Bunga teratai

Bahan-bahan:

20 biji tauhu goreng/bulat (potong X dan keluarkan isi dalam)
2 ketul ikan tenggir di kukus
3 ulas bawang putih dihiris
hiris nipis2 mcm buat inti popia sayur-sayur berikut: timun, carrot, sengkuang
Serbuk lada putih
garam secukup rasa
telur

Cara-cara masak inti
Tumiskan bawang putih. Masukkan sayur-sayur yang sudah dihiris tadi bersama-sama
dengan isi ikan. Masukkan garam dan lada putih. Akhir sekali masukkan isi tauhu yg dikeluarkan tadi.

Selepas masak inti, sumbat inti ke dalam tauhu goreng yang sudah dipotong ‘x’ dan dikeluarkan isi dalamnya. Sapukan telur pada permukaan inti supaya tidak terburai semasa menggoreng nanti. Akhir sekali, goreng bunga teratai itu kesemuanya.

(Sumbangan : sahabat dari Janda Baik, Pahang)

Sayur Goreng Jawa

Abang suka makan sambal goreng jawa nih. Aku sebelum kawin tak kenal pun sambal ni, tp mak mentua aku yg ajaq masak ni. Bukan susah sangat pun, tp sedap jugak.

Bahan-bahan:

Satu tempe (org panggil apa ek? seketul ke sebungkus tempe?) hiris nipis
2 biji potato hiris kecil mcm french fries
Hati dan pedal ayam hiris kecil
Cili kering sikit dlm 8 tangkal hiris kecil
Cili padi sikit hiris kecil
Santan
fucuk dan suun
Belacan sikit

Gorengkan semua tempe dan potato dan letak sebelah. Kemudian Tumiskan bawang dan cili. Masukkan hati dan pedal, belacan, dan fucuk yg sudah direndam. Biar masak. Masukkan kicap. Klu suka rasa sikit manis taruk gula. Kemudian masukkan santan dan bahan2 goreng tadi beserta suun. Biar sekecap dan kacau2. Dah siap dimakan.

Siakap kukus

Ish! nak masak apa ye sahur ni… ermm dalam peti ada ikan siakap. Nak buat apa ek? Bakar ke. Tak pe keluarkan ikan dulu. Pas tu aku fikir kemudian. “Ati, ikan tu steam pun sedap tu,” cadang mentua aku. Bagus gak. Macam ni buat siakap steam sempoi…

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap (saiz suka hati…)
1 Inci Halia dihiris halu
1 labu bawang besar hiris jugak
2 biji bawang putih hiris nipis
7 biji cili padi (kalau nak pedas-pedas taruk lebih la)
Sos tiram
1 biji Limau kasturi
Sayur-sayuran (karot, brokoli, bunga kubis dsbg)
garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Ikan siakap yang siap dibersihkan, dilumurkan dengan garam
2. Letakkan ke dalam bekas kukus
3. Tuangkan sos tiram hingga tutup keseluruhan ikan tu
4. Taburkan semua bahan hiris tadi
5. Kukus 15 minit
6. Masukkan/taburkan sayur-sayur yang siap dihiris tadi
7. Kukus sebentar sahaja
8. Angkat dan perah asam limau ke atas ikan tu sebelum dihidangkan

Yummy… sempoi dan sedap. Tak susah pun.

Masak Kunyit Lidah Lembu

Bahan-bahan:
1 lidah lembu (beli kat orang jual daging tu. Sorry aku tak tau harga sebab ayah mentua aku yang ‘bertugas’ ke pasar…)
1 ulas bawang besar dimayang halus
1 inci halia dihiris halus
5 biji cili padi hiris halus jugak
garam dan kunyit

Cara-caranya:
Mudah je… korang masukkan lidah yang siap dibasuh tu kedalam air mendidih. Jangan lupa basuh dulu lidah tu dan selawat supaya keluarga kita makan makanan yang bersih dan suci. Biarkan lidah dalam air mendidih tu selama 5 minit. Kemudian angkat dan toskan. Buang kulit paling luar pada lidah itu menggunakan pisau. Selepas habis buang kulit tu, hiris lidah tu biar kecil-kecil. Sesudah semuanya dipotong korang gaulkan dengan garam dan kunyit. Tumiskan bawang, halia dan cili tadi. Bila naik bau je terus masukkan lidah yang dah dipotong tadi. Masukkan air banyak supaya lidah tu dapat direbus lama-lama agar lembut senang nak makan. Bila dah kering air, kacau sikit2 dan dah siap… boleh angkat dan makan dengan sambal jawa. Abang suka tolong aku buat sambal jawa ni… Makan dengan nasi panas-panas… Tak perlu banyak lauk. Ada lidah dan sambal jawa dah cukup. Buat lah satu hidangan sayur supaya seimbang. Sedaaaappp…

Cucur udang senduk

Bahan-bahan:
1/2 kilo tepung gandum
Segenggam kucai
Udang kertas
Tauhu dipotong dadu
Taugeh
garam
air

Cara memasak:
Bancuh tepung dengan kucai, air dan garam macam nak buat cucur udang biasa tu. Kalau nak boleh jugak letak udang sikit dalam tu. Kemudian panaskan minyak dan biar betul-betul panas. Sediakan 1 senduk yang agak dalam. Letakkan selapis tepung bancuh tadi kedalam senduk itu. Letakkan sedikit taugeh, tauhu dan udang. Kemudian tutup lapisan tadi dengan tepung bancuh sekali lagi biar penuh senduk tu. Rendamkan senduk ke dalam minyak panas tadi. Biar dia separuh masak. Kemudian, kikis dengan pisau supaya cucur tu keluar dari senduk. Alih2kannya dalam minyak supaya masak rata. Bila masak, angkat dan sedap dimakan dengan kuah kacang…

Kerabu Nenas Mama

Bahan-bahan:

1 ulas bawang besar dihiris
Seinci halia dihiris halus
Sebiji nenas dicincang isinya
1 cawan udang kertas dibuang ekor dan kepala
Santan seringgit

Bahan-bahan kisar:
7 biji cili hidup
5 biji cili padi
satu sudu belacan

gula garam secukup rasa

Cara memasak:
Tumis halia dan bawang yang dihiris. Bila dah naik bau masukkan bahan kisar, biar sebentar supaya cili masak. Kemudian masukkan nenas masak hingga keluar air. Masukkan gula dan garam. Pastu, masukkan santan dan udang. Lebih kurang 5 minit tutuplah api… Yummy… sedap makan ngan nasi panas… sesapa yang tak de selera makan sahur, pasti bertambah nasik bila makan dengan kerabu nenas ni…