
Nu’aim dengan karya terbarunya LUKISAN BUAH
Alhamdulillah hari ini aku diberikan ruang oleh Tuhan bagi mereka bentuk laman web ini. Sudah lama hasrat untuk melakukannya, namun begitu ruang kelapangan tiada. Alhamdulillah ruang seminggu bercuti bersempena hari raya Aidilfitri ini dimanfaatkan sepenuhnya bagi membuat perkara-perkara yang jarang boleh dibuat pada waktu bekerja.
Minggu ini sudah dua laman termasuk laman ini aku rekabentuk semula. Yang pertama, laman web Keluarga Tok Wan dan Mak Tok aku (www.mailjah.com, laman web yang aku cadangkan kepada keluarga aku. Cadangan tersebut diterima dan tanggungjawab itu kembali kepada aku. Aku ini bukanlah pakar dalam membina laman web, semua ini aku belajar daripada pembacaan dan trial & error. Apa yang dilihat sekarang adalah hasil pembelajaran tersebut.
Dan kedua, laman ini. Alhamdulillah. Semoga memberikan manfaat kepada orang lain. Amiin!!

Lama betul aku tidak menjenguk dan bersua muka di sini. Namun begitu aku tidak akan melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat hari lahir yang ke 28 kepada isteri tercinta Nurulhilyati Abdul Halim.

Abang doakan sayang sentiasa dilimpahi rahmat dan keredhaan daripada Allah. Semoga segala cita-cita yang diimpikan tercapai. Abang mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala sokongan ayang kepada abang selama ini. Ayanglah yang sentiasa memberikan kekuatan dan dorongan dalam apa yang abang lakukan selama ini. Walaupun semua orang di dunia mengatakan tidak tetapi ayanglah yang akan mengatakan teruskan. Terima kasih sayangku. Dikaulah kurniaan terbesarAllah kepada diri ini.
Salam sayang dan selamat hari lahir daripada Abang, Nu’aim dan Isyraf.

Lama betul aku tidak menjengah ke laman ini. Pelbagai perkara berlaku sejak dalam beberapa ketika ini. Sebaik sahaja aku mencecah umur 30 tahun pada 24 Jun 2007 lalu, banyak perkara dalam otak aku yang ligat berpusing. Daripada ingin memantapkan bisnes PTS Millennia, e-Kedai.net, bisnes baru dan macam-macam lagi.
Kesemua ini yang menjadikan aku tidak berkesempatan menulis di sini. Mujurlah ada isteri tercinta yang masih setia bermastautin di sini. Coretan-coretan yang lama aku ingin kongsikan di sini. Semuanya berada dalam otak. Doakanlah agar aku boleh coretkan juga di sini. Bagi yang bertanya di mana aku aktif menulis, boleh ke Akademi Penulis Karya Bestseller di www.akademipenulis.com. Setiap hari aku kemaskinikannya.
Menjengah laman ini, rasa seperti lama betul tak menyinggah. Mujurlah ada isteri aku yang bersedia membuang sawang, menulis dan menceriakan suasana di sini. Bukannya tidak teringat cuma tak mendapat ilham menulis di sini. Sekarang setiap hari aku pasti menitipkan tinta di Akademi Penulis Karya Bestseller (www.akademipenulis.com). Laman yang aku wujudkan bagi berkongsi apa sahaja berlaku dalam karier aku sebagai seorang penerbit.
Sekarang aku sibuk dalam menaiktaraf laman e-kedai.net ke versi kedua. Ia berlaku selepas 2 tahun beroperasi. Kira OKlah, selepas dua tahun ada peningkatan. InsyaAllah dalam bulan Jun, laman tersebut akan beroperasi dalam rupa yang lebih segar, spesifikasi yang lebih menarik, tambahan kemudahan pembelian dengan menggunakan kad kredit dan banyak lagi. Apabila begitu bukan sahaja pengguna lebih berpuas hati, aku sebagai pekedai juga bertambah gembira. Cuma kosnya agak besar kali ini. Dalam RM2000+++. Tak mengapalah, agar pelanggan lebih ceria membeli di sana.
Dalam seminggu ini, selepas bertungkus lumus dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, kemudian dengan membentangkan kertas kerja, berceramah di UIAM aku rasa perlu berehat dan berhenti sekejap. Rasanya rasa letih dua minggu ini, menyebabkan aku rasa energy level jadi low sekejap. Otak pun masih agak slow bergerak. Tidak selaju biasa. Harapnya dua hari cuti hujung minggu ini boleh menaikkan balik momentumnya.
Setiap orang ada masa UP dan masa DOWN. Cuma harapan aku masa DOWN ni tak lama. Boleh naik cepat sikit. Oklah, nanti kita sembang lagi. Just to throw sikit apa yang ada dalam otak.

Lama betul aku tidak menitipkan tulisan di sini. Sibuk memanglah sibuk dengan pelbagai gerak kerja projek sana projek sini. Minggu lepas adalah minggu yang cukup sibuk, terutamanya hujung minggu. Aku dan keluarga menghadiri 3 majlis dalam dua hari berturut-turut. Di sini aku sertakan kronologi majlis.
Majlis Perkahwinan Wan Zuhairi Wan Zainuddin Dengan Fasihah
Pagi-pagi hari Sabtu, 18 Februari 2007, jam 4.00 pagi kami sekeluarga sudah bersiap untuk memulakan perjalanan ke Melaka. Anak-anakku digerak jaga dan semua barang diletakkan ke dalam kereta Avanzaku. Ayah, Mama, aku, isteri dan kedua-dua anakku memulakan perjalanan tepat jam 5 pagi. Kami singgah solat subuh dan sarapan pagi di Kawasan Rehat & Rawat Seremban. Sampai di sana jam 6.30 pagi. Memulakan perjalanan ke Melaka dan tiba di masjid Kem Tentera Sungai Udang jam 8.40 pagi. Kira lagi awal daripada orang yang nak kahwin.
Jam 9 barulah rombongan pengantin lelaki sampai. Pengantin lelaki, Wan Zuhairi ni staff aku kat PTS Millennia Sdn Bhd. Lulusan Azhar tapi jadi grafik artist. Kami pun terus naik ke masjid untuk majlis akad nikah. Inilah majlis pernikahan paling lama pernah aku hadiri. Sudahlah banyak beradat, tok kadi pulak banyak soal jawabnya. Daripada tanya surat nikah mak ayah pengantin perempuan, bersoal jawab dengan pengantin perempuan, bersoal jawab dengan pengantin lelaki, khutbah dan soal jawab lagi, akad nikah, baca taklik kemudian diakhiri dengan penyerahan tanggungjawab. Aku tak tahulah zaman Rasulullah ada majlis panjang macam majlis ini ataupun tidak. Pada pandangan aku memang menyusahkan.
Takpalah, selesai sahaja kami serombongan terus ke rumah pengantin perempuan bersalaman dengan semua ambil gambar dan terus ke balai raya makan tengahari. Kemudian terus memulakan perjalanan ke Kluang, Johor.
Majlis Akad Nikah Fadhlil Azim Dengan Izan Zarina
Kami tiba di masjid Kampung Melayu Kluang jam 1.20 petang. Menunggu rombongan dan solat zohor jamak asar. Kemudian ahli keluarga aku pun sampai. Fadhlil ni sepupu aku belah mama. Anak sulong Maklang, adik ketiga dalam keluarga mamaku. Mamaku yang sulong.
Majlis bermula jam 2.30 petang. Alhamdulillah majlis tak sepanjang di Melaka. Anak-anak dah mengamuk letih dan lapar. Selepas singgah ke rumah pengantin perempuan kami terus ke Gunung Lambak Resort tempat tinggal yang ditempah buat kami sekeluarga. Anak-anakku mulanya letih tapi tengok ada kolam renang terus melonjak nak ke sana. Aku yang nak tidur sekejap melepaskan lelah pun dipaksa ke sana. Teruslah bawa mereka dengan sepupu-sepupu aku anak maksu, adik mamaku yang sulong. Bukan main lagi diorang melonjak dalam air. Takpalah ini hari diorang.
Malam tu tak ada majlis sangat. Lepas makan malam terus tidur.
Majlis Bertunang Azizul Hafiz Dengan Nuha
Esoknya 19 hb. Februari 2007 kami sekeluarga bertolak daripada resort jam 10 pagi ke Kempas, Johor Baharu untuk membawa rombongan memingang si Azizul, adik kepada Fadhlil yang berkahwin semalam. Sampai ke rumah tunangannya jam 12.30 tengahari. Bersoal jawab bab persiapan dan sebagainya. Alhamdulillah diletakkan hantaran RM7777.77 wah hebat. Kira Oklah. Selepas majlis tersebut terus kami bertolak pulang. Hajat nak sambung semalam lagi di Johor sebab ada projek lain. Tapi memandangkan anak-anak pun letih terus batalkan niat tu. Sampai ke Bentong jam 7.30 malam. Letih memang letih. Aku yang menaip nipun letih.
Kalau nak tengok gambar aktiviti sepanjang majlis ni boleh ke album.raudhatunnaim.com
Aku baru dapat email daripada sahabat seusrah aku. Menarik fakta dalam email ni. Mari kita berkongsi bersama
Harga petrol di Norway adalah 4.6 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Norway adalah 11.1 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
Harga petrol di Belgium adalah 3.2 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Belgium adalah 6.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
Harga petrol di Hong Kong adalah 3.3 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Hong Kong adalah 4.8 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
Harga petrol di UK adalah 3.1 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat UK adalah 7.2 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
Harga petrol di Japan adalah 2.7 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Japan adalah 7.4 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
Harga petrol di Italy adalah 3.0 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Italy adalah 5.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
Harga petrol di Australia adalah 1.8 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Australia adalah 6.4 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
Yang paling seronoknya….
Harga petrol di Kuwait dan Arab Saudi adalah 0.5 (separuh) berbanding harga petrol di negara kita,
..manakala secara purata pendapatan rakyat Kuwait dan Arab Saudi adalah 3.6 dan 1.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
Malaysia the Bolehland….
Adakah rakyat Malaysia 4.6 kali lebih bangang dari rakyat Norway,
Atau pemimpin Malaysia yang 11.1 kali lebih bengap berbanding rakyatnya.
Kita tunggu undian SMS…..
Semalam hari paling best. Aku dan isteri ‘tangkap’ satu kamera baru. Inilah kamera dan jenisnya CANON A630.

Sebelum aku beli kamera ini, aku buat survey di beberapa laman web peminat kamera bagi melihat apakah kamera yang mendapat reviu baik. Daripada kesemua laman web tersebut, kamera CANON A630 mendapat ranking 10 ke atas daripada mereka dalam kategori kamera digital compact.
Menarik memang menarik. Rasanya inilah kamera yang paling power dan mahal aku pernah beli. Puas hati giler… Kat sini aku nak kongsi beberapa gambar yang aku ambil semalam untuk tatapan semua.
Gambar KLCC di petang hari. Ini saja hendak test power.
Nu’aim di tempat mandi awam KLCCÂ
Isyraf dan isteri aku, Isyraf baru lepas mandi kat public swimming pool KLCCÂ
Lapar giler selepas berendamÂ
Nu’aim, Isyraf dan Ibu
Inilah hasilnya daripada gambar-gambar yang diambil










