Raudhatunnaim» Pesanan dan nasihat buat anak-anak

Jaga Allah, Pasti Allah Menjaga Kamu
Abdullah Bin Abbas melaporkan, semasa beliau berada di belakang Nabi Muhammad, beliau mendengar Nabi berkata,  “Wahai budak! Aku ingin mengajarkan kamu beberapa kalimah (ajaran agama). Jagalah Allah pasti Dia menjaga kamu. Jagalah Allah pasti kamu akan mendapati Dia di hadapan kamu. Apabila ingin meminta, mintalah kepada Allah, apabila ingin memohon bantuan, pohonlah kepada Allah. Ketahuilah, sekiranya seluruh umat berkumpul bagi memberikan manfaat kepada kamu, pasti mereka tidak mampu memberikan manfaat itu melainkan apa yang sudah ditetapkan Allah kepada kamu. Sekiranya manusia berkumpul bagi memudaratkan kamu, pasti mereka tidak mampu memudaratkan kamu melainkan apa yang sudah ditakdirkan Allah kepada kamu. Telah diangkat pena-pena dan telah ditetapkan semua takdir.” Hadis ini direkodkan oleh At-Tarmizi dan taraf hadis ini Hasan Sahih.

Hadis ini berkenaan pesanan Rasulullah SAW kepada Abdullah bin Abbas. Oleh kerana mereka naik unta bersama-sama,  Abdullah berada di belakang Rasulullah. Pada tika ini dikisahkan usia Abdullah kurang daripada 10 tahun. Namun Rasulullah memilih pada usia begini beliau memberikan nasihat dan pesanan berguna ini iaitu, “Jagalah Allah, pasti Allah menjaga kamu.”

Ini bermakna sebagai ibu bapa kita boleh mengambil ‘tip’ yang diberikan oleh Rasulullah bagaimana mahu mengajar anak berkenaan mentauhidkan Allah. Pada usia yang masih kecil, beliau sudah berpesan-pesan seperti itu, berpesan supaya sentiasa menjaga tuntutan yang  ditetapkan Allah dan tidak perlu ragu-ragu lagi, pasti diri kita dijaga Allah sampai bila-bila.

Mahu Berubah dan Mengubah! Mulakan dengan Diri Sendiri
Mendengar cerita rumahtangga orang yang dingin dan bermasalah membuatkan diri ini berfikir dan mengaudit rumahtangga sendiri. Apabila orang bercerita tentang masalah rumahtangga yang sudah hampir 20 tahun dibina, kita tidak boleh cepat membuat kesimpulan dengan menyatakan di mana, apa dan siapa puncanya. Hubungan dalam rumahtangga suatu yang kompleks terutama hubungan yang sudah menjangkau puluhan tahun.

Satu perkara yang sering saya ingatkan diri sendiri, jangan asyik salahkan orang lain dalam apa jua masalah. Menyalahkan orang lain tidak dapat selesakan masalah, malah menjadi semakin rumit. Sekiranya sayang dengan rumahtangga sendiri, mari kita mulakan dengan diri sendri dahulu. Nilai diri, di mana kelemahan diri dan perbakinya dengan niat bukan mahu mendapat perhatian sesiapa termasuk pasangan kita, tetapi niatkanlah demi mencari redha Allah. Mahu akhiri hidup dalam reda Allah taala, bukan dalam pergolakan hidup yang tiada sudahnya.

Berlapang dada atas kelemahan pasangan juga anak-anak. Mereka juga manusia sama seperti kita, tetap ada salah silap. Cuba bersangka baik dengan pasangan walaupun sudah berkali-kali mereka menyakti hati kita. Usah mengungkit dan mengingati hal-hal yang menyakiti hati kita kerana itu hanyalah bisikan syaitan yang cuba memporak perandakan rumah tangga kita.

Tunaikan hak mereka sebelum kita beria-ia menuntut hak kita yang dirasakan tidak tertunai oleh pasangan kita. Akhirnya jangan lupa bercerita kepada Tuhan apa yang sedang dialami walaupun Tuhan tahu semuanya, kerana Tuhan suka mendengar rintihan hambanya. Mohonlah pertolongan dengannya bagi membantu kita memperbaiki keadaan. Mohonlah supaya diri kita ini sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan tidak kedekut memberikan cinta dan kasih kepada pasangan dan anak-anak seterusnya sesama insan.

Ayuh berdoa semoga semua ahli keluarga kita sentiasa dilingkungi rasa mawaddah dan rahmah, ada rasa cinta dan kasih sesama keluarga. Umat yang cemerlang terbentuk daripada keluarga yang cemerlang. Mari usahakannya bersama-sama!

P/s: keyboard rosak sikit, huruf ‘i’ ada masalah, kalau ada tersilap eja, betulkan sendiri ya

Syarat Wanita Ziarah Kubur
Berlaku khilaf yang panjang dalam hal ziarah kubur. Menurut Mazhab Shafie harus wanita menziarah kubur dengan syarat-syarat berikut:

1. Tidak berlaku campur-baur lelaki perempuan bukan mahram. Wanita boleh pergi ke kubur pada waktu tiada orang ramai. Dalam hal ini bermakna, pada masa ramai orang lelaki bekerja mengebumikan jenazah sebaiknya para wanita tidak turut sama ke kubur.

2. Tutup aurat. Semasa ziarah kubur tutup aurat dengan sempurna.

3. Tidak mengangkat suara.

4. Tidak melakukan perkara-perkara khurafat seperti meratap, merintih di kubur dan sebagainya.

5. Tidak banyak duduk dan berlama-lamaan di atas kubur. Sekali sekala dibolehkan.

Walaupun ada pendapat mengatakan haram dalam hal ini, tetapi mazhab Shafie mengharuskannya dengan syarat-syarat itu.

Saya pun mengetahui hal ini sejak kematian ayah dulu apabila bonda yang memberitahu saya, orang perempuan tidak elok ke kuburan. Sekiranya mahu ke kuburan juga, penuhilah syarat-syarat di atas. Yang sudah bersuami, jangan lupa minta izin pula, nanti mahu ke kubur bagi menginsafi kematian, namun dek kerana lupa bertahu suami, kena marah dan dia pula tidak reda. Lain pula jadinya.

Mari beramal!

Rujukan:

Boleh juga rujuk http://zuhdidh.blogspot.com/2011/09/ziarah-kubur.html

Video Ustaz Azhar Idrus: Wanita Ziarah Kubur   http://youtu.be/3ZtrcrFG1tQ

Kuat Beribadah dan Berakhlak Mulia, Terbaik!
Kadang kala dalam kesibukan kita menjalani kehdupan kita terlalu sibuk dan terlepas pandang banyak perkara yang dianggap remeh. Solat 5 waktu, puasa insya-Allah tidak ditinggalkan kerana ia sudah sebati dalam hidup dan dilakukan sejak kecil. Namun yang lebih pentng kita sedar ibadah itu dilakukan bukan sebagai kerja rutin dan adat seharian sahaja, malah ia adalah ibadah yang diwajibkan oleh Allah ke atas setiap Muslim dan dilakukan semata-mata kerana-Nya.

Ada satu lagi yang dapat dikatakan sebagai sub-bahagian ibadah iaitu akhlak mulia. Seringkali kita terlupa melahirkan akhlak terpuji kepada insan dalam persekitaran kita, terlupa senyum pada pasangan dan anak-anak, terlupa mengucapkan salam, tidak suka membantu orang walaupun sekadar melakukan perkara kecil dan banyak lagi yang dikira sebagai akhlak mulia. Apabila kita berakhlak mulia ia dikira ibadah dan pasti disukai Tuhan dan Rasul-Nya.

Ayuh! anak-anak dan kawan-kawan kita belajar bagaimana akhlak Rasulullah dan mengamalkannya. Banyak kitab yang mengupas tentang akhlak.

Selamat Hari Lahir ke-6, Muhammad Isyraf Idraki
6 tahun berlalu semenjak kelahiran putera ibu dan ayah yang kedua, Muhammad Isyraf Idraki. Kali ini Isyraf miinta meraikannya di Pizza Hut. Hadiah plihan kali ini adalah kereta kontrol Flash & Dash. Isyraf sangat meminati kereta kontrol. Doa ibu dan ayah semoga dirimu sentasia dalam peliharaan Allah dan apabila besar nanti dapat berjuang menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Tahun ini harapnya Isyraf berjaya dalam temu duga memasuk sekolah idaman untuk tahun 1 pada tahun hadapan.

Isyraf, 6 tahun di Pulau Pangkor

Kereta kontrol hadiah hari jadi ke-6 dari ibu dan ayah untuk Isyraf

Gambar Isyraf hendak ke sekolah meraikan hari jadinya bersama kawan-kawan. “Ini goodies bag untuk kawan-kawan saya!”

Hidup Indah dengan Kehadiran Anak dalam Hidup, Terima Kasih Tuhan.
Seronok hidup di kelilingi anak-anak yang cerdas dan cergas. Mereka inilah makhluk Tuhan yang comel dan setia meriuhkan hari-hariku. Muhammad Iqbal Nu’aim tahun ini akan menjangkau 9 tahun, Muhammad Isyraf Idraki 29 Jan ini akan berusia 6 tahun, manakala Nur Aisyah Humaira’ akan menjangkau 3 tahun Mei tahun ini. Ibu sangat sayang kamu semua. Kalau ibu marah-marah kamu, tandanya sayang ataupun kadang-kala itu ibu berasa berserabut sebab lupa mahu berzikir pada Tuhan, itulah cepat marah. Sesungguhnya tanpa kamu semua, hidup ibu akan sunyi sepi. Sayang kamu sampai bila-bila. Pesanan ibu, apabila ibu dan ayah sudah menjadi arwah nanti, hari-hari kirimkan hadiah buat kami dengan doakan keampunan buat ibu dan ayah. Tentu ibu dan ayah gembira di sana.

Berkreatif dalam Berpakain Berpandukan Garis Panduan Islam
Kalau dilihat trend pakaian perempuan sekarang memang bermacam ragam, berfesyen-fesyen dan glamer-glamer. Kreatif-kreatif betul pereka fesyen sekarang dengan rekaan mereka yang dapat memenuhi kehendak wanita, remaja dan perempuan-perempuan sekarang. Tak kurang juga dengan sokongan daripada media yang memaparkan pilihan fesyen wanita muslimah.

Dalam banyak-banyak fesyen tu ada jugak sekali pandang nampak macam sesuai dengan diri ini, dua kali pandang dan pandang dekat sikit rasanya nak pakai di rumah pun malu. Malu pada pak mentua je sebab tangan panjang, tapi jarang menampakkan lengan dan ketiak. Jadinya, setakat sentuh dan lihat corak kain je la di kedai baju tu. Memang cantik, dan kita ni pompuan memang suka yang cantik-cantik. Nak beli tu, rasanya macam membazir je.

Itulah antara cabaran wanita muslimah sekarang. Dihidang dengan pelbagai fesyen yang indah dan cantik di pandang mata, tetapi bagaimana pula dengan pandangan Islam? Bagi diri wanita tu, fikir la sendiri akal ada. Bagi lelaki, beri teguran dan panduan kepada isteri, adik perempuan ataupun kakak dalam hal ehwal berpakaian. Bukan Islam melarang kita berkreatif dalam berpakain, cuma berpada-pada dan biar berkreatif dalam batas-batas yang ditetapkan. Tak salah berkreatif dalam batasnya. Wahai! anak-anak ibu (lelaki belaka setakat yang ada), kalau nak tegur adik, kakak, anak dan isteri kena ada ilmu jugak. Di sini ibu bekalkan panduan bagi memastikan anak-anak ibu tahu tatacara berpakaian dalam Islam. Sumber: Wanita JIM Mekar Ceria. Jendela Hikmah. “Menutup aurat bukan setakat pakai tudung.” http://wanita.jim.org.my/

“Jendela Hikmah: Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung

Oleh Hamidah binti Mat

SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:

# Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

# Pakaian yang longgar.

Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: “Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”

Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

# Pakaian yang tidak jarang.

Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.”

Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

# Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.

Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.”

# Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”

Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

# Tidak bertabarruj.

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33)

Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.

Penulis ialah Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan boleh dihubungi di emel wanitajim0@yahoo.com”