Alhamdulillah! Akhirnya aku boleh melayari semula internet dengan tenang. Dua hari lepas ada masalah teknikal yang mana modem di rumah aku tak boleh nak buat sambungan ke internet. Bermacam cara dicuba dan dibuat. Hubungi TmNet lah, sambung teruslah dan banyak lagi. Kesimpulan akhir yang boleh dibuat adalah modem rosak.
Semalam aku ke kedai komputer terus sambar modem D-Link yang ada built-in Wifi dan ethernet Routher berharga RM290. Alhamdulillah sekarang aku boleh melayari internet dengan selesa tambah pula dengan keupayaan Wifi lagilah mudah boleh layari internet di mana sahaja dalam kawasan rumah.
ReUnion SMACHIAN
Hari Sabtu lalu aku, isteri, anak-anak, mama dan ayah ke Majlis Berbuka Puasa Batch 94 Sains Machang Kelantan (SMACH 94′) di Bangi Golf Resort. Sebelum tu kami pergi membeli belah persiapan hari raya di Alpha Angle Wangsa Maju. Memborong sakan, maklumlah dapat separuh bulan bonus
.
Kebanyakannya baju anak-anak. Setiap seorang dua pasang. Letihlah juga, lagipun ramai betul orang. Memang bersesak dan bising. Ditambah dengan anak-anak buat perangai lagilah letih. Lepas asar kami terus bertolak ke Bangi.
Geng-geng aku ni setiap tahun tak pernah tidak, pasti buat majlis berbuka puasa bersama. Seingat aku sejak di tahun pertama Universiti hinggalah sekarang. Cuma adalah perbezaan dan perkembangan lokasinya. Daripada dulu hanya di Burger King KLCC, sekarang sudah di hotel. Dahulunya seorang, sekarang sudah berdua ++++. Dahulunya takdak duit, sekarang masing-masing sudah mempunyai kewangan sendiri. Ada yang dah ada syarikat sendiri lagi. Kiranya hubungan antara kami masih tidak putuslah.
Walaubagaimanapun hanya 25 orang (termasuk pengiring) sahaja yang datang. Yang lain ada pelbagai program lain. Selalunya kalau buat, pasti lebih 50 orang datang. Yang datang Aku, Mat Yus, Pojie, Peja, Rozita, Kimin, Najib (Tu mai lewat), Zaki, Hafiz, Tojek, Sharifah dan iringan masing-masing. Yang lain tak nampak batang hidung.
Makanan kat sana memang puas hati, ada BBQ ayam, BBQ kambing, makanan tradisional, mee kantonis, Yong tau fu, ABC, dan banyak lagi. Kira memang bestlah. Tambah pula aku dan keluarga boleh solat Jamak, lagilah!!! Makan sampai Isyak tu…..
Walaubagaimanapun aku tak ambil satu pun gambar
. View Cam tertinggal kat dalam kereta. Kalau tak boleh share kat sini. Seronok bila jumpa kawan-kawan lama, bersembang balik keadaan kerjaya terkini, sekolah, kenangan silam dan sebagainya.
Aku dan Zaman SekolahÂ
Aku dulu bukanlah hebat sangat masa kat sekolah. Nak kata pengawas tak, pemimpin pelajar pun tak. Aku cuma rakyat biasa je. Masa tu terasa betul kekecewaan. Sistem sekolah memang tak memungkinkan orang macam aku naik jadi pemimpin pelajar. Semuanya bergantung kepada rupa, hensem, ada banyak kakak angkat dan abang angkat di kalangan pengawas, kesayangan cikgu. Itu je yang boleh menyebabkan terpilih jadi pengawas ataupun jawatan penting sekolah.
Orang macam aku jangan haraplah…Dahlah gemuk, tak hensem, takdak peminat, cikgu pun tak berapa rapat sangat. Itu yang aku pernah tulis dalam blog mengenai sistem persekolahan (Tengok posting Inferiority Complex…. Aku Pun Dulu Macam tu).
Cemburu, dengki dan kecil hati semuanya menjadi resipi yang bergaul dalam jiwa ketika itu. Cemburu sebab aku tak jadi sehebat dan sehensem kawan-kawan aku, hasad dengan jawatan yang ada pada kawan-kawan aku dan kecil hati kepada guru-guru kerana berbuat begitu.
Walauapapun aku bertekad untuk berubah dan Alhamdulillah aku adalah aku sekarang. Seorang manusia yang memasuki zaman universiti dengan baik, menjadi pemimpin mahasiswa, pernah menang pilihanraya kampus, pernah dan masih bergaul dengan orang-orang besar, menjadi pengasas beberapa projek besar di UM, mewakili UM dan Malaysia ke peringkat nasional dan antarabangsa serta pelbagai lagi. Sekarang antara teraju syarikat penerbitan yang dikenali dan dicemburui ramai penerbit. Kita punya asa, Allah punya kuasa.
Kita pengarang skrip hidup kita sendiri, berubah dan tulis skrip hidup kita. InsyaAllah kita akan mengawal jalan hidup kita.








Alhamdulillah semalam petang selesailah proses kereta aku dan dapatlah kereta baru AVANZA. Sedih juga nak jual kereta WIRA aku tu. Banyak juga jasanya kepada aku dan keluarga. Masa aku tengah menggila mencari pengarang untuk PTS dulu. Dialah yang diheret ke utara selatan timur barat. Dalam masa 4 tahun dah cecah mileage 180,000. Macam bawa 8 tahun dah. Sedih je bila nak serah kunci, tapi nak buat camna, apa yang perlu perlu dilakukan.



Aku bercuti dua hari daripada urusan di pejabat. Sahaja ambil cuti sebab nak tenangkan fikiran di samping hendak tumpu kepada pembuatan plan bagi bisnes baru. Plan yang mana akan dilaksanakan selewatnya 15 Oktober 2006. Itu sasaran aku.
Semalam aku bertemu dengan seorang wanita yang pada pandangan aku amat cekal dalam misi dan visinya. Aku ke sana bersama editor perolehanku yang baru Ikram Wazir. Alhamdulillah dalam pertemuan tu berlaku sedikit perbincangan kerjasama dua hala yang akan digembleng di antara kedua-dua pihak. Projek apa? Tentulah projek buku.