Aku membaca akhbar online Utusan Malaysia. Ada satu keratan akhbar yang menarik. Bersama ini aku mahu ulas sedikit mengenai perkara ini.
KUALA LUMPUR 6 Okt. – Universiti Malaya (UM) yang menurun ke kedudukan 192 dalam Ranking Universiti Dunia 2006 oleh Times Higher Education Supplement (THES) berkata, ia menerima hakikat bahawa ia tidak lagi merupakan universiti perdana negara.
Sebenarnya hakikat ini memang perlu diterima sejak dulu. Pada zaman NC yang lepas pun, kita sudah tahu bahawa mutu pengajaran dan pembelajaran di UM menurun tetapi mereka tidak mahu menerima kenyataan. Buat pula banner dan bunthing besar-besar sekeliling UM untuk menafikan bahawa sebenarnya UM sudah menurun kualiti pembelajaran dan pengajarannya.
Naib Canselornya, Datuk Rafiah Salim, yang sedih dengan hal itu berkata, UM juga mengakui bahawa tempat utama dalam negara diambil alih oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kesedihan ini perlu dengan tindakan. Jangan hanya sekadar berkata sedih tetapi tiada tindakan. Suara mahasiswa kadangkala tidak didengar, suara pensyarah berkata di belakang sekadar di ruangan kecil tidak mahu kehadapan. Takut dikatakan pembangkang dan tidak boleh naik pangkat nanti.
“Kami kini muncul dengan misi baru yang dilancarkan semalam dan dalam kenyataan misi baru itu, kami telah menggugurkan adjektif ‘perdana’.
Apa misi barunya?
“Kami amat realistik. Juga kami tidak mahu terus berpegang dan hidup dengan kegemilangan lampau. Kami mahu membina daripada tapak sekarang menuju masa depan,†katanya pada satu sidang akhbar di sini, hari ini.
Harap-harap betullah pernyataan ini. Jangan pernyataan tinggal pernyataan.
Rafiah menyatakan, dalam beberapa bulan lepas, UM melaksanakan beberapa pelan tindakan bagi memperbaiki rankingnya.
Apa pelannya? Pelan merosak ataupun membina? Adakah hanya di peringkat mahasiswa sahaja, pensyarah sahaja, ataupun hanya retorik?
“Barangkali ia cara untuk kita benar-benar menyatukan kerabat UM bagi mengangkat semula Universiti Malaya,†kata beliau.
Daripada tahun ke tahun NC mengatakan benda yang sama. Daripada zaman Dato’ Dr. Anuar Zaini dengan sistem sahabat UM hinggalah kepada Hashim Yaacob, panggilan ayahanda dan anakanda. Maksudnya usaha itu macam sia-sia. Mengapa?
Beliau bagaimanapun mengakui bahawa keputusan itu merupakan satu daripada hari yang paling menyedihkan dalam kerjayanya.
Kami pun sedih juga. Walaupun tidak sempat bergelar graduan UM tetapi asabiyah UM masih terasa. Jadi jangan sekadar bersedih, bangun buat kerja.
Universiti tertua negara itu, yang diletakkan dalam ranking antara 100 universiti utama dunia dua tahun lepas, diletakkan pada kedudukan 192 oleh THES, turun daripada tempat 169 tahun lepas. Pada 2004, ia merupakan satu-satunya universiti di Malaysia yang berada dalam senarai 200 teratas.
Kenangan hanya tinggal kenangan. Janganlah dibanggakan perkara yang kita sudah hilang. Cari semula kekuatan baru, jika tidak kita hanya berbangga dengan perkara silam tanpa kejayaan baru. Sepertimana umat Islam sekarang yang berbangga dengan pencapaian dahulu tanpa mengkaji bagaimana mereka berjaya.
UKM diletakkan pada kedudukan 185 dalam ranking THES 2006 yang diterbitkan semalam, peningkatan besar daripada kedudukan 289 tahun lepas.
Maksudnya UKM buat kerja, cuba tengok apa sebenarnya yang dilakukan oleh UKM. Tahniah UKM!
Rafiah bagaimanapun tidak terkejut dengan keputusan itu dan memang menjangkakannya, sambil menyatakan tidak banyak dapat dilakukan mengenainya dalam beberapa bulan lepas.
Kalau dah tahu, ambillah tindakan awal. Mengapa tak ambil tindakan dan buat pelan strategik? Mengapa tak mula membawa perubahan. Mengapa tidak banyak benda boleh dilakukan sedangkan anda menjadi VC. Kuasa veto universiti. Pelik! Memang pelik!
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu oleh kerana universiti itu masih menunggu butir-butir lanjut keputusan.
Nak ulas apa lagi! Buat kerja jangan nak mengulas pula. Cuba nak cari ruang menyalahkan orang lain. Cari kesalahan sendiri.
Sementara itu, Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabuddin ketika ditanya berkata, beliau hanya akan puas hati apabila UKM berada pada ranking nombor satu.
Amboi Prof! Eksyennya, bersyukurlah dapat. Jangan pula lepas ni jatuh pula.
“Kita akan terima seadanya dan cuba memperbaiki dalam bidang yang kita kurang baik,†kata beliau.
Seadanya?! Janganlah seadanya. Buatlah sesuatu bagi menaikkan lagi ranking.
Beliau mengingatkan rakyat bahawa tinjauan itu dijalankan secara relatif, oleh itu tidak harus menilai prestasi universiti berdasarkan ranking itu.
Relatif tak relatif, benda ni dah keluar.
Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Nik Mustapha Raja Abdullah berkata, pencapaian UPM ke kedudukan 292 dari 394 adalah kerana kejayaannya mengubah persepsi universiti itu dari monodisiplin kepada multidisiplin.
Buat bagi jadi baik lagi Prof.!!!
Timbalan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Rosihan M. Ali berkata, USM gembira kerana telah dapat meningkatkan kedudukannya dari 326 ke 277.
Alhamdulillah!!! Syukur!!!
Terdahulu, mereka mengeluarkan kenyataan bersama yang dibacakan oleh Rafiah.
Patutlah! Nak jaga hati kawanlah masing-masing tu. Kalau tak ada nanti adalah VC yang terasa hati nanti. Terutamanya UMlah.
- Bernama
Apa ada pada nama jika hanya jadi bernama tetapi kekuatan dan kredibiliti tidak seberapa. Jadi bernama yang mempunyai kekuatan dan boleh menyatakan hasrat rakyat. Kesusahan rakyat, kemiskinan rakyat dan jangan hanya tercucuk hidung sahaja.
Hasil Nukilan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com
Naib Canselor UKM Prof Dato’ Dr. Sharipah Hapsah Syed Hasan Shahbudin seorang yang berpengalaman dalam pentadiran dan juga pakar dalam akademik ( Medicine ) dan aktif dalam NGO2 ( social work ), berfikiran jauh ke hadapan, berwawasan tinggi, mempunyai misi, visi, objektif dan matlamat yang jelas dan rasional dalam mentaklifkan sesuatu tugasan serta jujur, amanah, ikhlas, berkeprihatinan dan mesra sebagai NC UKM…oleh itu, saya berpendapat adalah tepat NC UKM meletakkan cita-cita yang tinggi dan akan berpuas hati sekiranya UKM di ranking PERTAMA antara universti2 dalam dunia ini… orang Islam sepatutnya bercita2 tinggi dan bersyukur dengan setiap hasil usaha…Kami warga UKM akan sentiasa memastikan UKM di bawah Bonda NC UKM akan tercapai hasrat Bonda untuk merealitikan UKM sebuah university yang menumpukan bidang akademik, penyelidikan dan khidmat masyarakat yang terunggul di Malaysia dan seluruh dunia suatu hari nanti…
hmm,di mane plk ltknye kdudukan uiam???