Ish! nak masak apa ye sahur ni… ermm dalam peti ada ikan siakap. Nak buat apa ek? Bakar ke. Tak pe keluarkan ikan dulu. Pas tu aku fikir kemudian. “Ati, ikan tu steam pun sedap tu,” cadang mentua aku. Bagus gak. Macam ni buat siakap steam sempoi…

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap (saiz suka hati…)
1 Inci Halia dihiris halu
1 labu bawang besar hiris jugak
2 biji bawang putih hiris nipis
7 biji cili padi (kalau nak pedas-pedas taruk lebih la)
Sos tiram
1 biji Limau kasturi
Sayur-sayuran (karot, brokoli, bunga kubis dsbg)
garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Ikan siakap yang siap dibersihkan, dilumurkan dengan garam
2. Letakkan ke dalam bekas kukus
3. Tuangkan sos tiram hingga tutup keseluruhan ikan tu
4. Taburkan semua bahan hiris tadi
5. Kukus 15 minit
6. Masukkan/taburkan sayur-sayur yang siap dihiris tadi
7. Kukus sebentar sahaja
8. Angkat dan perah asam limau ke atas ikan tu sebelum dihidangkan

Yummy… sempoi dan sedap. Tak susah pun.

Bahan-bahan:
1 lidah lembu (beli kat orang jual daging tu. Sorry aku tak tau harga sebab ayah mentua aku yang ‘bertugas’ ke pasar…)
1 ulas bawang besar dimayang halus
1 inci halia dihiris halus
5 biji cili padi hiris halus jugak
garam dan kunyit

Cara-caranya:
Mudah je… korang masukkan lidah yang siap dibasuh tu kedalam air mendidih. Jangan lupa basuh dulu lidah tu dan selawat supaya keluarga kita makan makanan yang bersih dan suci. Biarkan lidah dalam air mendidih tu selama 5 minit. Kemudian angkat dan toskan. Buang kulit paling luar pada lidah itu menggunakan pisau. Selepas habis buang kulit tu, hiris lidah tu biar kecil-kecil. Sesudah semuanya dipotong korang gaulkan dengan garam dan kunyit. Tumiskan bawang, halia dan cili tadi. Bila naik bau je terus masukkan lidah yang dah dipotong tadi. Masukkan air banyak supaya lidah tu dapat direbus lama-lama agar lembut senang nak makan. Bila dah kering air, kacau sikit2 dan dah siap… boleh angkat dan makan dengan sambal jawa. Abang suka tolong aku buat sambal jawa ni… Makan dengan nasi panas-panas… Tak perlu banyak lauk. Ada lidah dan sambal jawa dah cukup. Buat lah satu hidangan sayur supaya seimbang. Sedaaaappp…

Bahan-bahan:
1/2 kilo tepung gandum
Segenggam kucai
Udang kertas
Tauhu dipotong dadu
Taugeh
garam
air

Cara memasak:
Bancuh tepung dengan kucai, air dan garam macam nak buat cucur udang biasa tu. Kalau nak boleh jugak letak udang sikit dalam tu. Kemudian panaskan minyak dan biar betul-betul panas. Sediakan 1 senduk yang agak dalam. Letakkan selapis tepung bancuh tadi kedalam senduk itu. Letakkan sedikit taugeh, tauhu dan udang. Kemudian tutup lapisan tadi dengan tepung bancuh sekali lagi biar penuh senduk tu. Rendamkan senduk ke dalam minyak panas tadi. Biar dia separuh masak. Kemudian, kikis dengan pisau supaya cucur tu keluar dari senduk. Alih2kannya dalam minyak supaya masak rata. Bila masak, angkat dan sedap dimakan dengan kuah kacang…

Bahan-bahan:

1 ulas bawang besar dihiris
Seinci halia dihiris halus
Sebiji nenas dicincang isinya
1 cawan udang kertas dibuang ekor dan kepala
Santan seringgit

Bahan-bahan kisar:
7 biji cili hidup
5 biji cili padi
satu sudu belacan

gula garam secukup rasa

Cara memasak:
Tumis halia dan bawang yang dihiris. Bila dah naik bau masukkan bahan kisar, biar sebentar supaya cili masak. Kemudian masukkan nenas masak hingga keluar air. Masukkan gula dan garam. Pastu, masukkan santan dan udang. Lebih kurang 5 minit tutuplah api… Yummy… sedap makan ngan nasi panas… sesapa yang tak de selera makan sahur, pasti bertambah nasik bila makan dengan kerabu nenas ni…