Di Manakah Papan Tanda Ini Berada?

Aku lama tak menulis dalam laman ini. Entahlah sebab apa, mungkin agak sibuk kot. :D

Minggu ni banyak benda yang berjalan sekali, produksi bulan November, Produksi untuk Perpustakaan Negara Malaysia, Pengambilan Staff Baru, Penaiktarafan Laman Web PTS Millennia dan banyak lagi. Ini tak termasuk perancangan merealisasikan kegilaan terbaru aku. Banyak juga tu.

Walauapapun dekat sini aku ingin berkongsi satu gambar yang ditemui dalam salah satu yahoogroup yang aku jadi ahli buat tatapan semua. Menarik….. hayatilah

Airport Kelantan

Baby Sitter Lagi & Pertandingan Boling Keluarga PTS

Hari ini giliran aku semula untuk jadi baby sitter. Semalam isteri aku dah ambil giliran. Hari ni yang lebih menarik adalah hari kedua Nu’aim tak pakai lampin pakai buang. Fuhhhh!!!! Kuranglah sikit bajet untuk setiap bulan. Banyak juga kurang tu. Adalah dalam 200 ke 300 ringgit sebulan. :D .

Boling & PTS

Alhamdulillah 2 hari lepas, pihak PTS berjaya menganjurkan pertandingan boling persahabatan antara anak syarikat. Nak kata pertandingan pun macam bukan pertandingan. Semuanya macam main suka-suka je. Pelbagai gaya dan cara balingan. Ada yang baru pertama kali main pun terer jugak. Yang kononnya terer dan selalu main, masuk longkang juga bola boling tu. Memang best. InsyaAllah esok baru keluarga PTS main lawan sungguh-sungguh. Tunggu liputannya nanti di sini.

Hari ini Aku Bercuti Jadi Baby Sitter & M. Nasir

Hari ini aku bercuti. Aku dan isteri terpaksa berselang seli mengambil cuti disebabkan tiada siapa yang dapat membantu menjaga anak-anak ku di rumah. Mama aku baru sahaja buat pembedahan mata yang mana tidak dapat bergerak banyak dan buat kerja berat. Sebelum ni mama aku nilah yang menjaga kedua-dua anak aku dengan bantuan ayah aku selepas maid aku buat hal 3 bulan lepas. Bukan aku tak nak hantar ke nurseri tapi apabila perkara ini dibangkitkan mak aku terus berubah air wajahnya. Mulalah nak titiskan air mata, merah mata dahlah matatu memang sakit dah. Terpaksalah menunggu sampai dapat maid kedua yang jangkaannya dalam penghujung bulan ini baru sampai.

Sementara tu mama mertua aku dan adik-adik ipar aku bersedia membantu cuma minggu ini mama mertua aku berkursus 10 hari, adik ipar aku yang ketiga ada temuduga dan adik ipar aku paling bongsu tak sanggup dengan karenah anak-anak saudaranya :D tambah pula tanpa mama mertuaku. Minggu depan baru mereka boleh datang ke sini.

Tak mengapalah, nak buat macamana. Bagus juga, aku boleh lihat projek kegilaan yang baru. Buat kertas kerja dan penyelidikan. Cuma tak tahu setakat mana boleh buat dengan karenah anak-anak aku. Aku akan cuba sehabis baik. Ni pun anak baru tidur baru boleh buka sekejap blog ini.

M.Nasir, Pertemuan menarik

Semalam aku bersama CEO, Tn. Haji Rashid dan staff aku, Ikram ke Studio Luncai Emas di Bandar Baru Sungai Buloh, pejabat Mohd. Nasir Mohamed ataupun lebih dikenali dengan Sifu M. Nasir. Tak kenal? Mesti semua kenal.

Kami ke sana bagi membuat perbincangan projek terbaru kami. M. Nasir ni orangnya simple dan tak banyak bercakap. Satu perkataan… satu perkataan. Dan bercakap bila ada perkara penting sahaja. Dia memang seorang yang sibuk dan pertemuan ni pun kami dapat selepas beberapa minggu menanti.

Banyak perkara dibincangkan cuma apa-apa hal perlu dibincangkan semula. Apa projeknya. Tungguuuuuu…………!!!!!!!!!

Memulakan Langkah Merealisasikan Kegilaan!!

 

MAHA

 

Alhamdulillah semalam aku dapat ke MAHA 2006 sekali lagi. Tempoh hari aku ke sana bersama keluarga. Isteri, anak-anakku, ibu mertua, adik-adik ipar dan Kak Tun semuanya dibawa selepas waktu bekerja Jumaat lalu. Namun begitu suasana tak kondusif kerana sudah lah ke sana waktu 8 malam, dengan hujannya, membawa anak-anak dan tak tahu cara pengendalian pelawat menyebabkan aku tak dapat memenuhi hasrat sebenar ke sana. Sempat melawat ke ladang ternakan kambing sahaja. Tempat-tempat lain tak sempat hendak jejakkan kaki.

 

MAHA 2006

 

Semalam aku dan ayah aku bertolak dari rumah jam 8.30 pagi dan sampai ke sana 10.30 pagi. Ya ALlah!!! Ramainya orang, tak sangka pameran pertanian ini mendapat sambutan sehebat ini. Jalan sesak dan daripada jalan besar hendak ke tempat letak kereta terpaksa beratur hampir setengah jam.

 

MAHA 8

 

Di sana, daripada satu tempat ke satu tempat perlu menaiki kenderaan yang disediakan iaitu traktor pengangkut, van ataupun bas khas. Namun begitu terpaksa beratur panjang. Ayah aku dan aku buat keputusan berjalan kaki sahaja. Kami berjalan kaki semalam rasanya lebih kurang 5 KM melawat keseluruhan tapak MAHA 2006. Banyak juga maklumat terbaru yang aku peroleh bagi memulakan projek ‘KEGILAAN’ aku (Ish! Ini macam nak bukak rahsia je! Takpe orang tak boleh teka lagi HAHAHAHAHA :D )

 

MAHA 2

 

Bagus betul MAHA 2006 ni. cuma pada pandangan aku perlu dibuat post mortem bagi memudahkan para pelawat yang ramai pergi ke tempat-tempat dengan lebih efisien lagi. TAHNIAH MAHA 2006!!! Kegilaanku akan ku mulakan langkah!!!

Kegilaan Yang Dikongsi Bersama!!!

Aku ini kadangkala mempunyai beberapa kegilaan yang sukar untuk difahami oleh orang lain. Kegilaan ini aku tak tahulah sama ada ia turunan daripada sebelah mana, mama aku ataupun ayah aku?

KEGILAAN? Tentu orang terkejut! Bukan gila, tetapi kegilaan. Kegilaan aku akan teruja untuk membuat sesuatu perkara yang kadangkala orang tak terfikir ingin buat. Selalunya perkara yang ingin dibuat amat berisiko tinggi tetapi aku tetap ingin buat. Banyak perkara yang sudah aku buat dengan kegilaan ini. Daripada zaman mahasiswa sampai sekarang aku sudah menghasilkan banyak perkara disebabkan oleh cetusan kegilaan ini.

Projek Karnival Rakan Muda UM, OPKIM Sarawak, Projek Laman Web MPPUM, Sukan Antara Fakulti dan laman-laman web yang ada ini contoh hasil daripada kegilaan aku. Sekarang ini pun muncul lagi satu idea baru hasil daripada kegilaan ini. Namun begitu aku tak ingin hendak tampilkan di sini selagi mana ia tidak dimulakan dan berjalan. InsyaAllah apabila sudah berjaya aku maklumkan.

Namun begitu, aku amat bersyukur aku mempunyai isteri yang boleh berkongsi kegilaan aku pada bila-bila masa. Dia cukup supportif dalam apa sahaja idea kegilaan yang aku buat. Selagi mana aku tak jadi GILALAH! :D .

Terima kasih sayang kerana memberikan semangat dan sokongan di atas idea-idea gila abang selama ini. Tunggulah akan hadir idea kegilaan yang maha hebat daripada aku. :)

Mata Bondaku Selamat Dibedah & Masjid Menangis!!!

Alhamdulillah bondaku sudah selamat dibedah matanya semalam jam 11 pagi. Matanya sudah dibuang selaput katarak dan dimasukkan kanta baru. Namun begitu bondaku perlu banyak berehat dan tidak boleh buat kerja berat. Diibaratkan dia tidak boleh angkat benda seberat roti sekalipun. Fuhh!!!! Stress mendengarnya.

Bondaku perlu banyak berpantang, tidak boleh makan makanan laut kecuali ikan yang tak gatal. Susah juga tu tapi tak mengapa aku akan berusaha mendapatkan yang terbaik untuknya. InsyaAllah hari ini boleh pulang ke rumah semula.

Aku juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang melawat bondaku ketika di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Toksu berdua, Noni, Arief dan Zain mewakili rakan-rakan PTS. Jasa kalian hanya Allah dapat membalas.

Masjid Yang Menangis

Semalam kami bertolak daripada Hospital Termeloh dalam jam 6.15 petang. Masa tu hujan lebat sungguh. Apa lagi aku redah hujan untuk mengambil kereta dan membawanya ke kawasan berbumbung bagi mengambil ahli keluargaku yang turut serta. Bonda mertuaku, isteriku, anak-anakku, adikku, iparku dan anak mereka serta ayahku.

Dalam perjalanan ketika hampir waktu Maghrib aku memperlahankan kereta bagi mencari masjid terdekat. Ketika berdekatan dengan satu kawasan aku ternampak ada satu masjid yang kelihatan agak baru tetapi nampak gelap. Sedangkan pada masa itu sudah jam 7 malam, hampir masuk waktu Maghrib. Ayah aku kata masjid masih tak berfungsi, namun begitu aku bertekad untuk singgah juga ke sana.

Aku masuk ke dalam masjid dan membuka lampu masjid. Melihat masjid itu masih baru dan lengkap segala peralatan. Kemudahan lain cukup lengkap dengan tandas yang baik serta ruangan wudhu yang cantik. Namun begitu menyedihkan tiada jemaah yang datang mengimarahkan masjid tersebut. Tiada suara azan berkumandang pada waktunya. Aku cuba mencari suis microphone tetapi tidak ditemui. Pada ketika yang sama ada beberapa pengunjung juga seperti kami sekeluarga, singgah bertemu Allah.

Apakah yang sebenarnya berlaku di masjid ini? Ke manakah imam dan bilal yang mendapat elaun bulanan daripada kerajaan negeri? Ke manakah para jemaah yang berdekatan dengan masjid. Di hadapan masjid tersebut ada sebuah rumah yang bercahaya, tetapi ke manakah ahli jemaah daripada rumah tersebut? Adakah rumah itu penduduknya bukan orang Islam? Tidakkah mereka tahu hukumnya berdosa apabila tiada seorang pun ahli kariah mengimarahkan masjid? Tidak mereka tahu bahawa ia adalah fardhu kifayah?

Apabila selesai menunaikan solat maghrib berjemaah, aku bersembang dengan seorang ahli yang rasanya penduduk di situ. Dia memberitahu dia adalah anak bekas bilal di situ. Namun begitu disebabkan berlaku masalah politik semua ahli dahulu dibuang dan digantikan dengan ahli jawatankuasa baru. Imam dan bilal baru. Namun begitu mereka itu tidak pernah datang ke masjid kerana masih bertelagah. Imam dan bilal hanya mendapat elaun secara percuma tanpa melakukan tugas. Dia datang ke masjid pun kerana tak mahu ahli kariah menanggung dosa.

Pelik tapi benar, masjid yang cantik tetapi tiada penghuni. Inilah masalahnya apabila institusi masjid dipolitikkan. AJK masjid perlulah dari kalangan ahli parti pemerintah. Imam dan bilal pula daripada lantika mereka. Pengalaman aku di Kampung Serdang, kampung halamanku perkara sama berlaku. Pengerusi surau adalah juga pemilik kedai karaoke disebabkan lantikan politik. Memanglah takkan datang ke masjid. Sepatutnya berikanlah tanggungjawab kepada yang haknya.

Allah memberitahu dalam surah At-Taubah Ayat 18

“Hanya yang berhak memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang percaya kepada Allah dan hari kemudian, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, serta tidak takut melainkan Allah, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk daripada Allah Taala”

Jadi sebelum melantik tengok-tengoklah siapa yang selalu datang ke masjid pada waktunya. Barulah melantik, jangan kerana politik orang yang tak pernah jejak kaki ke masjid, kaki nombor ekor, kaki karaoke, kaki tak sembahyang dan hanya datang waktu majlis ada menteri dapat jawatan yang bukan haknya.

Manakah orang Jabatan Agama Islam Pahang? Tak tahukah ada dosa yang berlaku di daerah ini? Ke manakah Raja yang memegang jawatan sebagai ketua agama negeri? Ke manakah Menteri Besar yang selalu mengatakan ingin tegak agama Islam di bawah panji-panji Islam Hadhari? Mana? MAna? MANa? MANAAAAAAAAAAA????

Kami sekeluarga keluar dan berhenti di pintu luar yang ada papan tanda masjid. Bertulis dalam huruf jawi “MASJID KAMPUNG DESA BAKTI, MENTAKAB, PAHANG DARUL MAKMUR” Masjid menangis menitiskan air matanya…….!!!

Aku, Hari ini, Esok dan Ke Depan

Hari ini aku rasa ingin titipkan sedikit tulisan di ruangan yang aku sediakan untukku dan isteri ini.

Ya memang aku lama tidak menulis, bukan kerana tidak teringin cuma mencari keinginan. Nampak macam pelik tapi ia benar.

Banyak benda yang aku ingin tuliskan di sini cuma hatiku tidak menterjemahkan aliran ke tangan dan seterusnya ke jari jemari.

Cuma ketika ini baru aku boleh alirkan keinginan hingga ke hujungnya.

Mamaku di Hospital

Jam 9 bertolak kami sekeluarga ke Temerloh bagi menghantarkan bondaku ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Bondaku perlu menghadiri sesi pembedahan yang tertangguh sekian lama. Pembedahan mata membuang selaput katarak dan memasukkan kanta baru.

Pembedahan dijangka dibuat pada jam 11 pagi keesokan hari. Harapan aku pembedahannya berjaya dan mata bondaku kembali seperti asal.

Anak dan Anak…..

Hmmm apabila bondaku masuk ke hospital pelbagai perkara timbul. Siapakah yang akan menjaga anak-anakku. Adakah mahu dihantar ke nursery? Bondaku menitis air mata mendengarnya. Mahu menunggu maid, entah bila akan sampai daripada Indonesia?

Alhamdulillah ada alternatif yang dicadangkan mertuaku, membawa pembantu daripada kampung. Harapan aku ia sedikit sebanyak membantu kami.

YA ALLAH BERIKANLAH BANTUAN DAN REDHA MU! BERIKANLAH KEJAYAAN KEPADA PEMBEDAHAN MATA BONDA AKU. AMIN!!!!

Baru Mula Ada Mood….!

Ayat-ayat CInta

*Salah satu buku yang baru dinaikkan di e-Kedai.net.

Alhamdulillah! Hari ini aku diberikan peluang untuk mengemaskini laman bisnes online aku e-Kedai.net. Entahlah! Bukan takdak masa ataupun ruang cuma Tuhan tak bagi lagi ruang dan ilham untuk kemaskini laman web tu. Cuma sehari dua ni baru aku ada mood nak buat. Walauapapun yang pastinya banyak buku terbaru dan menarik sudah dinaikkan di laman tersebut. Pasti puas hati.

Blog ni pun lama dah aku tak sentuh. Sebenarnya aku nak bercerita panjang daripada masa sebelum raya, raya hinggalah selepas raya. Nantilah bila mood ada nanti aku buat. Tunggu………

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum,

Saya bagi pihak ahli keluarga Raudhatun Na’im mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pelawat, rakan-rakan, sahabat handai, saudara mara yang sudi menjengah laman kami ini.

Ampun dan maaf dipinta di atas segala kesalahan kami sekeluarga. Selamat hari raya 

Peta Dunia Pejabat PTS Editorial Wangsa Melawati

Ini saja je boring-boring mencari kat mana letaknya pejabat kami di Google Earth. Ini sedikit gambaran susun letak pejabat kami di

Pejabat Editorial Kumpulan PTS, 9-1 & 11-1 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur. Pejabat yang wujudnya PTS Millennia Sdn Bhd, PTS Professional Publishing Sdn Bhd, PTS One Sdn Bhd, PTS Litera Utama Sdn Bhd, PTS Islamika dan PTS Fortuna.

Pejabat