Kisah budak gemuk ni lama gak terenti, nak buat camner masa tak mengizinkan. Takpe masa lapang sebelum balik kerja ni aku nak coret sikit tinta ini. Kat mana aku berenti hari tu ye? Haaa! Part orang mengata kat aku “budak gemuk selalunya bodoh”. Betul ke?
Tak tahulah! Aku sendiri pun tak pernah buat kajian mendalam lagi mengenai perkara ini. Namun begitu daripada sudut fizikal tu memanglah takleh dinafikan orang gemuk ni lambat sedikit gerakannya berbanding orang kurus. Itu aku kena terima kenyataan.
Aku semasa mula-mula masuk ke Sekolah Kebangsaan Telok Kechai, masa tu darjah 2 dan dah hampir nak exam akhir tahun. Aku ni dahlah silibus yang lepas tak berapa pickup dah nak masuk exam. Tapi aku tabahkan juga hati masa tu. Sempatlah juga menelaah balik buku sebelum exam. Aku diletakkan ke dalam kelas budak-budak yang agak pandai. Ini berdasarkan pencapaian aku semasa di darjah 1.
Walauapapun Alhamdulillah dalam exam tu walaupun aku tak dapat no. 1 ke 3 dalam kelas, aku mendapat markah tertinggi dalam pelajaran agama Islam dan dapatlah hadiah akhir tahun. Kira OKlah kan. Taklah bodoh sangat walaupun aku ni gemuk.
Kemudian semasa di tahun 3, aku mula mengorak langkah dalam pelajaran aku. Aku dapat No. 1 bagi kedua-dua penggal pelajaran dan aku diangerahkan pelajar terbaik keseluruhan tahun 3. Haaa! Sapa kata budak gemuk bodoh, aku dapat buktikan kat sini bahawa tak semua budak gemuk tu bodoh. 
Itulah don’t judge a book by its cover. (Tapi sekarang aku judge a book by its cover
)
Bersambung….
Apabila menjadi budak gemuk ni, memang sesuatu yang agak menyesakkan. Terutamanya dengan pelbagai tanggapan dan gelaran buruk yang diberikan.
Aku dahulu semasa bersekolah di sekolah rendah di negeri Kedah. Sekolah Kebangsaan Telok Kechai, Kuala Kedah, Alor Setar Kedah Darulaman. Amboi panjang gak namanya. Gelaran-gelaran ni jangan cakaplah, macam-macam aku dapat.
Topui, bulat, Andre The Giant (nama penggusti terkenal semasa tu) hinggakan ayah aku pun turut mendapat gelaran juga. Pada pandangan aku memang tak patut. Macamlah kita ni minta jadi cam ni. Namun begitu bila difikirkan balik, aku yakin sebenarnya ada hikmah di sebalik semua ini.
Dalam semua kes yang paling aku ingat dan sentiasa tersemat di dalam ingatan aku adalah semasa aku balik ke kampung sebelah ayah aku di Simpang Empat Kangkong, Alor Setar, Kedah. Masa tu ada kenduri kahwin adik ayah aku yang bongsu Cik Mah.
Aku taklah rapat sangat dengan sepupu-sepupu aku sebelah ayah aku, namun begitu aku tetap diterima sebagai salah seorang ahli dalam kumpulan budak-budak semasa tu. Jadi aku pun pergilah bermain-main dengan diorang. Macam-macam yang dimainkan, ada main guli, main congkak atas tanah, aci sembunyi, main sole dan pelbagai permainan tradisional yang lain. Best jugak bila balik kampung ni.
Ish! Melalut lak, tentu korang nak tahu apa kes yang aku ingat sangat tu kan? Kat sana ramai orang berkumpul terutamanya golongan wanita yang turut membantu untuk membuat persiapan untuk memasak. Masa tu budaya ambik kontrak untuk makanan ni tak menjadi amalan biasa. Orang kampung masih lagi mengamalkan gotong royong untuk memasak kenduri.
Masa tu aku masuklah ke dalam rumah tok wan aku (Aku panggil Wan Sheikh) nak cari minuman sebab dahaga. Ada sesetengah wanita yang berada dalam rumah ketika tu sedang memotong bawang dan pelbagai rencah lain untuk masakan. Kemudian aku terus ke dapur untuk mengambil minuman.
Telinga aku dapat menangkap satu perbualan yang aku yakin memang menuju ke arah aku.
“Woit! Hang tengok budak tu, tulah anak Aq yang sulong (Aq tu panggilan orang kepada ayah aku).”
“Ha! Aku pun tau, anak dia ada 5 orang dua ja yang hidup, yang lain semuanya simpan masa kecik”
“Ish besaq sungguh, dia tu! Mesti banyak makan beras siam”
“Hemm! Memang pun! Ayah dia tu pegawai pertanian”
“Ish! Besaq-besaq lagu tu mesti bodoh tu! Dah lah jalan pun slow tentu otak pun lagu tu”
Terhiris betul hati aku masa tu, amboi orang besar dan gemuk ni semuanya bodoh ke? Maksudnya pandangan orang memang begitu kepada orang besar. Memang sedih hati aku masa tu. Yelah, budak usia 9 tahun, apabila mendengar tentu hiba.
Bersambung…..
Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu nak start dekat mana hikayat hidup si budak gemuk ini. Namun begitu takpelah, aku try ingat balik saat-saat aku masih kanak-kanak. Aku mulakan dengan saat aku 6 tahun. Pada masa itu ayah aku bertugas di Teluk Intan, Perak. Aku ni anak sulong daripada 6 beradik, cuma adik-adikku yang berempat meninggal dunia ketiga masih kecil.
Adik aku yang kedua selepas aku meninggal di Knoxville Amerika Syarikat. Masa tu ayah aku sambung belajar di sana. Aku pun tak ingat saat-saat tu, sebab aku masih kecil. Aku, mama aku & ayah ke sana pada usiaku baru 4 bulan. Saat yang aku ingat pada waktu tu agak kabur. Ada ingatan aku masuk rumah orang bersama seorang budak mat saleh melalui tingkap sebab masa tu rumah kawan tu terkunci dari dalam. Bila aku tanya mama aku siapa budak dalam ingatan aku, terus dia buka album gambar semasa kami berada di sana. Nama dia Timmy. Rasanya sekarang tentu dia sudah ada keluarga ataupun memegang jawatan besar di sana. Kata mama dia ni seusia dengan aku jadi dia sepatutnya berumur 28 tahunlah ketika ini.
Ingatan yang masih jelas adalah ketika aku dihantar oleh ayah ke kindergarten terdekat dengan rumah aku. Fuuuh!!! Banyak betul mainan kat sana. Cuma kat sana takdaklah budak yang mempunyai kulit macam aku. Korang nak tahu apa berlaku kat sana? Aku menangis sekuat mungkin selepas ayah aku balik, habis mainan aku sepahkan dan aku terus berlari keluar dari sana dan menuju ke rumah aku. Cuma nasib baik cikgu kat sana berjaya menahan aku dan terus menelefon ayahku. Apa lagi teruslah diorang datang ambik aku dan bawa balik. Hahahahaha!!
Apa lagi ye ingatan yang ada kat dalam otak ni? Kalau ikut apa yang aku baca. Sebenarnya segala ingatan yang dahulu masih ada dalam otak kita. Sepertimana sebuah cakera padat yang merakam di mana dalam otak kita juga ada track-track yang menyimpan maklumat tersebut. Cuma satu isunya adalah otak kita ni tak macam komputer yang boleh kita tekan ‘cari’ terus jumpa semua benda dalam komputer. Aku sekarang ni pula lagi best ada GOOGLE DESKTOP yang memang power hingga ke email, fail gambar, word document semuanya boleh dicarinya dalam masa yang singkat.
Letihlah pulak otak ni. Takpe nanti kita sambung ye.
Budak gemuk, selalunya dipandang sinis dan hina. Selalu digelar pelbagai. Gemuk, boroi, giant, gergasi, topui (panggilan orang Kedah), bulat dan pelbagai gelaran yang tidak sedap didengar. Ada pula pandangan-pandangan hujung mata yang suka menghina orang gemuk. Mereka mereka mengatakan orang gemuk ini bodohlah, lambat pick uplah, slowlah, senang bergoleklah dan pelbagai hinaan serta kejian.
Di sini kita ingin berkongsi satu kisah yang menjadi sebahagian daripada hidup anda, dia, saya, kita, kami, masyarakat dan ummah sedunia. KISAH BUDAK GEMUK. Kita hayati perasaan, kekesalan, kekecewaan, kegembiran, kejayaan si budak gemuk.
Cerita ini mungkin wujud mungkin tidak wujud ataupun jika benar wujud, anggaplah semuanya bukan nama sebenar walaupun ada yang benar. Si budak gemuk ini sudah dewasa sekarang. Namun begitu dia ingin berkongsi ceritanya dengan generasi budak gemuk yang lain bagaimana dia menongkah arus masyarakat dalam keadaan dia sebagai budak gemuk.
Si budak gemuk ini juga ingin agar segala persepsi mengenai budak gemuk diubah dan dikaji semula oleh sesiapa yang membacanya. InsyaAllah si budak gemuk akan memulakan tinta dalam masa terdekat dan diharap sesiapa yang ingin mengikuti kisah si budak gemuk dapat bertenang dan bersabar. Ia pasti datang dan kita sama-sama doakan agar si budak gemuk ini diberikan kekuatan dan kesihatan bagi meneruskan pelayaran nukilannya ini. BERSAMBUNG….









