Berlaku khilaf yang panjang dalam hal ziarah kubur. Menurut Mazhab Shafie harus wanita menziarah kubur dengan syarat-syarat berikut:
1. Tidak berlaku campur-baur lelaki perempuan bukan mahram. Wanita boleh pergi ke kubur pada waktu tiada orang ramai. Dalam hal ini bermakna, pada masa ramai orang lelaki bekerja mengebumikan jenazah sebaiknya para wanita tidak turut sama ke kubur.
2. Tutup aurat. Semasa ziarah kubur tutup aurat dengan sempurna.
3. Tidak mengangkat suara.
4. Tidak melakukan perkara-perkara khurafat seperti meratap, merintih di kubur dan sebagainya.
5. Tidak banyak duduk dan berlama-lamaan di atas kubur. Sekali sekala dibolehkan.
Walaupun ada pendapat mengatakan haram dalam hal ini, tetapi mazhab Shafie mengharuskannya dengan syarat-syarat itu.
Saya pun mengetahui hal ini sejak kematian ayah dulu apabila bonda yang memberitahu saya, orang perempuan tidak elok ke kuburan. Sekiranya mahu ke kuburan juga, penuhilah syarat-syarat di atas. Yang sudah bersuami, jangan lupa minta izin pula, nanti mahu ke kubur bagi menginsafi kematian, namun dek kerana lupa bertahu suami, kena marah dan dia pula tidak reda. Lain pula jadinya.
Mari beramal!
Rujukan:
Boleh juga rujuk http://zuhdidh.blogspot.com/2011/09/ziarah-kubur.html
Video Ustaz Azhar Idrus: Wanita Ziarah Kubur http://youtu.be/3ZtrcrFG1tQ








