Kadang kala dalam kesibukan kita menjalani kehdupan kita terlalu sibuk dan terlepas pandang banyak perkara yang dianggap remeh. Solat 5 waktu, puasa insya-Allah tidak ditinggalkan kerana ia sudah sebati dalam hidup dan dilakukan sejak kecil. Namun yang lebih pentng kita sedar ibadah itu dilakukan bukan sebagai kerja rutin dan adat seharian sahaja, malah ia adalah ibadah yang diwajibkan oleh Allah ke atas setiap Muslim dan dilakukan semata-mata kerana-Nya.
Ada satu lagi yang dapat dikatakan sebagai sub-bahagian ibadah iaitu akhlak mulia. Seringkali kita terlupa melahirkan akhlak terpuji kepada insan dalam persekitaran kita, terlupa senyum pada pasangan dan anak-anak, terlupa mengucapkan salam, tidak suka membantu orang walaupun sekadar melakukan perkara kecil dan banyak lagi yang dikira sebagai akhlak mulia. Apabila kita berakhlak mulia ia dikira ibadah dan pasti disukai Tuhan dan Rasul-Nya.
Ayuh! anak-anak dan kawan-kawan kita belajar bagaimana akhlak Rasulullah dan mengamalkannya. Banyak kitab yang mengupas tentang akhlak.


