunikasi dengan pasangan kita. Namun  begitu ini bukanlah bermaksud kita harus selalu duduk bersama dan  bercakap mengenai perhubungan. Ia bermaksud yang kita harus bercakap  perkara yang sepatutnya. Kita tidak takut untuk mengeluarkan apa yang  kita benar-benar fikirkan dan rasakan serta pasangan kita juga  seharusnya berbuat begitu.

Mari kita sama-sama mencuba teknik-teknik dibawah bagi meningkatkan lagi teknik berkomunikasi dalam perhubungan kita :

a) Memperbaiki imej diri kita

Komunikasi amat dipengaruhi oleh imej diri kita. Penampilan diri,  pendidikan, pencapaian, profesion dan kesihatan, kesemuanya adalah  sebahagian daripada imej diri kita. Apabila kita mempunyai imej diri  yang rendah, kita menjadi malu bagi menampilkan diri kita. Kita mungkin  berasa bahawa pasangan kita amat kritikal terhadap kita walaupun  sebenarnya tidak. Kita harus belajar menghadapi ketakutan estim diri  yang rendah. Imej diri yang baik banyak membantu kita dan pasangan kita  menghantar dan menerima mesej komunikasi yang lebih tepat.

b) Berlatih Teknik Mendengar Aktif

Mendengar adalah lebih penting daripada bercakap. Kebanyakan kita  tergolong dalam kumpulan pendengar yang tidak baik. Bukannya bermaksud  kita ini pekak atau tulis tetapi kita selalu tidak memberi peluang  pasangan kita bercakap terlebih dahulu dan kemudian baru kita bercakap.  Perkara ini harus diberi perhatian oleh setiap pasangan. Kepentingan  belajar mendengar dahulu dan kemudian bercakap perlu dipandang serius  bagi memantapkan perhubungan serta keintiman.

Kita perlu tunjukkan bahawa kita mengambil perhatian kepada apa yang  difikirkan dan dilakukan oleh pasangan kita. Cuba fahami apa yang  pasangan kita rasakan dan jangan membuat tanggapan bahawa kita sudah  tahu apa yang mereka rasakan.

c) Jangan Bergantung Kepada Bacaan Minda kita

Cubaan bagi membaca fikiran pasangan kita dan mengharapkan pasangan  kita boleh membaca apa yang kita fikirkan adalah satu tindakan yang  salah. Ini boleh menyebabkan kekecewaan kepada kedua-dua pasangan.

Sebagai contoh, apabila pasangan kita bercerita mengenai rumah rakannya  yang mahal dan sahabatnya mendapat kenaikan pangkat. Kita mungkin  berasa bahawa dia ingin mengkritik kita tidak dapat gaji yang lumayan  ataupun kerja yang hebat. Apabila keadaan ini berulang kali berlaku,  kita merasakan bahawa kita tidak dapat menyatakan sesuatu tanpa  menyinggung perasaan pasangan kita dan diri kita. Kemudian kita cuba  agar tidak bercakap di antara satu sama lain bagi mengelakkan  pertengkaran dan pergaduhan. Selepas itu masing-masing berasa  tersinggung dengan kedinginan perhubungan itu. Masing-masing merasakan  bahawa senyap itu adalah satu hukuman kepada . Kita seharusnya bertanya  dan mengenal pasti apa sebenarnya dimaksudkan oleh pasangan kita dan  bukannya membuat tanggapan melulu.

Kesombongan dan kekerasan hati selalunya menimbulkan banyak masalah  dalam mewujudkan komunikasi yang jujur di antara pasangan suami isteri.  Kita banyak menganggap pasangan kita faham tanpa memberitahunya  apa-apa. Beritahu pasangan kita apa yang kita fikirkan dan rasa,  kemahuan dan kehendak. Apabila kita mendapati diri kita selalu berkata  di dalam hati “Dia seharusnya tahu apa yang aku kehendaki” ataupun “Aku  tidak sepatutnya memberitahu dia mengenai perkara ini”, maka kita perlu  belajar memperbaiki teknik komunikasi rumah tangga kita.

d) Belajar Bercakap Mengenai Diri Kita

Kita mungkin tidak tahu bagaimana caranya bagi berkata apa yang kita  ingin katakan bagi memastikan pasangan kita memahami apa yang kita  rasa. Jadi mulakan daripada saat ini, belajar bercakap mengenai diri  kita. Gunakan bahasa “saya”. Sebagai contoh “saya rasa… saya ingin…  saya hendak” Ini membantu diri meluahkan perasaan kita dan memberitahu  apakan sebenarnya kita rasa dalam bahasa yang tidak menjadi ancaman  kepada pasangan kita.

e) Menghormati dan Memberi Sokongan Kepada Pasangan

Apabila kita menghormati satu sama lain, kita cuba tidak memanggil  pasangan kita dengan panggilan nama dan menggunakan panggilan yang  lebih mesra seperti “Sayang! Darling! Manja!”. Selalu menggunakan  perkataan menunjukkan perasaan seperti “terima kasih, tolonglah” dan  sebagainya.

f) Sentuhan Bererti

Sentuhan adalah perkara yang amat disukai oleh manusia. Ia boleh dalam  keadaan yang ghairah dan tidak. Urut, meletakkan tangan di bahu dan  mandi bersama adalah contoh-contoh sentuhan yang membawa kepada  keintiman.

g) Pasangan Kita adalah Yang Paling Utama

Kita harus cuba mengenal pasti apa yang penting bagi pasangan kita.  Jangan pula menganggap apa yang memenuhi kehendak kita juga memenuhi  kehendak pasangan kita. Bertanyalah apa yang menyebabkan pasangan kita  merasakan dia disayangi. Jangan ambil perkara sayang ini secara sambil  lewa. Cuba kita buat panggilan mengejut yang tak disangka, makan malam  yang istimewa, bunga dan hadiah menyatakan sebagai tanda kasih kita  pada pasangan kita. Ideanya adalah berkomunikasi dengan pasangan  walaupun si dia tidak berada berdekatan.

h) Berkongsi Perkara Besar dan Kecil

Kita perlu berkongsi dengan pasangan kita apa sahaja tidak kira besar  mahupun kecil. Kongsikan impian kita dan ketakutan kita. Ceritakan  kisah lampau yang mempengaruhi diri kita dalam kehidupan sekarang.  Bercakap mengenai perkara sedih dan lucu yang berlaku seharian.  Bersedia mengketawakan diri kita, tumpukan kepada cerita-cerita lawak  yang tidak mengenakan orang laun tetapi menyebabkan kita ketawa bersama.

i) Berlaku Jujur

Pastikan bahawa pasangan kita berasa selamat bagi berlaku jujur dan  terbuka bagi meluahkan perasaan serta idea mereka. Nyatakan apa yang  kita fikirkan dan bersedia untuk menerima padangan pasangan kita  walaupun ia berbeza. Walaupun ia berbeza daripada sudut perasaan dan  boleh menyebabkan kita marah.

Cuba tapis segala percakapan kita agar tidak menyakitkan hati dan  menyebabkan pasangan kita berasa tersinggung. Berhati-hati dalam  menyatakan sesuatu maklumat. Sasaran kita adalah berkomunikasi di  sampung mewujudkan suasana positif dan perhubungan yang penuh kasih  sayang.

j) Uruskan Konflik dengan Bijaksana

“Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri” Perhubungan  yang baik tidak akan menjadi benar-benar intim sehingga kita mengetahui  apa yang difikirkan oleh pasangan kita. Ini bermakna kita seharusnya  mengeluarkan segala kesedihan dan perbezaan pandangan ke depan scara  terbuka dan tidak terseksa dalam ‘kesenyapan’. Bercakaplah dan cuba  mencari apa yang silap. Kemudian berbincang dan membuat keputusan  bersama. Ini adalah satu petanda perhubungan yang intim dan sihat.

Pantang Larang Seks dan Cara Menolak yang Baik

Agama sudah menetapkan dengan jelas dalam hadis dan ayat al-Quran  mengenai pantang larang ketika seks. Perkara-perakara yang dilarang  adalah seperti berikut :

a) Dilarang melakukan hubungan seks ketika isteri sedang haid

Al-Quran menyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 222:

“Mereka bertanya kepadamu mengenai haid. Katakanlah: “Haidh itu adalah  suatu kotoran.” Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada  wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum  mereka suci. Apabila mereka sudah suci, maka campurilah mereka itu di  tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai  orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan  diri.”

b) Dilarang melakukan hubungan seks ketika sedang nifas

Ibnu Abbas ra memberitahu bahawa Nabi Muhammad SAW dilawati seorang  sahabat yang melakukan hubungan seks ketika isterinya haid. Lantas  perkara ini disoal kepada baginda. Nabi Muhammad SAW menjawab “ia harus  bersedekah satu dinar ataupun separuh.

Dalam kisah yang lain At-Tirmizi ia menyatakan bahawa Nabi Muhammad  menjawab “apabila darahnya merah maka bersedekah satu dinar, dan  apabila darahnya kekuning-kuningan bersedekah 1/2 dinar.”

c) Dilarang melakukan hubungan seks ketika sedang berpuasa

Al-Quran dalam surah al-Baqarah, ayat 187 menyatakan bahawa

“Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan  isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah  pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat  menahan nafsumu…”

d) Dilarang melakukan hubungan seks ketika sedang iktikaf

“……(tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu  beriktikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu  mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada  manusia, supaya mereka bertakwa.” Surah al-Baqarah ayat 187

Suami dan isteri seharusnya sentiasa berkomunikasi mengenai apa sahaja.  Perkara yang berat mahupun yang ringan. Dalam perhubungan rumah tangga  seharusnya perkara-perkara melibatkan seks ini diperbincangkan secara  terbuka. Apabila kita berselindung mengenai sesuatu perkara penting  terutamanya mengenai seks ini ia akan menjadi duri dalam daging kepada  rumah tangga.

Seks adalah keinginan bersama dan bukannya keinginan lelaki sahaja  ataupun perempuan sahaja. Apabila salah seorang mempunyai masalah  seharusnya seorang lagi prihatin dan peka. Apabila kita tidak  berkomunikasi dengan baik mengenai perkara ini, ia menyebabkan satu  pihak merasa tidak puas hati ke atas perkara yang dia tidak ketahui.  Hanya tanggapan sahaja dibuat. Jadi dalam hal ini kedua-dua pihak  seharusnya berbincang dan mencari jalan penyelesaian secara baik dan  bijaksana.

Si isteri perlu menolak dengan bersopan dan lemah lembut. Nyatakan  bahawa bukannya tidak melakukan hubungan seks tetapi masa tidak  mengizinkan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu yang tidak  membolehkannya. Si isteri harus menerangkan bahawa kasihnya tidak  berbelah bahagi kepada si suami dan si suami pula seharusnya faham  mengenai perkara ini.

Persoalan rumah tangga bukannya boleh dipelajari dengan ilham dan  fikiran kita sahaja. Ia perlu dikaji dan dipelajari berlandaskan ilmu  dan agama. Jika suami isteri berilmu, kehidupan berumah tangga pasti  harmoni serta keintiman berkekalan daripada saat menyatakan “Aku cinta  padamu” yang pertama hingga ke akhir hayat.