Kuah Kacang Kering

Bahan-bahan

1.5 grm kacang tanah  digoreng tanpa minyak

25 tangkai cili kering digoreng tanpa minyak

2 sudu besar asam jawa (kalau tidak suka masam, kurangkan sikit) dan 1 sudu besar belacan digoreng dengan 1/2 sudu besar minyak masak

3 cawan (melamin) gula

Caranya, semua dikisar kering

Mula-mula kisarkan cili kering bersama garam dan asam tadi. (A)

Kemudian kisar gula. (B)

Akhir sekali, kisar kacang bersama bahan-bahan A dan B tadi. Kisar sebentar sahaja supaya kacang tidak terlalu halus.

Selamat mencuba!

Ayam Kuzi

Bahan-bahan
3 ekor ayam digoreng
3 sudu besar rempah kuzi (Anggaran 1 ekor ayam 1 sudu rempah sahaja kata ibu mentuaku)
2 botol sos tomato
2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
Air Halia (Halia 1 ini dikisar dan ambil airnya)
kismis digoreng
Kacang direbus, dibuang kulit dan digoreng
Bawang merah dan putih, hiris dan goreng
garam

Masukkan rempah kuzi, sos, susu, air halia ke dalam 1 bekas. Panaskan minyak goreng ayam.
Masukkan bancuhan tadi dan masak. Tambah sedikit air. Tunggu mendidih dan masukkan ayam. Masukkan bahan-bahan goreng. Kacau sekejap, kemudian siap.

Bagi rempah kuzi, boleh dapatkan yang siap dijual di kedai-kedai ataupun boleh buat sendiri. Bab membuat rempah kuzi ini saya belum dapat belajar dengan jayanya lagi kerana mentua selalu buat sewaktu hari saya bekerja. Saya akan mantapkan ilmu ini dari semasa ke semasa daripada tok guru memasak saya iaitu mentuaku. Namun tahu bahan-bahannya kerana saya yang membeli bahan-bahan itu. Setiap bahan 1 bungkus. Berikut bahan-bahan yang ada dalam rempah kuzi:

Rempah ketumbar (bulat)

lada hitam

kulit kayu manis

bunga lawang

bunga cengkih

buah pelaga

jintan manis

jintan putih

Nasi Tomato

Bahan-bahan
8 cawan (melamin) beras
9 cawan sup daging
1/4 tin tomato puri
1 tin sup tomato
1/2 tin susu pekat
garam
halia seinci hiris
10 ulas bawang merah hiris
1 kg daging direbus bersama sedikit garam dan serbuk sup

Tumis bawang dan halia hingga wangi. Masukkan semua bahan-bahan dan masak hingga mendidih. Masukkan beras dan masak hingga menjadi nasi.

Rendang Ayam Raya

Bahan-bahan

3 Ekor ayam
20 keping asam
gula kabung
garam
RM6 santan

Bahan-bahan kisar

30 tangkai cili kering
15 tangkai cili hidup
segenggam cili padi
12 biji bawang besar
10 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
8 batang serai
2 inci kunyit hidup
3 inci halis
2 ketul lengkuas

Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam kawah beserta gula, garam dan asam. Biar masak lebih kurang 20 minit.
Masukkan ayam dan santan. Biar masak hinnga kuah agak pekat dan kering (30 minit).

Kuih Milk ball

Bahan-bahan
1 kg tepung (masak atas dapur selama 2 jam api perlahan)
Gula icing 350 gm
Minyak sapi 500 gm

Apabila tepung masak, masukkan gula dan minyak sapi sambil mengacaunya bersama tepung di atas api perlahan.
Apabila sebati, tunggu sejuk dan bulat-bulatkan. Golek di atas susu. Kuih ini juga dikenali sebagai biskut Benggali.

Ayam percik

Bahan-bahan
1 ekor ayam gaul bersama garam dan gula
4 biji bawang besar
25 tangkai cili kering
4 cili hidup
10 cili padi
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
6 keping asam gelugor
1/4 gula kabung
gula putih jika mahu
garam santan

Kisar semua bahan kecuali santan dan asam. Kemudian masak sebentar bersama santan, garam dan gula secukup rasa. Apabila masak ambil dalam 5 sudu dan masukkan ke dalam kuali ayam. Masak sebentar ayam itu hingga air ayam kering.
Kemudian masukkan ayam ke dalam pelengat dan bakar bersama kuah tadi.

Mee Celur

Bahan-bahan
Tulang/Gear box
25 tangkai cili kering
3 biji ubi keledek sederhana besar direbus dan dikisar halus
Sebungkus kacang tanah (RM1.60) digoreng dan dikisar supaya betul-betul halus
1 botol sos tomato
garam
6 biji ubi kentang direbus bersama kuah

Cara-cara
Rebus tulang guna pressure cooker
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk apabila tulang tadi siap masak
Rebus lagi sekitar 1 jam
Masukkan ubi kentang, masak hingga empuk

Bahan-bahan lain
Mee 2 bungkus dicelur
fish cake digoreng dan dihiris
kubis dihiris kecil dan direbus
Telur direbus dan dibelah kecil

Seri muka wangi

Bahan-bahan untuk lapis pulut
Pulut
garam
santan

Pulut dimasukkan ke dalam pelengat. Masukkan santan anggaran tenggelam pulut itu sedikit. Masukkan garam. Kukuslah hingga masak.
Sekiranya mentah, tipnya percikkan air, kacau-kacau pulut dan kukus lagi.Apabila masak tekan-tekan pulut ini hingga padat.

Bahan untuk kepala
Kisar bahan-bahan berikut:
2 helai daun pandan
1 sudu kecil jintan manis
1 keping gula kabung
1 batang serai
1 ulas bawang merah
2 biji telur
seringgit santan
air
(Anggaran air selepas dicampurkan bahan dalam blender, 750ml)
Tapiskan bahan-bahan yang siap dikisar ini
masukkan 4 sudu tepung beras cap teratai ke dalam bahan-bahan tapis tadi.

Tuangkan ke atas pulut tadi. Kemudian kukuskan.

Karemel

Bahan-bahan

7 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin air
1 cawan (melamin) gula
Untuk karemel, hanguskan 1.5 cawan gula dalam pelengat

Cara-cara
telur dicampurkan dengan gula dan kacau hingga gula hancur.
masukkan susu cair dan air
Masukkan bahan-bahan ini ke dalam gula yang sudah dihanguskan tadi. Kukuslah selama 15 ke 20 minit.

Nasi Ayam BBQ

Bahan-bahan nasi:

8 cawan nasi

9 cawan air rebusan ayam

sebiji bawang besar dihiris

1 inci halia dihiris

bunga lawang

kulit kayu manis

lada hitam

garam

Cara masak:

Tumis bahan hiris dan rempah ratus. Masukkan beras yang siap dibasuh. Tambah garam. Goreng beras hingga wangi dan kekuningan. Kemudian masukkan air rebusan ayam seterusnya tunggu hingga masak.

Bahan-bahan untuk rebus ayam:

2 ekor ayam

air halia

1/2 sudu serbuk sup

sedikit garam

Air

Masukkan semua bahan ke dalam air, masak hingga mendidih. Kemudian, masukkan ayam dan rebus hingga 15 minit. Tutup api dan air itu digunakan untuk masak nasi.

BBQ

2 ekor ayam direbus

daging kambing yang siap dipotong

daging lembu

botol bbq sos (*anggarannya 1 botol utk 1 ekor ayam)

botol lada hitam (*anggarannya 1 botol utk 1 ekor ayam)

kicap masin

gula

Taburkan gula pada ayam. Masukkan semua bahan dan gaul. Biar sebati dengan daging baru dibakar.

Bahan untuk sos:

13 – 15 biji cili hidup

7 tangkai cili padi

1 labu bawang puith

1 biji tomato

cuka, garam dan gula

Kisar semua bahan dan masak hingga pekat.