Dalam kita sibuk bekerja dan memegang pelbagai peranan sekaligus menyebabkan kita lelah dan motivasi diri terhakis sedikit demi sedikit. Sampai suatu tahap rasanya mahu mengasingkan diri dan berseorangan. Namun cara itu tidak dapat menyelesaikan apa-apa malah melarikan diri daripada tugasan dan tanggungjawab menjadikan kita orang yang lemah, mundur dan semakin jauh daripada kejayaan.
Apa yang dapat dilakukan, senaraikan tugasan yang perlu dilakukan, mungkin ada 10 ataupun 20 tugasan. Kemudian pilih yang paling mudah diselesaikan, walaupun ada perkara lain yang lebih penting. Selepas perkara-pekara kecil dan mudah diselesaikan, secara automatik fikiran kita berasa lapang dan dada menjadi tenang. Selepas itu barulah ada motivasi bagi menggerakkan akal dan anggota badan lain menumpukan perhatian menyelesaikan perkara-perkara yang lebih besar. Ini dinamakan kejayaan kecil memotivasi diri sendiri bagi mencipta kejayaan yang lebih besar dan hebat.
