WIRA OH AVANZA!

Kisah ini bermula apabila aku dan isteri aku berkunjung ke Giant Batu Caves. Tujuan asal hanyalah untuk membeli susu Isyraf sebab dia selalu kembung perut apabila minum susu. Rasamya kena tukar susulah tu. Jadi selepas waktu pejabat dan pergi ambil adik dekat Pejabat PTS Batu Caves terus ke Giant.

kereta tepi

Pada masa itu, ada pameran kereta Kangoo dekat sana. Aku dengan isteri singgahlah kejap kat sana. Tengok dan beleklah kereta Kangoo tu. Kemudian hati berasa berkenan. Bincang punya bincang, kira dan tolak kami rasa macam nak tukar kereta. Lagipun keluarga kami pun dah membesar. Mama, ayah, adik, isterinya, anaknya, 2 anak aku, aku dan isteri kesemuanya tinggal serumah. Jadi apabila hendak berjalan jauh, berkelah ataupun aktiviti keluarga terpaksalah naik dua kereta. Rasanya inilah masa yang sesuai bagi mencari kereta besar sikit. Sebolehnya cukup untuk membawa kesemua keluarga kami.

Petang tu pulang ke rumah dan kami berbincang ramai-ramai. Ayah aku tak berapa suka dengan Kangoo ni sebab dia kata macam kereta cina mampus. :D Dia minat AVANZA. Aku pun suruhlah dia pergi survey tengok mana yang berkenan. Jadi bila aku balik petang seterusnya dia pun buatlah pembentangan dan tetap mengatakan dia minat dengan AVANZA.

Hari seterusnya aku pergilah dengan isteri waktu tengah hari ke TOYOTA Gombak untuk tengok harga AVANZA. Pada waktu yang sama ayah aku pergi nego harga trade in kereta WIRA aku dengan AVANZA. TOYOTA Batu Caves hanya sanggup ambil kereta WIRA aku dengan harga RM22,000. Kalau macam tu susahlah sikit, maksudnya aku perlu tambah sedikit lagi untuk bayar lebihan pinjaman kereta. Pada masa aku berbincang dengan salesman TOYOTA tu, ayah aku telefon. Dia sudah berbincang dengan salesman TOYOTA Bentong dan dia sanggup ambil RM26,000 WIRA aku. Terus aku kata setuju. Lebihan pinjaman kereta aku ada dalam RM 24K lebih. Jadi apabila ditolak dengan RM26K bolehlah tambah sedikit untuk buat downpayment AVANZA tu.

Setujulah dan petang tu aku terus pergi ke TOYOTA Bentong bagi menyerahkan segala dokumen sokongan bagi tujuan pembelian kereta AVANZA tu. Salesman dia nama glamornya KENYO. Muka sikit punya blur. Dia janji dalam masa seminggu boleh dapat kereta kalau urusan pinjaman bank selesai cepat. Hal tu aku takdak masalah, terus aku hubungi pakcik aku di bahagian pinjaman kereta Bank Islam Berhad KL. Dia Penolong Pengurus di bahagian pinjaman kereta. Sekejap je aku dapat selesaikan hal loan. 3 hari je (kalau korang nak minta bantuan hal pinjaman, cakap je kat aku :D )

Terus serah kat KENYO, dia ni kata aku boleh dapat kereta dalam masa 4 hari (Ini mula part geram). Aku pergilah selepas 4 haru, dia kata kereta tak sampai lagi. Kereta yang ada takdak stok sepertimana yang aku hendak. Masa mulanya kata 4 hari sebab ada stok, lepas tu kata takdak pula. Dia kata hari Isnin minggu selepas tu boleh dapat sebab petang tu kereta baru sampai. Tunggu pula hari isnin, pun sama juga dia kata banyak hal lagi perlu selesai. Dia kata esok tu pula. Pergi pula esok tu pun tak siap juga. Aku pun terus call dia dan kata, kalau tak selesai hari selepas tu aku akan batalkan pembelian aku. Terus dia panik, dia janji keesokan hari tu boleh ambil.

Hari rabu 4 Oktober 2006 aku call dia jam 10.30 pagi, si KENYO ni kata suruh datang ambil kereta jam 6.30 petang. Lepas kerja terus aku ke sana dengan isteri dan adik aku. Sampai dalam jam 6 petang, orang pejabat dia kata dia dah balik rumah. Aku pun hotlah juga, dahlah berpuasa. Terus aku cakap dengan sales manager dia yang ada kat situ. Boss dia tu marah gila, terus call ke KENYO tak angkat, call runner yang buat pendaftaran pun tak dapat. Aku lagilah hot. Dalam jam 6.15 petang baru nampak si KENYO ni. Dia kata OK dah boleh dapat, kawan dia suruh aku balik dulu, lepas berbuka baru ambil kereta. Aku pun setuju.

Lepas aku berbuka sekejap, si KENYO dengan muka bersalah datang ke rumah aku kata tak boleh dapat lagi kereta, katanya sistem JPJ down, tak boleh daftar lagi. Lagilah aku hot. Dia pun panik terus kata akan bagi ganti rugi bagi minyak full tank. Aku tak setuju, aku minta aksesori kereta yang nilai dia lebih daripada jumlah tank kereta. Terus setuju.

depan keretaAlhamdulillah semalam petang selesailah proses kereta aku dan dapatlah kereta baru AVANZA. Sedih juga nak jual kereta WIRA aku tu. Banyak juga jasanya kepada aku dan keluarga. Masa aku tengah menggila mencari pengarang untuk PTS dulu. Dialah yang diheret ke utara selatan timur barat. Dalam masa 4 tahun dah cecah mileage 180,000. Macam bawa 8 tahun dah. Sedih je bila nak serah kunci, tapi nak buat camna, apa yang perlu perlu dilakukan.

Malam semalam lepas berbuka terus aku bawa semua ahli keluarga aku keluar ke Raub dengan AVANZA tu. Best juga dan memang sesuai untuk ahli keluarga yang ramai. Kami ke Restoran Mualaf kat Raub. Diorang ni cuna masuk Islam dan buat makanan cina halal. Memang sedap dan lain menu dia.

Itulah sedikit kisah kami dan kereta, hingga bertemu lagi…..

Hasil Nukilan :
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com

Comments

  1. faizal says:

    A’kum..aku faizal ex-asasi kat kolej kenabali KK8 Um batch 1995-1997…
    dan eel;ctrical department batch 1997-2001
    aku rasa hang dah tak kenai aku dah kot…..tapi kalau tgk muka maybe
    kenai kot..saja masuk opis hari nie..tetiba tersesat masuk blog nie..
    terkejut jgk aku tgk muka mcm kenai….rupanyer naim….
    lama tak jumpa apa habaq?..best frenz hg arif apa cerita…

  2. Selamat datang ke laman ini, Alhamdulillah semuanya OK. Aku dan Arief sekarang sudah jadi business partner, hang kat mana la ni?

  3. musa says:

    assalamualaikum en naim…
    saya terserempak dengan blog en naim ni
    dan baca pasal kereta ni..
    saya nak buat loan jugak ni
    tapi kereta terpakai lah
    dari segi dokumen slip gaji semua saya tak sangkut. cuma masalah saya skrg ni mykad saya tak siap2 lagi..so saya pegang i.c sementara tuh. tu hari apply kat ambank tak boleh sbb pasal tu jer ..
    rasa2 en naim boleh tanyakan tak kat pakcik en naim tu..
    terima kasih ..

Speak Your Mind

*